Meskipun sudah kembali aktif di dunia hiburan, Ayu Damit yang dahulunya menjuarai rancangan realiti One In A Million kini semakin rancak berniaga di pasar tani memasarkan hasil tanaman cili beliau.
Ayu ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin akan menjengah ke pasar tani untuk berniaga sendiri jualan cili mereka jika tidak terlibat dengan sebarang aktiviti hiburan. Menurutnya, ramai juga yang bertanyakan 'tak malu ke jual cili di pasar?' "Saya cakap, malu dah hilang apabila fikir tentang masa depan anak dan keluarga. Kami mencari rezeki halal untuk survive selama lima tahun ini, dari A sampai Z. "Melihat hasil tanaman ciri sekarang, ianya menjadi satu kepuasan buat saya," ujarnya. Ayu dan suami juga turut membekalkan cili kepada peniaga kecil lain. Kini, hasil tanaman ladang cili yang diusahakan Ayu dan suami telah mencecah 1.4 hektar terletak di Pangsun, Batu 22, Hulu Langat, Selangor.
|
14
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LolaLombing replied at 28-11-2019 10:57 AM
Bestnya ada tanah bercucuk tanam. Ilolls kalau ada rezeki pon suka keje bercucuk tanam ni walopon ta ...
adeqbun replied at 28-11-2019 11:02 AM
takyah la kacau die nak teruskan kehidupan die ngan gaya hidup mcm org biase...aku lg sakit ati tgk ...
fadz84 replied at 28-11-2019 11:07 AM
menunjuk dan takbur dgn nikmat dunia pompuan kemut tu.. dh kahwin nnti mintak lenyap dari dunia en ...
ADVERTISEMENT