"Kutuk orang Malaysia cari keja sana, perangai Singapore lagilah lepas isi minyak, goyang-goyang kereta, apo?"
Yt
Rentetan seorang Youtuber dari Athens merantau ribuan kilometer ke Malaysia dari hentian Singapura semata-mata untuk menikmati nasi lemak agak mencetus rengsa dalam kalangan rakyat Singapura.
Ada pula yang memberi komen ianya sekadar nasi lemak, tetapi lebih penting ialah rakyat Malaysia yang mencari makan di sana.
Twitter
Ianya mengundang kemarahan rakyat Malaysia lalu menyatakan banyak manfaat Malaysia yang orang Singapura nikmati sebenarnya. Bekalan air, bercuti dan membeli barangan di Malaysia yang lebih murah, namun itu seperti tiada apa-apa kepada mereka.
Yt
Lebih memalukan ialah perangai segelintir rakyat Singapura mengoyangkan kereta selepas mengisi minyak. Dah kenapa?
Kononnya perbuatan tersebut mampu menyingkirkan 'buih' minyak supaya tangki mereka lebih penuh tetapi dengan kadar lebih murah!
Bagaimanapun, menurut warganet lain, isu ini tidak akan habis kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Jadi, mengapa perlu dipersoalkan kekurangan Singapura dan Malaysia?
Mungkin ada yang bersikap natural dalam hal ini, namun nyata perangai rakyat Singapura bila berada di Malaysia umpama kacang lupakan kulit, anda setuju? - CARI |