Bukan tidak bersyukur, tetapi Jalil Hamid terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.
Sikap berani bersuara kerana berasa terhina dengan bayaran RM1,500 sebagai watak utama dalam drama menjadi hukuman buat pelakon berkaliber, Jalil Hamid, 61. Sejak isu bayaran itu ditimbulkannya, Jalil terpaksa menganggur selama tujuh bulan kerana tidak menerima tawaran berlakon. Laporan perkara ini oleh Harian Metro mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk dari penyanyi tersohor tanah air, Adibah Noor.
Nampaknya harga bakat pelakon veteran di Malaysia macam besi buruk. Makin lama makin tiada nilainya. Jangan lupa, pelakon veteran ini pun ada ramai peminat yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan karya terbaru mereka. Tiada yang lama, tiadalah yang baru. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Semoga suara Jalil Hamid khususnya dan pelakon veteran lain amnya didengar pihak berkaitan termasuk persatuan, stesen TV dan syarikat produksi. - CARI
|
kaishi replied at 2-12-2019 12:40 PM
Aku tertarik dengan ayat "ni jalil hamid kot, dok diam xde dialog pon dah ada soul"
Ya ni betul.. ...
ADVERTISEMENT