CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wakil Rakyat PH Ponteng Sidang Dewan Rakyat Sebab Penat, Suhu Terlampau Sejuk Katanya

28-11-2019 10:43 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4412| Komen: 22|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kelihatan kerusi-kerusi di kawasan penyokong kerajaan yang kosong ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab soalan lisan.

Kredit foto: Parlimen Malaysia

Keletihan dan suhu terlalu sejuk dijadikan alasan bagi mewajarkan tindakan sebahagian besar Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang gagal menghadiri sesi perbahasan dan penggulungan Belanjawan 2020 yang dijadualkan berlangsung di Dewan Rakyat sejak Oktober lalu hingga awal Disember.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 27 November, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa mereka keletihan akibat terpaksa pulang lewat kerana sesi tersebut berlangsung hingga waktu malam.


Johari Abdul. Kredit foto: Facebook


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani akan berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berhubung isu itu yang menyebabkan sidang sering tidak cukup kuorum.

"Lazimnya, kalau kamu lihat dalam sesi bajet ini kita balik lewat. Selalunya, 10.30 malam dan semasa sampai di rumah pukul 12 malam mandi dan tidur pukul 1 pagi sebelum mengucapkan hai kepada isteri dan bangun lewat pagi untuk sesi pagi kerana kepenatan.

"Keduanya, ialah mereka dihimpit dengan banyak sangat program pada masa yang sama disebabkan hujung tahun dalam kementerian dan tempat lain yang perlu diberi fokus juga. Memang kita ada jadual tugas tetapi ada yang ikut dan ada yang tidak dapat," katanya.


Suasana lengang di kawasan wakil kerajaan ketika Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng mengangkat sumpah baru-baru ini
Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Astro Awani melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberi alasan bahawa ramai Ahli Parlimen tidak mampu berada di dalam sidang untuk tempoh yang lama kerana suhu terlalu sejuk.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang memberitahu, adalah mustahil untuk mereka menahan kesejukan selama berjam-jam.

"Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk. Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk dalam dewan," jelasnya.


Mohamed Hanipa Maidin. Kredit foto: Facebook

Kekecohan berlaku dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 November apabila Rang Undang-undang (RUU) Pembekalan (Belanjawan) 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat nyaris-nyaris tidak dapat diluluskan akibat tidak cukup kuorum.

Mungkin Dewan Rakyat boleh melaksanakan tindakan memotong elaun wakil rakyat yang sering ponteng tanpa alasan kukuh memandangkan masalah ini sudah berpanjangan sejak tahun lalu lagi. - CARI
8

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 28-11-2019 10:46 AM
Kenapa suka bukak thread yg dah ada?
Quote sarah82 28-11-2019 10:49 AM
Tak apa.. Aku carut kali ke berapa entah.. PEPPA la hamjad2 ni.
Quote Ina8895 28-11-2019 10:54 AM
Baik bubar parlimen je kalau dah malas nak buat keja
Quote julielapadite 28-11-2019 11:00 AM
matamata replied at 28-11-2019 10:46 AM
Kenapa suka bukak thread yg dah ada?

Sbb tajuk tered ni lebih hot & content dia menganjing. I loike.
Quote julielapadite 28-11-2019 11:02 AM
sarah82 replied at 28-11-2019 10:49 AM
Tak apa.. Aku carut kali ke berapa entah.. PEPPA la hamjad2 ni.

Lol kuli batak mcm kita ni sampai langsung tak sempat hai anak bini apa cita. Choiiiiiii la gaji riban tp absent. Konon alasan byk program. Program apa? Takat rasmi sana sini pegang bunga amek gambar tapayahhhhh
Quote sarah82 28-11-2019 11:04 AM
julielapadite replied at 28-11-2019 11:02 AM
Lol kuli batak mcm kita ni sampai langsung tak sempat hai anak bini apa cita. Choiiiiiii la gaji r ...

Kannn.. Kannnn.. Kannn.. Manja pulak ahli2 parlimen ni.. Sepak bontot masuk dalam kadang harimau baru tau..
Quote SWORKS27 28-11-2019 11:08 AM
banyak thread psl ni..tapi komen jugak la..MP bodo yg bg statement gitu
Quote EmaAsmadi 28-11-2019 11:09 AM
Takpe. 1 penggal je rasa sejuk
Quote CARI-MAL 28-11-2019 11:11 AM
Dari admin..
"kalau mod suruh merge, cakap admin6 cakap tak perlu sebab thread poll memang tak boleh merge"
Quote Ina8895 28-11-2019 11:13 AM
Kalau tengok gambar tu, nampak macam saja nak malukan tun m. Gila apa. Tak datang masa pm berucap.
Quote Simunggu 28-11-2019 11:17 AM
mesyuarat malas....duit mau masyuk...
Quote Kurex 28-11-2019 11:21 AM
ni la yg anak muda nak ubah...
Quote lonso 28-11-2019 11:24 AM
Bodohnya...
Quote saripdolmat 28-11-2019 11:33 AM
Filem frozen dah keluar
Quote rosasen 28-11-2019 11:55 AM
dah gatallll sgt nk jadi YB kannnnn
Quote awanysss 28-11-2019 01:15 PM
aku tak tahu ape isu sgt pasal sidang parlimen ni..
wakil rakyat tempat aku pergi sidang parlimen, pastu org tempat aku ni buat status fb, ade kematian ke banjir ntah, dia tulis "siapa nmpk bangkai ahli parlimen *****.."

kurang ajar sgt pd aku.. korang yg memekak tak attend parlimen, bila attend korang camni pulak.. dasar manusia busuk hati.. ahli parlimen tu serve kau je, bukan hamba abdi kau..

aku rasa dr sibuk nak suruh attend sidang parlimen, baik korang search structure macam mana, usul macam mana, berapa kali nak table motion, berapa percentage utk luluskan motion.. ni asal tgk kerusi kosong je memekak.. dua2 pihak sama je..
Quote Ladybird910 28-11-2019 02:43 PM
Bila wakil rakyat sendiri bagi alasan dekat rakyat.BS sgt..jgn amik jawatanlah kalau tak sedia mental fizikal.hahaha
Quote belilies 28-11-2019 03:41 PM
Yesssss elaun tu buat ikut brp kerap deyols ikut masuk parlimen, sbb itulah keje deyols. Kalu takat rasmi majlis tu apalah sgt. Yang penting sampaikan niat rakyat!
Quote Melorqe 28-11-2019 04:28 PM
hari anugerah pun panggil yb, hari koko panggil yb
takkan kerja yb pergi majlis2 mcm ni?
lepas tu bagi la ucapan mengungkit dulu dia tak boleh diundang ke sekolah2 bla bla blaaa...
tak bleh bg sumbangan sbb duit sikit bla bla blaaa... padahal sekolah sebelah boleh je dpt dana binaan sebab tiap kali ada acara je, muka yb la terpampang naik kat fb sekolah. baek punya sekolah membodek.

aku komplen jln berlubang, rumput penuh mejalar atas jalan, lampu jalan tak menyala,  korang lembab pulak nak respond.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.078648 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top