CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Laku Keras La Nanti" - Disebabkan Tok Ti, Ramai Yang Nak Pasang Penapis Air Cuckoo..

26-11-2019 03:08 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 27709| Komen: 149|Original author: SakuraJo

Description: Baru-baru ini, jenama Cuckoo telah mengumumkan pemilihan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tok Ti sebagai duta pertama mereka di Malaysia bermula tahun hadapan. Pengumuman ...
Baru-baru ini, jenama Cuckoo telah mengumumkan pemilihan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tok Ti sebagai duta pertama mereka di Malaysia bermula tahun hadapan. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa (Malaysia) iaitu KC Hoe ketika Konsert Koo With Cuckoo di Surf Beach Sunway Lagoon pada Sabtu yang lepas. 



Konsert itu julung kali diadakan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelima jenama Cuckoo di Malaysia dan telah dihadiri oleh hampir 15,000 peminat.

Menurut KC Hoe, pemilihan Tok Ti tersebut adalah bertepatan dengan matlamat Cuckoo iaitu Beyond Standards selain dia merupakan ikon negara yang dikenali dan diminati oleh semua kaum di negara kita.

"Cuckoo juga pilihan utama rakyat Malaysia. Jadi, itu sebab kita pilih Datuk Seri Siti sebagai duta." 


"Ini pertama kali kami ada duta di Malaysia. Sebelum ini ada Cuckoo Friends saja. Apabila kami buat keputusan ambil duta, kami kena cari seseorang yang mewakili Malaysia."

Selain Tok Ti, beberapa penyanyi terkemuka yang lain turut mewarnai konsert yang bertemakan neon party itu iaitu Ziana Zain, Hael Husaini, Exist, Adira, Khai Bahar, Zizi Kirana, Naqiu, Sham Visa, Wann, One Nation Emcee dan Floor88.

Cari.com.my

Barisan penyampai radio tempatan iaitu Era, Sinar, Zayan dan Gegar turut memeriahkan suasana pada malam itu. Keterujaan para penonton tidak terhenti apabila tiga Cuckoo Friend iaitu Nabil Ahmad, Hetty Sharlene dan angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar hadir ke atas pentas. 

Cari.com.my

Meskipun hujan turun,penonton tetap bersemangat dan tidak berganjak dari tempat masing-masing. 

Dalam pada itu, ramai yang teruja dengan pengumuman Tok Ti sebagai duta Cuckoo sampaikan ada yang memasang niat untuk memasang penapis air jenama tersebut di rumah mereka. 

Kredit foto : Ig TokTi

Kuat betul penangan Tok Ti ni kan. Baru sahaja diumumkan menjadi duta tapi sudah ramai yang mahu memasang Cuckoo di rumah masing-masing. Apa pun tahniah diucapkan kepada Tok Ti dan selamat ulang tahun kelima buat Cuckoo! -CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fazzbulous 26-11-2019 03:18 PM
i baru pasang jiksoo..lpas dkt sebuln i survey..so rasanya jiksoo okay..tankless..i amik yg ada ais..lagi murah dr cowy lucy..huhuhuhu..siap dpt hamper tupperware lg dr seller...
Quote boojaat 26-11-2019 03:18 PM
Rumah i dh pasang.. bila tau ct duta rasa nak terminate jer.. hahahaha...
Quote Imkhai 26-11-2019 03:20 PM
Brp la pihak cuckoo byr tokti ye?,msti mhl murah btl rezeki dia lepas satu2 rezeki masuk
Quote Imkhai 26-11-2019 03:22 PM
boojaat replied at 26-11-2019 03:18 PM
Rumah i dh pasang.. bila tau ct duta rasa nak terminate jer.. hahahaha...

Plk dh hahaha
Quote mata.kail 26-11-2019 03:26 PM
boojaat replied at 26-11-2019 03:18 PM
Rumah i dh pasang.. bila tau ct duta rasa nak terminate jer.. hahahaha...

Hahahaha...
Quote mata.kail 26-11-2019 03:29 PM
okay...xnak cuckooo
Quote Orix 26-11-2019 03:29 PM
iols cuma nak tahu berapa jotaaaaa cuckoo bayar tokti?

iols da setahun pkai cuckoo... so far so good... tak payah lagi nk masak air bagai bila nk guna air panas... air sejuk dia pun sejuk betul......
Quote Kurex 26-11-2019 03:31 PM
bila dia dah ada ig, makin dah tak exclusive..
dulu minat gila dia, tapi lepas musuh dalam selimut keje dgn siti, dari minat bertukar benci
Quote umbut 26-11-2019 03:34 PM
Malaysian byk pki cuckoo ke coway.. byk cuckoo sponsor.. gv
Quote umbut 26-11-2019 03:36 PM
Kurex replied at 26-11-2019 03:31 PM
bila dia dah ada ig, makin dah tak exclusive..
dulu minat gila dia, tapi lepas musuh dalam selimut ...

Kurex.. haritu ko bukak citer hantu tu mana link.. x habis baca.. dah malam.. seram
Quote Kurex 26-11-2019 03:42 PM
umbut replied at 26-11-2019 03:36 PM
Kurex.. haritu ko bukak citer hantu tu mana link.. x habis baca.. dah malam.. seram

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1181675&extra=&page=6&mobile=2
Quote dewi_rina 26-11-2019 03:43 PM
Dalam banyak2 artis, dia ni jugak dapat jadi duta
Ziana zain pun ok apa? Ni semua dia
Bosan gilaaa
Quote bawangkecik 26-11-2019 03:52 PM
Nak pakai coway promo RM65 sebulan je meh pm tepi. tak payah bayar sebulan aku bagi kehkehkeh
Quote tupperwarepink 26-11-2019 04:00 PM
Fazzbulous replied at 26-11-2019 03:18 PM
i baru pasang jiksoo..lpas dkt sebuln i survey..so rasanya jiksoo okay..tankless..i amik yg ada ais. ...

da pasang coway neo tu, bila da pasang baru perasan iklan jiksoo... rasa nak terminate je coway sekarang ni
Quote tupperwarepink 26-11-2019 04:01 PM
bawangkecik replied at 26-11-2019 03:52 PM
Nak pakai coway promo RM65 sebulan je meh pm tepi. tak payah bayar sebulan aku bagi kehkehkeh

coway neo yg rm65 ni, ada penalty ke kalau nak stop langganan?
Quote bawangkecik 26-11-2019 04:07 PM
tupperwarepink replied at 26-11-2019 04:01 PM
coway neo yg rm65 ni, ada penalty ke kalau nak stop langganan?

semua brand ada penalti kalau nak stop langgan, tak kira cuckoo ke kowey ke sis hehe
Quote mixed 26-11-2019 04:10 PM
uols dah lama pakai coway
nxt year mungkin abis contract

cuckoo ni bagus ke ?

Quote sleepandream 26-11-2019 04:11 PM
rumah iols dah 2 tahun pasang cuckoo...
nanti pukul 3 pagi benda tu bercakap sorang2 dalam korean...
iols noob nak tukar setting dia
Quote tupperwarepink 26-11-2019 04:13 PM
bawangkecik replied at 26-11-2019 04:07 PM
semua brand ada penalti kalau nak stop langgan, tak kira cuckoo ke kowey ke sis hehe

aa tau cuma nak tau cara calculation penalty tu. xpe la, nnt iolls gugel

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056373 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top