Dua artis K-pop berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun sekiranya disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara beramai-ramai pada Mac 2016. Menurut laporan Newsweek pada 13 November seperti dipetik daripada Soompi, pihak pendakwaan mencadangkan agar Jung Joon-young dihukum penjara selama tujuh tahun kerana terlibat dalam perbuatan jenayah itu serta merakamkan dan mengedarkan video kejadian melalui media sosial. Pihak pendakwaan turut mencadangkan Choi Jong-hoon dari kumpulan F.T. Island dihukum penjara lima tahun kerana penglibatannya dalam kejadian yang sama. June lalu, Joon-young mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan tetapi menafikan dia merogol mangsa manakala Jong-hoon menyatakan dia tidak bersalah dan tidak melakukan perbuatan jenayah itu. Joon-young, Jong-hoon dan tiga lelaki yang lain dibicarakan atas tuduhan merogol seorang wanita dan merakamkan perbuatan itu ketika dia tidak sedarkan diri di dalam bilik di sebuah hotel. Selain mencadangkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun terhadap semua tertuduh, pihak pendakwaan turut menyarankan supaya semua lelaki terbabit dilarang daripada bekerja dengan golongan bawah umur selama 10 tahun dan melalui rehabilitasi. Mac lalu, Joon-Young ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut mengaku dia telah merakamkan aksi panasnya dengan beberapa wanita tanpa kerelaan mereka. Pada Mei lalu, Joon-Young mengaku bersalah atas 11 tuduhan merakamkan dan berkongsi video aksi panas itu serta mahu berunding dengan mangsa-mangsa untuk mencari jalan penyelesaian. Mangsa dalam kes tersebut tampil ke depan setelah mendengar laporan berita tentang video yang dikongsikan oleh Joon-Young dalam ruang sembang media itu. Dia seterusnya berjumpa dengan peguam yang mendedahkan ruang sembang itu dan mengesahkan bahawa terdapat satu rakaman audio dan enam gambar wanita berkenaan yang dikongsi. "Selepas melihat laporan media tentang ruang sembang ini, saya menyedari mereka sebenarnya bukan kawan-kawan saya. Mereka melayan saya seperti barang mainan. Ia sangat memalukan dan perit. Saya berharap mereka menerima hukuman yang setimpal," kata mangsa. Di sebalik imej bersih dan kemas, segelintir artis K-pop yang menjadi pujaan ramai rupa-rupanya mempunyai perangai yang buruk lagi menjijikkan. - CARI |
whadda: orang yang sama ke gambar atas ngan bawah tu.. yang atas tu semua muda2.. bawah tu macam umur 40 je
Nt-ViruS replied at 15-11-2019 02:41 PM
Datang jela Msia, ramai yang laju kangkang free.
Psfzi replied at 15-11-2019 09:20 PM
Sapa yg depa rogol tu
whadda replied at 15-11-2019 11:09 AM
orang yang sama ke gambar atas ngan bawah tu.. yang atas tu semua muda2.. bawah tu macam umur 40 je
ADVERTISEMENT