CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Sekadar Cucuk Jarum - Rupanya Boleh Masukkan Jarum Dua Kali Je

2-12-2019 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13282| Komen: 51|Original author: Oleh: natrahn



Beberapa hari lalu, tular mengenai keluhan seorang ibu mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap prosedur pengambilan darah atau memasukkan jarum di sebuah hospital.

Insiden itu mendapat perhatian warga maya yang turut mengecam tindakan doktor pelatih tersebut yang dilihat agak ego untuk tidak memanggil doktor lain yang lebih senior untuk mengambil alih prosedur berkenaan apabila beliau tidak berjaya.




Rentetan insiden itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook mereka, Public Health Malaysia (PHM) berkongsi bahawa prosedur tersebut merupakan antara prosedur paling biasa dilakukan di hospital.


Tetapi, jangan ambil mudah, tanpa komunikasi yang jelas dan skill yang betul, prosedur mudah boleh menyebabkan risiko komplikasi dan sebagainya.

Berikutan itu, PHM kongsikan maklumat penting mengenai prosedur pengambilan darah atau venupunture untuk perkongsian bersama.



Terlebih dahulu,ibu bapa dan pesakit perlu faham mengapa prosedur pengambilan sampel darah dan memasukkan jarum perlu dilakukan. Setiap prosedur yang dilakukan perlu ada indikasi. 


Kebenaran pesakit dan ibu bapa

Semua prosedur termasuk pengambilan darah perlu ada kebenaran pesakit sama ada secara bertulis atau lisan. Tanpa kebenaran pesakit/ibu bapa, prosedur pengambilan darah atau memasukkan jarum TIDAK BOLEH DITERUSKAN.

Pesakit mempunyai hak mutlak untuk mempersoalkan indikasi prosedur dilakukan. Bertanyalah kepada doktor yang merawat agar segala persoalan yang terbuku di hati dapat dijelaskan.

Walau bagaimanapun, diharapkan pesakit dan ibu bapa dapat memberi kerjasama terbaik untuk memastikan proses rawatan dan pemantauan pesakit dapat dilakukan dengan lancar.


Berapa kalikah seorang doktor boleh mencuba untuk memasukkan jarum bagi seseorang pesakit?

Secara amnya, seseorang individu boleh mencuba sehingga 2 kali percubaan. Sekiranya gagal, doktor tersebut perlu BERHENTI melakukan prosedur tersebut dan meminta individu yang lebih berpengalaman untuk melakukan prosedur berkenaan.

Dengan izin pesakit/ibu bapa, percubaan untuk memasukkan jarum/mengambil darah boleh dilakukan sehingga 4 kali percubaan.

Selepas gagal, prosedur perlu dihentikan dan perbincangan lanjut perlu dilakukan dengan pasukan perawat atau pakar mengenai kaedah lain yang boleh digunakan.

Pun begitu, perkara ini tertakluk kepada keadaan pesakit. Dalam keadaan kritikan dan kecemasan, keutamaan adalah untuk menyelamatkan pesakit.


Parut yang ditinggalkan selepas prosedur. 

Lebam dan parut merupakan antara komplikasi ringan yang boleh berlaku. Untuk mengurangkan kesan tersebut, tekan tempat yang disuntik untuk beberapa minit dan tuam dengan ais batu.


Gambar Hiasan

Aduan secara formal kepada pihak hospital boleh dbuat jika pesakit tidak berpuas hati dengan prosedur yang dilakukan. 

Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Hikmah disebalik kejadian ini adalah orang awam dah sedar dan tahu tentang hak sebagai pesakit. Manakala, perawat pula hendaklah patuh tentang prosedur yang telah ditetapkan.

Kedua-dua pesakit dan perawat juga perlu bertimbang rasa antara satu sama lain. Pesakit bersabar dengan doktor pelatih yang nak belajar kerana kalau bukan kita yang memberi peluang, bila lagi dia nak belajar pula, kan?

Semoga bermanfaat. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 2-12-2019 10:56 AM
Anak i pernah kena sampai 6 kali cucuk baru dapat darah. Tu pun doc tu mintak maaf banyak kali. Padahal anak i tu bukan le bambam banyak lemak ke apa, kulit pun putih. Selalunya nurse2 yang senior ni lagi pandai ambik darah daripada doktor
Quote salmon-suki 2-12-2019 11:01 AM
My.kezen masuk spital sbb denggi pun kne bnde sama,doc pelatih x reti amek darah,dia ckp sakit giler kne cucuk tmpt sama..last2 dia xtahan,dia ngamuk suh pggil doc lain and she defended herself..

Everytime nak kne amek darah,awal2 lagi dia ckp dia xnak doc pelatih tu..and mmg dia bertegas xnak..better bertegas drpd diri sndiri/anak2 y sakit..

Aiolzs pernah kena 3kali..tp xdpt jgk..last2 nurse cari tmpt lain..lebam tu xyah cakap laa..so,yessss,kpd pesakit,suarakn hak anda dgn tegas! Kalau terpaksa mengamuk,mngamuk lah..jgn sekadar post socmed berani,tp nak ngamuk dpn2 x berani...
Quote bungamelurindah 2-12-2019 11:02 AM
scaryne. mcm mane dgn yang cucuk2 untuk tujuan kecantikan tu??
Quote johan-adx 2-12-2019 11:12 AM
Megikari replied at 2-12-2019 10:56 AM
Anak i pernah kena sampai 6 kali cucuk baru dapat darah. Tu pun doc tu mintak maaf banyak kali. Pada ...

btul tu..nurse yg senior2 slalunya mmg expert cari urat utk dicucuk..

Quote Kurex 2-12-2019 11:24 AM
kurex punya tangan berurat, senang je nak ambik darah
Quote natrahn 2-12-2019 11:37 AM
Kurex replied at 2-12-2019 11:24 AM
kurex punya tangan berurat, senang je nak ambik darah

wah..sado la eh....lelaki paling senang nak ambil darah sebab urat timbul kononnya urat dawai tulang besi kann
perempuan susah sikit nak-nak kalau urat halus

Quote paz 2-12-2019 11:38 AM
Paz pernah sekali aja.. sbb urat2 kat tangan halus, nak masukan ubat tak dapat.


Tapi sebab critical nak kena juga masuk ubat, they move to lengan. Alhamdulillah berjaya masukan ubat.
Quote Kurex 2-12-2019 11:43 AM
natrahn replied at 2-12-2019 11:37 AM
wah..sado la eh....lelaki paling senang nak ambil darah sebab urat timbul kononnya urat dawai tula ...

biasalah.. tangan jantan
Quote natrahn 2-12-2019 11:43 AM
johan-adx replied at 2-12-2019 11:12 AM
btul tu..nurse yg senior2 slalunya mmg expert cari urat utk dicucuk..

saya pun penah kena. masa pregnant kena kencing manis  (GDM) kena ambil darah untuk HBA1C ( sampel darah untuk check bacaan 3 bulan purata).

Sampai dekat 8 kali untuk kedua-dua belah tangan doktor pelatih tu buat percubaan. Mula-mula tu sabor je  sebab dia doktor pelatih kan nak bagi peluang dia belajar. Akhirnya saya minta doktor tersebut berhenti mencuba sebab dah sakit ati sekali awat tak dapat-dapat.

Datang MA sekali cucuk aje terus dapat penuh satu tiub tabung uji tu ha...

Sakit ati n sakit tangan...

Tu belum lagi kena denggi. Dah la kena serentak dengan anak. Ada juga nurse yang tak reti ambil siap korek-korek. Bayangkan saya kena 10 hari jugaklah ulang alik sampai takde tempat dah nak ambil darah dan terpaksa ambil dari bahagian lain kat tangan nih. Nurse tu korek-korek bahagian atas tangan nak bagi keluar jugak darah.. Kalau kena kat veins memang terus ja keluar, ni kena kat arteri memang takdaklah...

Jenuh tahan sakit..nak cakap pun tak larat masa tu. Dengar kat bilik sebelah husband dah mengamuk marah nurse sebab tak berjaya juga ambil darah kat tangan anak... kenangan pahit betul.
Quote cikatilia 2-12-2019 11:44 AM
bungamelurindah replied at 2-12-2019 11:02 AM
scaryne. mcm mane dgn yang cucuk2 untuk tujuan kecantikan tu??

kan
sendiri cucuk pon ada
main benam2 aje jarum tu kat muka la itu la ini la
benda x perlu kot..

unless la ubat mcm sakit pankreas ke, kencing manis ke

Quote ziezot 2-12-2019 11:59 AM
Dulu2 nurse yg cucuk jarum ni. Skrg rasenye dh x buat. Cuma doc yg leh cucuk. Tapinye.. kene tang doc pelatih, menduga sangat bile cucuk tang kiri x dapat, die cucuk kanan plak. Selagi x dapat selagi tu dicucuk la haaii...
Quote sapeka 2-12-2019 12:07 PM
Anak i pernah kena sampai 5 kali dicubanya
Meroyan i kat situ jugak
Baru la mo nak dtg buat
Dengan alasan MO pon byk kerja nak kena buat
Eh eh eh eh kooooo
Ade buat aduan
Tapi biasa la
Hospital akan menangkan kakitangan dia
HO dah la poyo bajet gud gud
Rengsa aku
Quote Ladybird910 2-12-2019 12:08 PM
Aku curious nk tau ape je sort of punishment or compensation atas kesalahan mcm ni...jgn setakat minta maaf dah la ye kkm...seriously kkm teruk.doctor pervert pon blambak2..haihzzz
Quote Supersirap 2-12-2019 12:20 PM
Anak saya pun pernah sampai 7 kali cucuk nak cari urat, memang kesian tengok, pada hal doktor yang buat dan bukannya nurse
Quote natrahn 2-12-2019 12:23 PM
Ladybird910 replied at 2-12-2019 12:08 PM
Aku curious nk tau ape je sort of punishment or compensation atas kesalahan mcm ni...jgn setakat min ...

amaran je la kot...
Quote shark_eow7 2-12-2019 12:24 PM
part sakit digerak2 jarum bawah kulit tu rasa nak lempang laju2 je.. sakit tuu.. aku dah biasa derma darah. tunjuk kt mana yg bila cucuk je selalu terus dapat darah. tak nak ikutt. nak ambil tempat lain. sekali tak dapat dapat.
Quote natrahn 2-12-2019 12:26 PM
shark_eow7 replied at 2-12-2019 12:24 PM
part sakit digerak2 jarum bawah kulit tu rasa nak lempang laju2 je.. sakit tuu.. aku dah biasa derma ...

kan..macam ni la saya kena masa kena denggi tu ...uwaaaa
kalau ambil bahagian atas tapak tangan tu sakit..pastu korek-korek nak bagi keluar jugak darah....
Quote Ladybird910 2-12-2019 12:31 PM
natrahn replied at 2-12-2019 04:23 AM
amaran je la kot...

Sampai bila those kind of thing just jadi amaran jer..

My own data leaked and not properly manage pon dorg sekadar maaf n amaran..tp kesudah xtau dah masuk rekod buku amalan masing2 atau tidak..huhu
Quote rosli_nurizzati 2-12-2019 12:43 PM
yang aku concern disini, dia cucuk guna jarum yang sama? or setiap kali fail akan dia guna jarum baru? most hypodemic needle adalah single use sahaja,, means, dah cucuk, cabut dan buang.. kalau dia guna lagi, mcm tukar tempat, jarum dah tak tajam, sakit lagi patient.  ada setengah org, urat tu tak nampak, mcm kulit aku, mmg tak nampak.. hehehe..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040946 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top