CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pergi Solat Jumaat, 6 Lelaki Dipenjara Sebulan

2-12-2019 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5314| Komen: 43

Akibat tidak pergi solat Jumaat pada Ogos lalu, enam lelaki termasuk tiga bersaudara dihadapkan ke mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu, Kuala Berang. 

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Aliff Fikri A Mazzani, 19, Muhamad Hafizi Abdul Razak, 22, Abdul Malek Mohd, 25, Khairul Azle Abdul Rasid, 35, dan dua remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. 

Foto: Harian Metro
Difahamkan, enam tertuduh sengaja tidak menunaikan solat Jumaat ketika berada di kawasan perkelahan Air Terjun Sekayu, jam 1 hingga 1.50 tengah hari pada 23 Ogos lalu. 

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun.

Selepas pengakuan bersalah dibuat, Khairul Azle iaitu bapa kepada dua anak, didenda RM2,500 dan sebulan penjara. 

Manakala, lima yang lain yang masih bujang dikenakan hukuman denda RM2,400 dan sebulan penjara. - CARI 

Malah, mereka berdepan hukuman tambahan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. 

Terdahulu, ketika pemantauan dilakukan pada Ogos lalu, anggota penguat kuasa wanita dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mendapati tertuduh sendang mandi dan bersantai bersama keluarga di kawasan terbabit. 

Dikatakan kes ini merupakan yang pertama di negara ini melibatkan kesalahan tidak solat Jumaat. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnySins 2-12-2019 10:37 AM
diminta penduboq2 lgbt ambik iktibaq...jangan tau nak duit zakat ja...wakakakakakakakkaa
Quote Kurex 2-12-2019 11:39 AM
bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap pergi solat jumaat dan tak mintak duit zakat macam yg dikata tu..

kerajaan terengganu ni pun, apa kata korang majukan negeri korang jugak sama level korang banteras org tak solat..

gila la smpai sebulan penjara, nanti orang yg nak masuk islam tak jadi sebab fikir agama islam ni kejap sangat..
Quote Ladybird910 2-12-2019 12:11 PM
Kurex: bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap pergi solat jumaat dan tak mintak duit zakat maca ...


Kejap tu bpe kejap.hahhaaa..

By the way salute utk jat yg buat penangkapan..kt area klcc ni bersepah org xsolat siap santai2 makan kt kedai mamak..jawi jais sume tidooooo...bila komen,dikatanya xcukup staff nk cegah maksiat.lameeee gils! pffttttt
Quote M5 2-12-2019 12:12 PM
Kebodohan melampau gigih mau jadi unta padang pasir
Quote QueenIsolde 2-12-2019 12:26 PM
Hahahahahaha padan muke
Quote QueenIsolde 2-12-2019 12:34 PM
Kurex replied at 2-12-2019 11:39 AM
bang, adik.. solat jumaat tu wajib melainkan korang dalam musafir, uzur, kurex yg macam ni pun tetap ...

No la kurek, so far aku tgok Malaysia antara negara yg sgt btoleransi ng muallaf..hukuman ni utk yg born muslim je. Byk athiest yg ckap agama apa yg jenis suka memaksa ni, well alah bisa tegal biasa..mula2 rsa tpaksa lama2 tbiasa. Lgpun kita tak welcome muallaf yg jdi muslim for the sake of marriage only same goes to born muslim, bukan sekadar agama keturunan je. Nak jdi muslim, jadi muslim betul2.
     Sbg pendidik aku rsa ni salah satu penerapan jati diri yg bagus utk remaja muslim. Ko tgok la hasil drp kempen ni in 10 years.
Quote Pink_Purple 2-12-2019 12:44 PM
merasala masuk penjara..harap insof la..
Quote LuvAurora 2-12-2019 01:41 PM
dah la xpegi boleh pulak dok tmpt yg terbuka..
Quote matseh 2-12-2019 01:54 PM
Kalau buat kat KL/Selangor. Kena 7-8 lori tentera .
Quote Sangkar_Emas7 2-12-2019 02:20 PM
Semoga lebih insoffff.....
Quote Chairman 2-12-2019 02:45 PM
amek pengajaran yer mase dok dlm tu
Quote DollahRepek 2-12-2019 02:59 PM
Gelap masa depan dunia & akhirat
Quote Knowlee 2-12-2019 03:01 PM
Kalo KL Selangor, mau sesak penjara. Kena tambah penjara kabin pulak kat halaman penjara. Beribu mau kena tangkap.
Quote batmana 2-12-2019 03:43 PM
tak perlu penjarakan la  smpai sebulan
cukup buat kerja kebajikan, mcm bekerja menguruskan mayat kat bilik mayat selama sebulan
uruskan dari mandi,kapan, smpai tanam

Quote zjen 2-12-2019 05:27 PM
ganjaran sorga lebih byk utk lelaki,  ada bini baru,  ada bidadari , ada laut arak ...  so uols jantan kene rajin sikit la yer ...weols kaum hawa boleh kasi alasan datang bulan ... aman sikit


dan kepada Cina India yg kawin ngan Melayu tapi tak minat Islam ...  sila move negara lain dgn pasangan Melayu ...  kecuali betul betul caya dan minat ttg gajaran bidadari dan laut arak, arak madu di sorga


Quote manjalara_01 2-12-2019 07:02 PM
laa ingatkan student2 spm yg rogol budak prempuan 14 tahun tu yg kena hukum masuk penjara..

sorry my bad...
Quote DARSITA 3-12-2019 02:54 AM

Bagus. Sokong 1000%!

Semoga negeri Trengganu berjaya menegakkan undang undang Islam.

Quote ultra78 3-12-2019 07:56 AM
Kalau setakat masuk penjara utk makan,berak dan tidur memang buang duit rakyat aje bagi kesalahan mcm ni. Melainkan ia turut disertakan dengan program kaunseling agama dan kerja khidmat masyarakat. Saya percaya program ini ada di penjara. Stigma masyarakat adalah penjara tempat menghukum semata-mata tetapi lupa bab program pemulihan dalam tu.
Quote Asdan 3-12-2019 09:30 AM

bukan penjenayah pun kena penjara, bagaikan membunuh masa depan,

penjara ialah tempat penjenayah bahaya, kalau bukan penjenayah kenapa penjara ?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top