CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cinta Terpenjara Dalam Kamar Derita" - Dr Maza Kecewa Majlis Kahwin Pasang Lagu Sedih

25-11-2019 05:10 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8877| Komen: 28|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Saya tak pasti apakah lagu-lagu sedih itu sesuai untuk hari kegembiraan?!"
"Saya tak pasti apakah lagu-lagu sedih itu sesuai untuk hari kegembiraan?!"

Jelas terpancar kekecewaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pemilihan lagu sedih dalam majlis perkahwinan.



Kredit foto: IG

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza meluahkan kekecewaannya itu menerusi Instagram ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang tidak dinyatakan lokasinya.

"Apakah percintaan itu hanya menjadi indah jika dibaluti kisah kecewa dan sedih?!" ujarnya.

Jelasnya, bukan cinta namanya jika 'terpenjara dalam kamar derita'. Cinta adalah keindahan.

"Cinta adalah manifestasi rasa yang mendalam yang berakar dalam jiwa.

"Cinta juga bukan satu kebodohan sehingga membazir air mata menangisi orang yang tidak setia dan tidak sudi," tegasnya.



Kredit foto: IG

Sehubungan itu, Dr Maza menasihati supaya pihak bertugas yang dijemput tuan rumah supaya bijak memilih lagu.

Ramai yang bersetuju dengan perkongsian Dr Maza.

"Jangan nyanyi pelamin anganku musnah.. Hancur," seloroh warganet.

Pun begitu, ada juga yang menyifatkannya sebagai hiburan semata-mata.


Kredit foto: IG

Ada betulnya juga apa yang disampaikan Dr Maza. Kata-kata itu suatu doa. Apa pula perasaan pengantin yang didendangkan lagu dengan bait kata sedih?

Apapun, terpulang kepada persepsi masing-masing. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 25-11-2019 05:23 PM
kalau crush aku kawen nnti aku nak request lagu pelamin anganku musnah kat dj tu
Quote Meiizu 25-11-2019 05:23 PM
betul laaa maza tegur tu...pilih lah lagu hepi hepi, apa kaa tak reti pi pilih lagu sedih.
mujur maza tak kata lagu tu haram , amik hang satu lagi pun takleh dengar
Quote meisapoya 25-11-2019 05:45 PM
Hahaha selalu kalau ada slot karaoke mesti ada lagu jiwang2 sedih. Menyampah ok dengar kat majlis kawen lagu macam tu
Quote thetimes 25-11-2019 05:53 PM
Setuju...nak mood happy2 je.
Quote gummiebear 25-11-2019 05:58 PM
Kann.. tak paham lah majlis kawen tapi nyanyi lagu sedih cam baru lepas putus chenta. Kena salahkan dj ke cemana ni
Quote sonatalady 25-11-2019 06:17 PM
Betulah tu.hepi2 tup2 keluar lagu sedih.
Masa kawen dulu..cd kawen lagu antara gadis.lagu memang best tp lirik....huhuuhu..
Bertabah ajelah.
Quote sfrnna 25-11-2019 06:30 PM
Sedih lagi pengantin baru tempat dia pg tu lepas baca statement ni.
Quote awanearisu 25-11-2019 06:47 PM
Edited by awanearisu at 25-11-2019 06:49 PM

"Jangan limitkan interpretasi masyarakat.." (Anon, 2019)
Quote matchstick 25-11-2019 07:00 PM
Dh jemput ameng mesti lah tetamu nk dengar lagu spring.. Lagu spring yg femes2 plak jenis yg jiwang sedih gitu. Xkan lah ko jemput ameng nk suruh nyanyi lagu selamat pengantin baru je, pastu ulang2 1 lagu tu je sampai pengantin muntah
Quote RatuDunia94 25-11-2019 07:18 PM
Lagu2 faveret karoke masa majlis kahwin is lagu Ziana Zain, Slam.. and mostly lagu2 deols mmg lagu sedih2.
Quote Kurex 25-11-2019 08:25 PM
hari tu kan ada topic pasal ni dekat porem.. iols speku naza ni salah sorang porumer la
Quote farlis 25-11-2019 08:47 PM
Setuju dgn dr maza ni.. I loikeee
Quote munchkin 25-11-2019 09:01 PM
Malas aku dengar melayu. Kalau tak berangan sedih. Takde semangat lamgsung
Quote AbukRokok 25-11-2019 10:03 PM
majlis kne ceria pasangla lagu eurodance
Quote vender 25-11-2019 10:07 PM
Tau takpe...masa kazen aku dulu kawen ada lagu kekasih yg mati. Aku lupa dah lagu apa tapi bestlah lagu tu.
Quote haryatie 26-11-2019 07:52 AM
kannn..pilih la yg hepy2
ni mcam kena kawin paksa jerk
Quote fliphair8 26-11-2019 08:29 AM
Maza terkesan ngan lagu jiwang karat
Quote burning_ash 26-11-2019 09:10 AM
lagu putus cinta..
Quote miemiecha 26-11-2019 10:13 AM
hurmm... entohlah kanda dinda...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061963 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top