Padah bermain telefon pintar dan memakai fon kepala, juara tinju wanita maut dirempuh kereta api ketika menyeberang landasan. The Sun melaporkan, dalam kejadian 14 November lalu, Amina Bulakh, 18, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tarasivka, Ukraine. Gadis itu dikatakan tidak melihat atau mendengar kehadiran kereta api yang datang dari arah Kyiv menuju ke bandar Fastiv kerana memakai fon kepala dan bermain telefon. Menurut polis, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah farmasi dan dia tidak menyedari kehadiran kereta api itu hingga saat akhir. Kata saksi di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak daripada dirempuh, namun tidak sempat. Pada September lalu, petinju itu meraih pingat gangsa di Kejohanan Tinju Amatur Eropah di Bulgaria. Difahamkan, siasatan kematian sedang dijalankan. - CARI
|
ADVERTISEMENT