CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ziana Zain Nombor 2 Enggan Jadi Maknyah Lagi, "Mimpi Mati Dilanggar Lori"

4-12-2019 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11927| Komen: 71

Siapa yang tidak kenal dengan lelaki yang dikenali dengan gelaran Ziana Zain nombor 2. Sering muncul di kaca TV atau pun majlis nyanyian, nampaknya pemilik nama Nik Aidi Azhar Che Seman ini sudah berubah rupanya.


“Saya berubah dengan kerelaan sendiri kerana rasa takut melihat ramai orang meninggal dunia setiap hari, tidak kira tua atau muda.

“Keadaan itu buat saya terfikir bagaimana jika saya meninggal dunia satu hari nanti tanpa membawa apa-apa bekalan,” kata bekas maknyah ini kepada Harian Metro. 

Foto: Harian Metro
Katanya lagi, dia mula berubah sejak dua tahun lalu tanpa paksaan sesiapa pun. 


“Niat nak berubah ini datang daripada hati saya sendiri kerana rasa takut dengan kematian memandangkan dulu (sebelum berubah), saya sering didatangi mimpi ngeri di dalam tidur antaranya meninggal dunia akibat dilanggar lori.

“Selain itu, saya pernah bermimpi duduk di satu tempat dengan dikelilingi api, tetapi kini hidup saya lebih tenang tanpa ada gangguan sebegitu.

“Mungkin mimpi itu adalah peringatan daripada Allah SWT untuk berubah dan kalau boleh, saya tidak mahu sekerat jalan tetapi biarlah terus begini,” ujarnya. 

Nik Aidi kini tinggal bersama bapanya, Che Seman Cik Weil, 100 tahun dan sesekali pergi ke rumah ibunya, Mok Tuan Maunah Tuan Nal, 87 yang tinggal bersendirian di kawasan berhampiran. 

“Saya perlahan-lahan berubah dan baru-baru ini banyak ke masjid untuk solat. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi tinggal solat kerana solat lima waktu itu penting.

“Kalau mati dan di akhirat nanti, solat yang akan ditanya dulu, jadi perkara itu membuatkan saya takut dan sentiasa beringat untuk insaf.

“Alhamdulillah, Allah SWT beri hidayah untuk berubah dan saya rasa lebih tenang, cuma karakter saya saja tidak boleh berubah kerana memang lembut seperti ini.

“Biarlah apa orang nak kata kerana apa yang penting adalah niat saya untuk berubah dan terus berpakaian seperti lelaki,” katanya lagi yang masih meminati Ziana Zain. - CARI 
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 4-12-2019 09:34 AM
Alhamdulillah! Moga terus istiqomah
Teringat pic dia kat air terjun dl
Quote zafira 4-12-2019 09:35 AM
alhamdulillah... patutlah dah lama tak nampak dia lagi...
Quote JohnnySins 4-12-2019 09:41 AM
penduboq2 lgbt di website dah habaq dah nak balik israel...tak tau la sembang lgbt kan..bukan boleh percaya....semuanya bohong.....kagom dengan prensep keadelan yang ditegakkan oleh isroel kunon...wakakakakakkakakakakakakkkaka
Quote orgsepang 4-12-2019 09:48 AM
Alhamdullilah. Sempat bertaubat. Semoga boleh jadi contoh pada yang lain2.
Quote DollahRepek 4-12-2019 09:55 AM
Alhamdulillah..semoga terus istiqamah. Jgn pulak berubah sbb nak jual produk mcm sorang ponen dulu
Quote me12345 4-12-2019 10:01 AM
Tahniah..semoga diberi rezeki lebih baik..
Quote dino 4-12-2019 10:02 AM
syukur @famri7 dah insaf
Quote kucingitam 4-12-2019 10:13 AM
harap betul2 bertaubat dan bukan sebab nak keluar produk pape
Quote alaa 4-12-2019 10:45 AM
alhamdulillah.

semoga istiqamah.
Quote xtahumenahu 4-12-2019 10:48 AM
Alhamdulillah...bagus dia...jaga mak ayah...berubah sendiri
moga Allah terus bimbing dia.
Quote fatinandreanna 4-12-2019 10:56 AM
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan Allah niat baik anda.
Quote Themilo 4-12-2019 10:59 AM
kucingitam replied at 4-12-2019 02:13 AM
harap betul2 bertaubat dan bukan sebab nak keluar produk pape

produk apo, heshe ni jenis humble & dulu stay kat kerinchi jaaa.. tu yang gigih panjat RTM tiap kali ada HMI
Quote tungkai 4-12-2019 11:04 AM
Dia ni forumer Cari yg guna nick ziana2006 tu ke?
Quote CrowneGlory 4-12-2019 11:04 AM
muka seleb sangat...waktu memondan muka jena jain ..selepas memondan rupa najib ali...bagusla dah berubah
Quote kucingitam 4-12-2019 11:13 AM
Themilo replied at 4-12-2019 10:59 AM
produk apo, heshe ni jenis humble & dulu stay kat kerinchi jaaa.. tu yang gigih panjat RTM tiap ka ...

manalahtau skrg dah dok klate kan...nak kluar produk muko buleh, nok  sejuk otok pun buleh sokmo..

Quote Artemesiaa 4-12-2019 11:18 AM
Syukurlah dah berubah
Quote violetungu 4-12-2019 11:35 AM
Alhamdulillah semoga sentiasa istiqamah..
Quote Minami2013 4-12-2019 11:37 AM
CrowneGlory replied at 4-12-2019 03:04 AM
muka seleb sangat...waktu memondan muka jena jain ..selepas memondan rupa najib ali...bagusla dah be ...

Patut macam pernah nampak je muka real dia.. najip ali
Quote TravellingBear 4-12-2019 11:42 AM
Najip ali tak pakai aihh serban jubah giteww... non muslim katanya..... negara dia boleh pilih2 agama katanyaa

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046261 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top