"Kutuk orang Malaysia cari keja sana, perangai Singapore lagilah lepas isi minyak, goyang-goyang kereta, apo?" Rentetan seorang Youtuber dari Athens merantau ribuan kilometer ke Malaysia dari hentian Singapura semata-mata untuk menikmati nasi lemak agak mencetus rengsa dalam kalangan rakyat Singapura. Ada pula yang memberi komen ianya sekadar nasi lemak, tetapi lebih penting ialah rakyat Malaysia yang mencari makan di sana. Ianya mengundang kemarahan rakyat Malaysia lalu menyatakan banyak manfaat Malaysia yang orang Singapura nikmati sebenarnya. Bekalan air, bercuti dan membeli barangan di Malaysia yang lebih murah, namun itu seperti tiada apa-apa kepada mereka. Lebih memalukan ialah perangai segelintir rakyat Singapura mengoyangkan kereta selepas mengisi minyak. Dah kenapa? Kononnya perbuatan tersebut mampu menyingkirkan 'buih' minyak supaya tangki mereka lebih penuh tetapi dengan kadar lebih murah! Bagaimanapun, menurut warganet lain, isu ini tidak akan habis kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Jadi, mengapa perlu dipersoalkan kekurangan Singapura dan Malaysia? Mungkin ada yang bersikap natural dalam hal ini, namun nyata perangai rakyat Singapura bila berada di Malaysia umpama kacang lupakan kulit, anda setuju? - CARI |
Abg_Zek replied at 14-11-2019 04:34 AM
Memang semua orang pasti memuji tanahair sendiri...biasa la tu...tapi jangan la kondem negara orang ...
ImNotHere replied at 14-11-2019 01:23 PM
Bodoh.. padahal org ko melambak nak kawen dgn org sini sbb x mampu dgn taraf hidup sana.. kawen dgn ...
Meiizu replied at 14-11-2019 02:32 PM
laaaa siyes spore dah start buat? ingatkan indo, bangla, paki jerrrr
ADVERTISEMENT