Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa geram di InstaStory miliknya apabila ada yang mempersoalkan tentang layanan mereka sekeluarga terhadap Ameena.
Ameena yang merupakan anak angkat pasangan jutawan itu seringkali mendapat perhatian ramai dan merupakan 'target' netizen bagi 'menghentam' keluarga terlajak laris itu. Baru-baru ini, mereka telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ketiga-tiga anak mereka iaitu Cess, Baem dan Ameena.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah apabila dalam salah satu video yang dikongsi oleh Shahida di InstaStorynya menunjukkan suaminya, Aliff hanya memberikan hadiah kepada Ammar, Baem dan Cess tetapi tidak kepada Ameena. Geram dipersoal oleh netizen, Shahida dengan pantas menjelaskan yang Ameena masih lagi kecil jika dibandingkan dengan ketiga-tiga anaknya yang baru merasa menerima hadiah bersempena hari lahir apabila umur mencecah 8 tahun. "Ada pula komen-komen jahat kenapa Ameena tak dapat?" "Dia tu umur 2 tahun.. anak-anak saya yang lain dah umur 8-9 tahun baru merasa parents bagi hadiah." Tambah Shahida lagi, sedangkan anak mereka Yusoff juga tidak pernah menerima apa-apa hadiah sempena majlis hari jadinya yang lepas.
Tak tau nak layan macam mana lagi nak bagi netizen puas hati.. Kecewa dengan tuduhan melulu netizen, Shahida mengatakan yang dia tidak tau apa yang dia perlu lakukan bagi membuktikan yang Ameena mendapat layanan sama macam anak-anak kandungnya yang lain. "Saya tak faham netizen nak saya layan dia macam mana. Layan lebih dari anak sendiri ke nak puaskan hati korang." Dia juga sempat memerli netizen untuk memberi perhatian dan lebih kasihankan kanak-kanak Syria berbanding mengambil berat tentang Ameena yang sudah pastinya segala keperluannya mencukupi. Ada sahaja netizen ini. Semua benda korang tak puas hati kan? Pandai la Dato dengan Datin nak besarkan anak-anak dorang macam mana. Sudah-sudahlah tu! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|