CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Nabila Bosan Layan Cinta

10-10-2013 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6829| Komen: 21



Kemesraan yang dipamerkan dua pelakon ini menggambarkan mereka seakan sudah lama akrab lantas lantas setiap ‘pose’ diberikan semuanya menjadi.

Hakikatnya, Nabila Huda, 28, dan Nazim Othman, 29, sudah lama berada dalam industri ini namun baru saja akrab selepas beberapa kali keluar bersama kebelakangan ini dan buat kali pertama bergandingan dalam sebuah siri.

Menjadi tunjang kepada siri Sangkar di TV9 yang cukup hebat sambutannya, keserasian mereka cukup dirasai dan Nabila akui meskipun kali pertama berpasangan dengan Nazim, dia terus dapat rentak.

Istimewanya, dalam ramai pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya, dia mengakui sangat tertarik kepada pelakon tampan itu dan menyifatkan-nya sebagai lelaki Melayu sejati terakhir di matanya.


“Sebelum ini, saya tidak pernah berlakon dengannya dan apa yang jelas tidak sukar untuk kami menjalin ‘chemistry’ memandangkan kami boleh berkongsi banyak perkara.

“Baik di set dan beberapa kali kami keluar lepak bersama, saya selesa berkawan dengannya. Saya rasa dia mempunyai ciri lelaki Melayu sejati terutama pada wajahnya,” katanya.

Sering terpalit dengan kontroversi mengenai kisah cinta yang sering putus di tengah jalan, Nabila enggan mengenang kisah lalu.

“Sudah-sudahlah dengan kisah cinta. Saya sudah bosan dikaitkan dengan cerita sedemikian dan selesa menjalani kehidupan solo di mana saya rasa lebih bebas dan tidak terseksa.

“Saya tidak mahu lagi membuang masa untuk perkara yang tidak membawa kebaikan kepada karier saya dan sekarang ini mahu berkerja keras dalam lakonan saja,” kata-nya yang pernah intim dengan pelakon Johan As’ari dan DJ Nas-T.

Sekilas mengamati pelakon jelita berkulit sawo matang ini, jelas pada riak wajahnya terserlah keletihan dan mengenali dirinya sebagai seorang yang tidak boleh duduk diam, Nabila mengakui sekarang dia jarang keluar.

Amat mengejutkan, katanya dia lebih bahagia jika berada di set penggambaran berbanding duduk di rumah tidak berbuat apa-apa, apatah lagi mahu keluar melepak, bukan lagi dirinya.

“Entah kenapa tapi saya rasa sangat puas dan tidak kisah pun berada di lokasi penggambaran sepanjang hari kebelakangan ini. Kalau duduk di rumah, rasa macam tak keruan sebab tak tahu apa nak buat.

“Sebab itulah, saya tidak kisah sibuk berlakon dan jadual saya penuh sampai Januari depan. Hampir 90 peratus masa saya dihabiskan di set,” katanya pemenang trofi Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) itu.


Nazim berpijak di bumi nyata

Kebelakangan ini, jejaka berasal dari Johor Bahru, Johor, Nazim nampaknya kian aktif di laman sosial termasuklah Instagram dan Twitter sedangkan dia pernah membuat kenyataan tidak mahu terlalu menonjol.

Hal itu sekali gus bercanggah dengan dirinya yang mahu kelihatan lebih eksklusif tapi sering saja memuat naik gambar memberitahu perkembangan serta lokasinya sehinggakan peminat seperti tahu setiap gerak-gerinya.

Apapun, menjawab mengenai persoalan itu, bagi Nazim sekarang dia perlu berpijak di bumi nyata dan tiada salahnya mahu mendekati peminat.

“Memang saya banyak muat naik foto dan tweet namun bukan bermaksud saya berkongsi segala-galanya kerana masih ada bahagian peribadi saya simpan. Lagipun, baguslah saya dapat membalas mesej peminat sebagai tanda saya menghargai mereka.

“Ikut logik pun, saya masih sedar saya bukannya artis antarabangsa dan perihal eksklusif diri itu tidak boleh disamakan dengan artis di luar negara. Saya percaya dengan cara begini tidak akan menjejaskan eksklusif diri saya,” katanya.

Berdebar namun cukup teruja, menurut Nazim dia tidak sabar menanti reaksi peminat terhadap single berentak rancak nyanyiannya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menjadi seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan, dia bagaimanapun tidak mahu terburu-buru melancarkan single itu kerana mahu pastikan semuanya siap pada tahap kualiti seperti diinginkan.

“Sekarang saya mahu tunggu sampai puas hati dengan hasil akhir produk itu. Video muzik untuk single berkenaan sudah siap dan pada masa sama, saya sedang mencari lagu balada untuk pertaruhan kedua,” katanya.

Tidak bimbang dengan tanggapan skeptikal yang akan diterimanya daripada berlakon dan sekarang nak menyanyi pula, Nazim berharap masyarakat jangan mudah jatuh hukum.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 10-10-2013 08:19 AM
menyanyi pulak ek?
lagu korea ke?
Quote kukulangau 10-10-2013 08:36 AM
good nabila
tumpukan pada karier saja lagi senang
kalau nak bercinta or kawen cari orang yang dah establish
jgn sapu mamat2 putik jagong ni buat menyemakkan kepala otak je
Quote dayana88 10-10-2013 09:14 AM
poyo la nazim. jgn kau nyanyi lagu ala2 kpop suda..aku terajang nnt
Quote hanezzafirah 10-10-2013 09:17 AM
bukan sodap pun sore die...sibuk nak nyanyi..dah xde job belakon la tu
Quote bobok_berhabok 10-10-2013 09:55 AM
nazimmmm .. dlu uolls sgtlah kacak .. tp sjak jadi kpop ni... iollsss muntah darahhh tgk uollsss...
Quote shysari 10-10-2013 11:47 AM
Go nabila lakonan still best biar2 mcm2 gossip keluar..
Quote aminsaniah 10-10-2013 12:11 PM
NABILA BOSAN LAYAN CINTA - aku bosan layan ko nabila
Quote ikinbest 10-10-2013 12:11 PM
nazim ni bukan dengan si bella daly tu ke?
Quote Leyla 10-10-2013 01:29 PM
dlm citer sangkar nie..
akak rase zul lgi encem dari si nazim nie..

Quote ayu_malaya 10-10-2013 01:32 PM
apesal nazim ni jambu sangat??
Quote disneyprincess 10-10-2013 02:23 PM
Suka tengok dalam filem Sangkar.. sweet sweet je..
Quote tomet05 10-10-2013 02:56 PM
ok lah tuh kot .. kasi la dia chance ..
Quote -electrifying- 10-10-2013 03:49 PM
bosan dgn cite psl nabila. hehe
Quote cocolava 10-10-2013 05:00 PM
dayana88 posted on 10-10-2013 09:14 AM
poyo la nazim. jgn kau nyanyi lagu ala2 kpop suda..aku terajang nnt

Bhahah.. Buat aku gelak je ngan statement ko ni
Quote kendricklamar 11-10-2013 12:19 AM
nazim nie hadek2 uolss .i get sumber dipercayai uolss
Quote aderaderker 11-10-2013 01:27 AM
Nabila ngan Nazim plak ker?
Setahun berape org boyfriend dia ek?

Lost count oledi!!!

Quote BuBuComey 11-10-2013 02:08 AM
alahaiii..dia nyanyi la pulakkk

Quote nenekdiva 11-10-2013 02:13 AM
nazim nyanya alih bahasa lagu doremon ke? klu tu haku leh trma..

nabila bosan bercinta tp xda masalah celup2...no biggy..
Quote sueism 11-10-2013 02:14 AM
Suka lakonan nazim

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.069318 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top