CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patah Jari Ditolak Suami Kerana Minta Cerai

22-11-2019 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2900| Komen: 10

Berang isteri tuntut cerai, lelaki menolak wanita itu hingga mangsa patah jari manis.

Berita Harian melaporkan kejadian berlaku jam 12.35 tengah hari semalam, di rumah mereka di Kuala Berang.


Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa berusia 34 tahun meminta suaminya, 37, menceraikannya kerana berasa sering diabaikan.


Gambar hiasan

“Suspek tidak memberi sebarang reaksi, sebaliknya bertindak keluar dari rumah menyebabkan mangsa menghalang suspek kerana mahu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

“Namun, suspek menolak mangsa dengan kuat menyebabkan wanita itu patah jari manis tangan kirinya sebelum beredar meninggalkan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud.

Mangsa yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.


Tambahnya, anggota dikerahkan bagi memburu suspek susulan menerima laporan dibuat mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecderaan dengan sengaja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MenteriWanita 22-11-2019 07:12 PM
Kuala Berang mohon tukar nama kepada Kuala Tenang, nama tempat negatif vibes sangat.
Quote ReginaGeorge 22-11-2019 07:17 PM
Tak di bagi nafkah batin agaknya
Quote Pink_Purple 22-11-2019 07:20 PM
minta diceraikan bodo2 gitu memang mendapatla..patah jari, mujur xpatah pinggang.

cik kak, kena masuk mahkamah, lantik peguam..

tapi bila patah jari,repot polis dah, pas2 gi hospital..dah dapat dokumen, pergila ke mahkamah syariah..jangan pulak lepas tu xjadi cerai pulak..lembut hati kena pujuk..

ni jenis akak ni acah2 je nak cerai, nak dapatkan perhatian suami..mcm adira tu..dah kena pujuk xjadi cerai..buat alasan anak pulak..
Quote LuvAurora 22-11-2019 07:57 PM
Kesiannya dah ada laki kalut nak mintak cerai.. Syukurlah tu ada gak hubby
Quote Perawankota 23-11-2019 12:15 AM
Mcm2 hal masalah rumah tangga sekarang
Quote putericahaya999 23-11-2019 08:51 AM
Dia nk keluar dihalang2 mmg mendapatla
Quote Psfzi 23-11-2019 06:29 PM
Mcm ada persamaan dgn kes aku... hihi tp xde la patah jari
Quote Kerkin 24-11-2019 10:52 AM
Alahai kak.. nak cerai ikut je la jalan yang terjamin pengurusannya.. g lah failkan cerai kalau betul nak cerai.. ko g minta mcm tu mmg mendapatlah.. pandai plak buat laporan polis .. boleh plak fikir saluran yg sepatutnya..
Quote cupu 24-11-2019 10:56 AM
Pink_Purple replied at 22-11-2019 07:20 PM
minta diceraikan bodo2 gitu memang mendapatla..patah jari, mujur xpatah pinggang.

cik kak, kena m ...

Yup...zaman dh berubah..style nk cerai pun kn berubah..pergi file terus dkt mahkamah..sembang byk xde guna.
Quote Pink_Purple 24-11-2019 12:24 PM
cupu replied at 24-11-2019 10:56 AM
Yup...zaman dh berubah..style nk cerai pun kn berubah..pergi file terus dkt mahkamah..sembang byk  ...

suami nak keluar dia halang..tu provokasi namanya sebab tu dia dapat habuan sampai patah jari..
cerai luar mahkamah kena bicara, kena denda, lagi banyak duit kena keluar..naik turun mahkamah.
patut terus pergi mahkamah..setel ikut procedure..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.085119 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top