CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Nak Bantu Orang Susah' - Selepas Sabah Care, Suhaimi Saad Lancar Mosus Foundation

27-11-2019 10:39 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 30187| Komen: 148|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Suhaimi Saad, 39, bekas anggota kumpulan nasyid popular, Inteam minggu ini melancarkan sebuah tabung iaitu Mosus Foundation sebagai satu usaha peribadi beliau untuk membantu golongan muslim yang memerlukan bantuan ataupun pinjaman tanpa faedah atau bunga.


Penyanyi yang juga dikenali dengan panggilan Mosus membuat pengumuman tersebut di Facebooknya.


Kredit foto: FB

Menurutnya, 30 peratus daripada pendapatan beliau akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut, yang mana 10 peratus daripadanya akan digunakan untuk tujuan pengurusan seperti bayaran bil telefon dan sebarang kos berkaitan bantuan.

Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana pihak yang ingin turut menyumbang sama supaya menghubungi beliau di talian 010-2769675.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jutawan Pemurah itu kerap terlibat dalam kerja-kerja kebajikan antaranya penglibatan mereka dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pembangunan Insan Sabah Care atau lebih dikenali sebagai Sabah Care.



Kredit foto: Carian Google

Beliau dan isterinya, Nordiana Mohd Naim juga sering dilihat membawa empat cahaya mata mereka, mengadakan persembahan di bazar Ramadan sebagai aktiviti amal.

Tahniah diucapkan atas niat dan inisiatif beliau yang murni.


Kredit foto: Carian Google

Bagaimanapun, memandangkan sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang perkembangan mengenai Sabah Care, ada yang membuat spekulasi bahawa tabung Mosus Foundation ini hanyalah hangat-hangat tahi ayam.

Persoalannya, adakah Mosus Foundation bakal berakhir dengan nasib sama? - CARI
5

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 27-11-2019 10:40 AM
Sah gila...nk tlg org konon..diri sendiri pun......tabung dan sohai ibarat aur dengan tebing.
Quote Themilo 27-11-2019 10:43 AM
kau sendiri pun tak mampu beli washing machine semi auto
Quote nuril86 27-11-2019 10:44 AM
amboii... kerlasss sohai tabung kebajikan ats name sendri.... kau sendri makan bercatu.... bukan main kau ye tunggang agama..... {:nose
Quote kucingitam 27-11-2019 10:47 AM
hahahha...
baiklah aku bantu orang melalui abg raja shamri or dana kita cikgu korea..


kau bantu anak ko gi sklh dula la mosus oii
Quote rainbowrainz 27-11-2019 10:49 AM
Sohai g kerjalh
Quote izat123 27-11-2019 10:49 AM
10% akan digunakan untuk tujuan pengurusan. Dia dah berangan nak guna 10% hasil sumbangan untuk kegunaan dia ke tuuu? Katalah sebulan dapat sumbangan busuk busuk 5k sebab orang Malaysia pemurah, dah 500 masuk poket dia. Boleh lah dia tak payah kerja
Quote Mfzg89 27-11-2019 10:57 AM
dey..dia ni scammer bertopengkan agama.. haritu kutip duit kata nak buat seminar bulan 3..alih2 senyap gitu je.. ni guna alasan cari dana utk kebajikan plak .. dapat duit senyap balik kan.. pastu bila pokai buat trik lain plak kn..
Quote ikanmasin 27-11-2019 10:58 AM
tolong diri sendiri ,bini dan anak2 tu dl..
Quote fazila17 27-11-2019 11:00 AM
30% dari pendapatan beliau masuk ke tabung?

Pendapatan beliau dari mana? Kerja? Perniagaan? Derma dari orang?
Quote maharani_gebu 27-11-2019 11:01 AM
jap... ade permit ke nak bukak foundation bagai ni??? dok main petik suka suki nak buat collection bagai..  

sohai pun... dah nak masuk 2020 dah weiii.. bawak2lah insaf
Quote maharani_gebu 27-11-2019 11:02 AM
dah ade benang baru ni kira kita postponed plan nak silent treatment aritu ke cemana ni?
Quote doubleA 27-11-2019 11:06 AM
bukan dia pun kategori asnaf ke. adoi
Quote akuMNdia 27-11-2019 11:06 AM
maharani_gebu replied at 27-11-2019 11:01 AM
jap... ade permit ke nak bukak foundation bagai ni??? dok main petik suka suki nak buat collection b ...

boleh buat report ke kalau foundation takder permit?

Quote mixed 27-11-2019 11:10 AM
bkn ke nak bt derma kena ada surat dr govt?
main suka dia je nk buka tabung
Quote shanti_priya 27-11-2019 11:25 AM
ko jual organ je la sohai dapat duit
Quote Meiizu 27-11-2019 11:31 AM
Themilo replied at 27-11-2019 10:43 AM
kau sendiri pun tak mampu beli washing machine semi auto

hahah teringat dulu masa mula2 masuk rumah sebab nakkkkkk jugak beli tv, sanggup cut budget beli washing machine- semi auto
Quote Sang_Pencinta 27-11-2019 11:35 AM
Sohai dah downgrade dari Artis Tempatan ke Personaliti Media Sosial ke Mod??  @friedfishsoup
Quote maharani_gebu 27-11-2019 11:40 AM
akuMNdia replied at 27-11-2019 11:06 AM
boleh buat report ke kalau foundation takder permit?

boleh lar kot... even yg kutip derma dari rumah ke rumah tu pun perlu ade permit sebenarnyer. Dan kita pun berhak mintak resit atas derma kita tu...
Quote manehnya 27-11-2019 11:42 AM
x caya aku ngan bumi leper dia ni

Lihat semua komen(148)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.067633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top