"Tak pakai seluar dalam, kompaun RM600." Begitulah kesalahan yang ditulis dalam saman yang didapati oleh lelaki daripada JPJ di Seremban Ahad lalu.
Namun, rupanya ia merupakan kesalahan yang direka sendiri oleh pemandu lori itu. Dalam masa yang sama, saman itu tular di laman sosial sejak semalam. Memetik Harian Metro, rupanya notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) itu sudah diubah suai. “Notis itu mengarahkan pemandu menukar tayar rosak dan perlu hadir ke JPJ untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak dikenakan tindakan saman. “Namun kita mendapati salinan notis diberi ditambah kesalahan lain, tidak memakai seluar dalam dan dikompaun RM600. Sangat tidak logik kita beri saman atas kesalahan itu,” kata Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan.
Susulan itu, pihaknya sudah membuat laporan polis di IPD seremban sebagai penafian dan mengelakkan salah faham orang ramai. “Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku pada JPJ Negeri Sembilan dan saya harap orang ramai jangan mudah percaya dan menyemak dulu dengan JPJ jika ada penyebaran fitnah sebegitu,” katanya lagi. - CARI
|
CatMiow replied at 14-11-2019 04:53 PM
Habis la, kena saman lain pula, sebab menularkan perkara yg tak betul
Modngengade replied at 14-11-2019 04:55 PM
cash la kan
sukacactus replied at 14-11-2019 06:38 PM
Hahaha...kalau la betul, jadi 1 keje plak polis nak menyelak, menyeluk
Forfoxache replied at 14-11-2019 06:40 PM
Haramjadah nye driver lori. Lahanat cam ni yg berbahaya kat jalanraya. Harap heart attack mampos c ...
ADVERTISEMENT