View: 3789|Reply: 24
|
[Tempatan]
Tak pakai seluar dalam, kompaun RM600
[Copy link]
|
|
TAK pakai seluar dalam, kompaun RM600. Itu kesalahan yang ditulis dalam saman diterima lelaki daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Seremban Ahad lalu.
Bagaimanapun, kesalahan itu dikesan direka sendiri lelaki terbabit yang juga pemandu lori dengan menulis kesalahan tidak memakai seluar dalam pada notis itu sebelum tular di laman sosial sejak semalam.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, notis larangan penggunaan kenderaan (PG1) yang diberi kepada pemandu ketika sekatan jalan raya Ops Statik di Kilometer 10 Jalan Seremban-Port Dickson, Isnin lalu sudah diubah suai.
Beliau berkata, anggotanya mengeluarkan notis terbabit selepas pemeriksaan terhadap kenderaan mendapati tayar gandar dua kiri bahagian dalam sudah botak dan terkoyak.
“Notis itu mengarahkan pemandu menukar tayar rosak dan perlu hadir ke JPJ untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak dikenakan tindakan saman.
“Namun kita mendapati salinan notis diberi ditambah kesalahan lain, tidak memakai seluar dalam dan dikompaun RM600. Sangat tidak logik kita beri saman atas kesalahan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, notis PG1 dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan kesalahan teknikal kenderaan saja, bukannya berkaitan dengan tata kelakuan pemandu seperti mana yang diubah suai pada notis terbabit.
Sehubungan itu, pihaknya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebagai penafian sekali gus mengelakkan orang ramai salah faham terhadap agensi itu.
“Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku pada JPJ Negeri Sembilan dan saya harap orang ramai jangan mudah percaya dan menyemak dulu dengan JPJ jika ada penyebaran fitnah sebegitu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kes itu diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kami menerima satu laporan polis berhubung perkara itu yang dibuat pegawai JPJ mendakwa kes yang ditularkan palsu dan notis sudah diubah suai.
“Kes dirujuk kepada SKMM untuk siasatan lanjut,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 3:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kan, kalau nak kincing, senang je. bukak zip, terus pancut |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg pakai spender renoma wat tutup muka. Kisah benar |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pemandu lori itu CASH...pandai2 je pinda saman |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh... ingatkan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la, kena saman lain pula, sebab menularkan perkara yg tak betul |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 14-11-2019 04:55 PM
cash la kan
Betul, biar lepas ni ramai orng akan berhati2 post benda2 mengarut mcm ni.
Mungkin niat dia nak bergurau ngan kawan2, last2 jadi kejadian lain pula.. |
|
|
|
|
|
|
|
camne pun hakak terima lawak ni....cash ye bang |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sesekali menukar sesuatu fakta, kelak menanti padah jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha...kalau la betul, jadi 1 keje plak polis nak menyelak, menyeluk |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 14-11-2019 06:38 PM
Hahaha...kalau la betul, jadi 1 keje plak polis nak menyelak, menyeluk
Haramjadah nye driver lori. Lahanat cam ni yg berbahaya kat jalanraya. Harap heart attack mampos cepat lagi afdal |
|
|
|
|
|
|
|
fetish xpki seluar dlm ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
buat la lawak tak kene gaya lg....
mendapat la kau |
|
|
|
|
|
|
|
Forfoxache replied at 14-11-2019 06:40 PM
Haramjadah nye driver lori. Lahanat cam ni yg berbahaya kat jalanraya. Harap heart attack mampos c ...
Mesti kecik2 dl dia kaki tiru sign parents ni
Pandai plak dia tiru tulisan polis tu |
|
|
|
|
|
|
|
igt pasal konek kulop x sunat kena saman |
|
|
|
|
|
|
| |
|