CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Wira Filem Aksi Terbaik Penutup Tahun 2019? Konfem Ke Wajib Tonton?

26-11-2019 10:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 16496| Komen: 72|Original author: Oleh: natrahn

Description: Filem aksi Wira yang merupakan projek mega kerjasama sulung antara lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios telah ditayang ...
Kredit Foto - Buzzkini


Filem aksi Wira yang merupakan projek mega kerjasama sulung antara lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios telah ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara pada 21 November 2019 lalu.


Wira yang juga terbitan pengarah filem PASKAL: The Movie iaitu Adrian Teh menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian, Henley Hii dan Josiah Hogan ini ternyata memberi satu sejarah baharu buat industri perfileman tempatan. 



Kredit Foto - Twitter : Hairul Azreen bersama Yayan Ruhian

Wira juga mendapat hasil sentuhan pengarah lagak aksi tersohor dari Indonesia, Yayan Ruhian di mana penonton dapat melihat aksi tanpa henti, sekaligus mampu menjadi penanda aras bagi aksi filem tempatan terbaik pada tahun ini. 


Kredit Foto - YOY

Filem aksi yang menyentuh elemen kekeluargaan ini berkisahkan Hassan (Hairul Azreen) kembali ke rumah asalnya di Flat Raja Merah dengan niat untuk menyelamatkan keluarganya dari hutang dan kekejaman Raja (Dain Said).

Hassan telah melibatkan diri dengan tentera ketika menghilangkan diri untuk beberapa tahun meninggalkan keluarganya dengan niat ingin 'cuci tangan' dari kisah silamnya. 

Beliau kembali untuk menyelesaikan masalah keluarganya dan membawa mereka ke kampung halaman di Machang dan mulakan hidup baru. 

Untuk menyelesaikan hutang tersebut, Hassan dan adiknya Zain (Fify Azmi) terpaksa bertanding tinju berlawan bersama dua orang anak Raja iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan). 

Perkembangan plot berlaku selepas pertarungan itu dan seterusnya banyak perkara yang terjadi kepada Hassan dan keluarganya.


Apa kata penonton?

Wira mendapat pelbagai review berbeza daripada pengkritik dan peminat filem tempatan. Sesetengah mereka memberi rating yang agak tinggi antaranya 8-10 bintang. Sesetengahnya pula hanya memberikan 5-7 bintang.

Filem ini rata-ratanya menayangkan hampir sepenuhnya aksi mendebarkan tanpa meninggalkan 'ruang kosong' untuk penonton mengalihkan pandangan dari layar skrin.

Namun, ada jua yang menyatakan aksinya masih jauh ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan filem aksi antarabangsa. 

Ada dikalangan mereka yang mengkritik plot filem ini agak biasa dan kekuatan filem ini hanyalah semasa adegan pertarungan akhir antara Hassan dan adiknya menentang Ifrit.


Air tangan Pengarah Adrian Teh belum pernah mengecewakan...


Kredit foto: Facebook #wira2019 #filemwira

Hairul Azreen memang sesuai untuk filem aksi...



Berbaloi untuk ditonton...



Lakonan Hairul Azreen masih kaku pada sesetengah adegan ...



Filem pertama boleh tengok fight scene perempuan. Power la !

Wira Filem Aksi Terbaik Penutup Tahun 2019? - Konfem Ke Filem WIRA Wajib Tonton?

Filem aksi paling best tahun 2019!


Kredit foto: Twitter #wira2019 #FilemWira #Wira

Apapun, filem genre aksi sememangnya menjadi pilihan orang ramai sejak akhir-akhir ini.

Lihat sahajalah kejayaaan filem-filem genre sama seperti Paskal, Polis Evo 1 & 2, One Two Jaga, Geran, KL Special Force dan lain-lain yang memberikan impak besar kepada penonton. 

Anda sudah menonton Wira? Berikan pandangan anda. - CARI

Kredit -  Says.com
10

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 26-11-2019 10:30 AM
Tak wajib atau sunat..meninggalkan lebih baik
Quote Kurex 26-11-2019 10:32 AM
ingatkan yayan ni si soib...
btw takkan tengok walaupun kekrul amat lazat..ohh kekrul
Quote natrahn 26-11-2019 11:03 AM
Kurex replied at 26-11-2019 10:32 AM
ingatkan yayan ni si soib...
btw takkan tengok walaupun kekrul amat lazat..ohh kekrul

hahaha memang ramai cakap macam muka shuib..
@Kurex memang suka eh lelaki ketul-ketul macam nih...
Quote MisXoXo 26-11-2019 12:20 PM
Sorry..xkan tgk sbb hairul.if org lain mngkin ok.turn off tgk hairul ja.mmg xda aura jd hero dn x npk gagah pn dlm film aksi.xmoo xmoo
Quote matseh 26-11-2019 02:23 PM
John Wick 3, parabellum. Power  fight dia.
Quote chicozinn 26-11-2019 02:49 PM
Boring la citer tu..lelagi ade si soebb ngn hauk ni
Quote r_innalif 26-11-2019 06:28 PM
Dh tgok td lps frozen. Sbb ank dara request. Dia pminat cter melayu. Paskal lg bes. Ada jln cter, ada skill. Wira aksi nye x berenti. Lawan aje kejenye. Certain part hairul agak kayu. Skrip pn agak mcm cringe.
Bab adik bradik bsatu jg each other I suke. Kalau pjgkan fight diorg lwn ank raja pn ok.  Sbb mcm lwn x all out. Tp seronok tgok yg jd adik dia tu. Prut prmpuan dua org tu perghhh...
By the way sapa fhm ending credit tu tlg bg pncerahan. Adakah bront palare akn muncul mvie akn dtg..
Quote LuvAurora 26-11-2019 11:23 PM
Pa2 jalah xminat pun deni.. Bagi free pun xhingin nak tgk
Quote natrahn 27-11-2019 07:32 AM
r_innalif replied at 26-11-2019 06:28 PM
Dh tgok td lps frozen. Sbb ank dara request. Dia pminat cter melayu. Paskal lg bes. Ada jln cter, ad ...

khabarnya akan ada sambungan paskal 2
Quote makton 27-11-2019 08:14 AM
sorry takkan tgk klu ada mamat lembam tu
Quote seramado 27-11-2019 12:38 PM
Best tak.. Sapa dh tgk
Quote beta_carotene 27-11-2019 01:00 PM
Kekrull not worth my money
Quote brown_pupil 27-11-2019 02:16 PM
Dah tengok last week seba anak iols nak tgk sangat.. honestly, tak sesuai budak2 tengok sebab banyak sgt scene bahasa kesat. Iols pun heran cemner finas kasi lepas siap sponsor 30% lagi..

Kekrul-- memang sgt kayu.. even masa fight pun kayu. Part nak buat lawak pun x lawak..
Yayan - aksi fight dia pun masa nak dekat2 habis.. tapi memang best.
Fify- wow.. minah ni boleh pergi lebih jauh.. kena polish lagi.
Dain said - iols suka je cara dia bawa watak jahat dalam citer ni. Actually, aku suka tonasi suara dia.

Part yg paling hampeh, kawan si hasan yg polis cina tu. Pelis la.. BM dia spoil kot.. xleh ke cakap biasa-biasa mcm mana cina malaysia cakap..
Quote mamasaffiya 27-11-2019 02:40 PM
X minat tgk sbb tak minat kekrul
Quote awex^returns 27-11-2019 02:55 PM
sebagaimana aku tak tengok paskal
aku takkan tengok wira ni
sebab ada kekrol

Quote AmandaRollins 27-11-2019 05:09 PM
Sbb kekrul xde mood nk tgk...dia ni boleh buat martial arts je..tp penghayatan lakonan haukkkkk!!!!!
Quote slyfynx 27-11-2019 05:11 PM
Mmg nk je sokong filem melayu, tp sorry le kalau hairul azreen. Mmg pangkah
Quote pearhijau 28-11-2019 12:38 AM
best ke citeni? ank nk g tgk dgn kwn2 dia..meols nmpk keknis asikla up psl wira nih... sorry OT..xde sape ke rengsa tgk makretis naik business class g umrah tu  tercapai hasrat dia ye...
Quote mrseller 28-11-2019 12:50 AM
Baik aku tgk ejen Ali. Pilem Melayu ada satu dua yang OK. Yang lain lancau all the way

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.199719 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top