Ramai tertanya-tanya mengenai hubungan Risteena Munim dengan Ikhwan Khairuddin yang sepatutnya berkahwin pada bulan ini. Pelbagai spekulasi timbul, malah ada yang menuduh Risteena curang.
Rupa-rupanya, hubungan Risteena dan Ikhwan sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu. Berdepan pelbagai ujian, pelakon Nur Risteena Munim, 30, mengakui sudah berjuang berhabis-habisan untuk terus mempertahankan cintanya. "Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. "Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami. "Bagaimanapun, apabila sudah puas berjuang, hubungan itu hanya tinggal sisa dan bagaikan tiada kesudahan. Rasanya, cukuplah setakat itu," ujarnya memetik laporan Berita Harian.
Risteena sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka misteri dan sedang melalui fasa bahagia sekarang. Walaupun Risteena memilih untuk tidak mendedahkan wajah kekasih barunya hingga mencetuskan tanda tanya, ramai juga yang seakan-akan sudah mengetahui siapakah jejaka misteri yang bertakhta di hati Risteena iaitu aktor Isa Khan.
|
Mfzg89 replied at 27-11-2019 11:04 AM
nangka bungkus sape nak..dahtu rege mengalahkan buah segar..
ADVERTISEMENT