CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Kanak-Kanak Diserang Samseng

10-10-2013 09:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5449| Komen: 7


Muhammad Asraf terlantar di HUSM sejak Jumaat lalu.


Keadaan luka Muhammad Asraf yang sempat dirakam keluarga.

BESUT - Tiga kanak-kanak, seorang daripadanya parah selepas diserang seekor kera dalam dua kejadian berasingan di Kampung Beris Pak Abu dekat Kampung Baru, Kuala Besut di sini.

Dalam kejadian pertama kira-kira 6.50 petang Jumaat lalu,  Muhammad Asraf Nor Azizi, 4, cedera di kaki setelah digigit kera ketika bermain di  perkarangan kedai makan bapanya di sini.

Tiga hari kemudian, pada waktu  sama, dipercayai kera yang sama bertindak menyerang dua lagi kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Nurul Norsyafiqah Che Zaid dan sepupunya Danial Abdullah.

Bagaimanapun kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius kecuali Nurul Norsyafiqah mengalami calar dan luka kecil di kaki kanan akibat  dicakar haiwan berkenaan.

Sebaliknya mangsa pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana kecederaan teruk di bahagian betis dan tangan tangan.

Sehingga semalam,  Muhammad Asraf masih dirawat di hospital berkenaan selepas menjalani pembedahan.

Bapa Muhammad Asraf, Nor Azizi Mohammad, 41, ketika dihubungi memberitahu, kejadian berlaku ketika anaknya berada berdekatan kedai makannya yang terletak di hadapan rumah mereka di kampung itu.


Kaki berlubang akibat gigitan

Katanya, dia dikejutkan dengan jeritan anaknya dan apabila menoleh, dia mendapati seekor kera sedang menggigit kaki anaknya itu.

“Kebetulan ketika itu saya memegang sebatang cangkul dan saya terpa ke arah anak saya yang berada berdekatan, menyebabkan kera itu melepaskan anak saya.

“Saya dapati kaki anak berdarah dan cedera teruk. Kemudian saya libas dengan cangkul ke arah kera.

"Tapi ia sebaliknya seolah-olah mahu menerkam ke arah saya namun tidak mengena,” katanya.

Nor Azizi berkata, selepas beberapa kali halau , kera yang bersaiz agak besar dan dipercayai kera jantan itu akhirnya lari.

Menurutnya, dia percaya kera tersebut bukan kera liar, sebaliknya kera peliharaan yang terlepas memandangkan sebelum itu kera liar tidak pernah menghampiri rumah.

“Terdapat dua kesan gigitan pada kaki anak saya iaitu satu kesan berlubang dan satu lagi kesan koyakkan dalam serta panjang,” katanya yang turut membuat laporan polis.

Dalam pada itu menurut bapa Danial, Abdullah Ismail, 27, anaknya diserang ketika bermain dengan sepupunya Nurul Syafiqah juga berhampiran berhampiran kedai makannya.

Katanya, waktu itu dia sedang mengemas meja makan yang terletak di depan kedai sebelum mendengar jeritan anak saudaranya, Nurul Syafiqah.

Apabila memandang ke arah kanak-kanak itu, Abdullah dapati seekor kera sedang menyerang kanak-kanak terbabit yang sudah terjatuh di atas tanah manakala Danial yang berada berdekatan turut menangis.

“Sambil memegang sebatang kayu, saya berlari ke arah mereka yang terletak kira-kira 15 meter daripada saya. Mujur kera itu melepaskan anak saudara saya namun cuba menyerang saya pula.

“Saya kemudian menghayun kayu itu sambil memekik menyebabkan ia beredar dari itu. Anak saya calar-calar di kakinya manakala anak saudara pula hanya calar sedikit di bahagian tangan. Nasib baik saya cepat tengok, kalau tidak entah apa yang akan berlaku,” katanya yang mengusahakan kedai makan.

Abdullah berkata, dia diberitahu kera tersebut telah mati akibat ditembak namun dia tidak pasti sama ada kera yang ditembak itu adalah haiwan sama yang menyerang tiga kanak-kanak terbabit.

Sementara itu Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Besut dan Setiu, Norilyana Muda ketika dihubungi mengesahkan baru menerima maklumat kejadian itu semalam selepas bapa Mohammad Asraf datang ke pejabat memaklumkan kejadian.

Pihaknya terus bertindak menghantar anggota memantau  haiwan tersebut di kawasan kejadian untuk tindakan.

“Kami telah hantar anggota ke sana untuk menyiasat dan mengesan haiwan itu,” katanya yang turut menasihatkan orang ramai agar melaporkan segera kepada Perhilitan jika menghadapi serangan atau masalah berhubung dengan hidupan liar.

1

Bagus
5

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 10-10-2013 08:25 AM
..menakutkan..
kesian nyer..
Quote cikatilia 10-10-2013 08:27 AM
ganas seh munyet ni
suka2 serang
takut siot


Quote redz85 10-10-2013 08:27 AM
Menurutnya, dia percaya kera tersebut bukan kera liar, sebaliknya kera peliharaan yang terlepas memandangkan sebelum itu kera liar tidak pernah menghampiri rumah.

saman owner
Quote orgkpg 10-10-2013 12:49 PM
ish kera ni sesat ker frust sebab tak dapek nak pikat kera betina.. aleh aleh budak plak yg tempat melepas geram
Quote yayah8989 11-10-2013 08:17 AM
kera lah tt.. bukan samseng..
Quote LENS2U 11-10-2013 08:35 AM
hah...pasangan yg bertengkar lalu kena samun tu patutnya bawa kera sekali...biar kera tolong setelkan hal penyamun jalanan itu...
Quote deecokelat 11-10-2013 08:45 AM
samseng punya kera~ cian budak tu.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061338 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top