Masalah keganasan rumah tangga bukan satu isu yang asing lagi. Terbaru, menurut statistik, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 91 kes (27 peratus) daripada 340 kes yang dilaporkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun.
Memetik Astro Awani, Pahang berada di kedudukan kedua dengan 56 kes dan Kedah sebanyak 34 kes. Hal tersebut didedahkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. Katanya lagi, daripada jumlah tersebut 316 mangsa adalah perempuan dan 24 adalah lelaki. “Bagi menangani isu keganasan rumah tangga, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil tindakan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521].
“Menerusi akta ini, kerajaan memperuntukkan perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. “Tindakan segera akan dijalankan bersama agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), mahkamah dan agensi yang berkaitan bagi memastikan segala bentuk keganasan rumah tangga dapat dibendung,” katanya. Katanya lagi, enam faktor utama daripada 25 faktor berlakunya keganasan rumah tangga adalah perselisihan faham iaitu sebanyak 692 kes, panas baran (658 kes), masalah kewangan (327 kes), cemburu (312 kes), penagihan dadah (309 kes) dan campur tangan pihak ketiga (177 kes). - CARI
|
white_musk replied at 21-11-2019 04:46 PM
sudah tahu diri itu miskin dhoif tidak perlulah kahwin
orang melayu ramai yang tidak cerdik
Meiizu replied at 21-11-2019 04:52 PM
"jangan takut kawin ..kawinlah..nanti rezeki datang " done petikan estazz
fliphair8: when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab mostly pemastautin ni berasal dari negeri lain menc ...
salmon-suki replied at 22-11-2019 01:06 AM
nak taw jugak caner dia buat stats ni,is it based on ic?ke just randomly tgk kes di negeri2 itu? ...
Peterpan17 replied at 22-11-2019 08:59 AM
laporan dr statistik ni ikut pd laporan yg di buat. klu takde laporan siapa yg tau. Selangor kelih ...
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...
salmon-suki replied at 22-11-2019 01:19 PM
Oooo..ikut laporan laa despite of the ic no...okehhhh..macehhhhh
fliphair8 replied at 21-11-2019 05:56 PM
when cakap pasal statistik kenegerian ni kan...its quite unfair to selangor and KL actually, sebab m ...
ADVERTISEMENT