CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Norhizam Hassan Baktee Diiktiraf 'Juara Penembak Babi', Sidang DUN Melaka Kecoh!

22-11-2019 10:57 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8052| Komen: 32|Original author: Tukang Tulis

Description: Sidang terpaksa ditangguh untuk meredakan keadaan yang panas.
Norhizam Hassan Baktee (dua dari kanan) dalam operasi menembak babi hutan di Melaka baru-baru ini. Kredit foto: Facebook

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee memang popular dengan kegigihannya membanteras isu babi hutan yang berkeliaran di negeri itu.

Sebagai penghargaan terhadap usaha itu, beliau diiktiraf sebagai 'Juara Penembak Babi' dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 21 November.

Pengiktirafan itu diberikan secara berseloroh oleh Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar semasa Norhizam menjawab soalan berhubung operasi menembak babi hutan yang seterusnya disambut dengan tepukan oleh wakil-wakil rakyat yang lain.

Rakaman video Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu diberi pengiktirafan tersebut tular dalam media sosial termasuk Facebook.


Suasana dalam sidang tersebut kemudian menjadi panas apabila beliau menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) yang didakwa gagal menyelesaikan masalah babi hutan.

"Saya nak tanya, kalau kerajaan dulu kata ada buat kerja, jumlah tembak babi mesti banyak. Mana gambar mengatakan Exco dulu ada keluar?

"Saya tunjuk gambar saya, tengah malam eh," jelasnya sambil menunjukkan gambar beliau semasa menyertai operasi menembak babi hutan.

Norhizam Hassan Baktee menunjukkan gambar beliau menyertai operasi menembak babi hutan dalam sidang DUN Melaka. Kredit foto: Facebook
Norhizam turut membangkitkan persoalan sama ada pihak lain termasuk ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersedia untuk melaksanakan tugas itu.

Idris yang tidak berpuas hati apabila namanya disebut kemudian bangkit dan menegaskan bahawa kenyataan Norhizam tentang babi hutan datang ke Melaka dari Indonesia telah mencetuskan isu diplomatik antara negara itu dan Malaysia.

"Kerajaan Indonesia marah. Kenapa babi pun hendak dikaitkan dengan Indonesia?" kata Idris.

Idris Haron. Kredit foto: Facebook
Pertikaman lidah yang disulami kata-kata kesat tercetus antara Norhizam dan Idris sehingga menyebabkan Omar terpaksa menangguhkan sidang 14 minit lebih awal sebelum waktu rehat untuk meredakan keadaan.


Banyakkan bersabar YB, kalau tekanan darah naik nanti terjejas pula kesihatan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 22-11-2019 11:01 AM
Kelakar dan merapuuu.. hahaha
Quote Buritan 22-11-2019 11:02 AM
Sayang bangkai babi tuu buat apee..
Quote apam 22-11-2019 11:10 AM
Terbaik YB Norhizam buat kerja. Bukan macam YB dulu- Yang Berehat/bodek aje banyak.
Quote imogenBones 22-11-2019 11:17 AM
When stupid people were elected stupid things were discussed.
Quote SWORKS27 22-11-2019 11:22 AM
hanya orang yang bodo mengundi YB bodoh...so, teruskan undi YB bodoh ni deme selesaikan masalah babi
Quote palmolive 22-11-2019 11:24 AM
Buritan replied at 22-11-2019 11:02 AM
Sayang bangkai babi tuu buat apee..

bukan jual ke cina ker?
Quote Kurex 22-11-2019 11:27 AM
sungguh beliau yb ni
Quote apam 22-11-2019 11:28 AM
Takat jadi YB adun kawasan tak payah perasan high class sangat lah takmo dengar/discuss hal ehwal penduduk setempat.
Quote fliphair8 22-11-2019 11:31 AM
hadoi...berak nanang masalah babi dan tuannya ni
Quote Ina8895 22-11-2019 11:32 AM
Beliau juara menembak beliau. Ha ha ha
Quote Buritan 22-11-2019 11:34 AM
Kurex replied at 22-11-2019 11:27 AM
sungguh beliau yb ni

New word.. babi is beliau
Quote arasham 22-11-2019 11:37 AM
Terbaca norhizam babee
Quote EmaAsmadi 22-11-2019 11:51 AM
Pasal babi pun nak gaduh
Quote renko 22-11-2019 11:58 AM
yb=yang babi
Quote abas8888 22-11-2019 12:15 PM
Ni panggil perhilitan ke tembak? Kalau panggil cina tembak rasanya babi tu dia ambik kira jadi upah kan? Betoi ka?
Quote chicozinn 22-11-2019 02:18 PM

ahahahhahahahaha..babiknye komen ko nihhh
Quote Mamajiyem 22-11-2019 02:25 PM
Haha..buat malu owang melake jer
Quote sukacactus 22-11-2019 02:40 PM
Uuuiii gemuknya!!!
Quote cikdot 22-11-2019 02:48 PM

hahaha..speaker pun lawak. rilek je dia siap bagi anugerah.

kelakau betul kerajaan baru ni

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055061 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top