CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Rupa Syed Saddiq Tak?" Dazrin Kamarudin Tampil Lebih Kurus Demi Filem Baru

13-11-2019 11:00 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 20387| Komen: 115|Original author: Vanilla Thunder




Sudah lama kita tidak mendengar khabar tentang pelakon  Dazrin Kamarudin yang sebelum ini terkenal dengan imej rambut panjangnya. 

Setelah  berkahwin dengan  Fazulin Razali, seorang ketua pramugari  pada tahun 2017, kelibatnya dalam industri semakin kurang kelihatan.

Dazrin dan isteri  di hari pernikahan mereka Foto- Gempak.com



Berita terakhir tentang pelakon ini  adalah mengenai  kelahiran putera  sulungnya  yang diberikan nama Dasuki. 

Dazrin dan pasangan sewaktu menyambut anak pertama mereka Foto- bh.com.my



Nampaknya Dazrin komited untuk melakukan comeback dalam dunia lakonan apabila dia  kini tampil dengan fizikal yang lebih kurus dan imej yang lebih segar. 

Rupa-rupanya transformasi  ini dilaksanakan demi menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam filem terbarunya, Mahathir: the Journey arahan Professor Dr Hatta Azad Khan yang akan memulakan penggambaran Disember ini.

Perbandingan Dazrin dan Yb Syed Saddiq Foto- Media hiburan




Memandangkan tubuhnya yang agak   berisi sebelum ini sehingga menerima teguran seorang penerbit drama, Dazrin menyahut cabaran untuk mdapatkan berat badan ideal.

Dazrin mengakui berat badannya pernah mencapai 89 kilogram selepas  berkahwin.

Pelakon itu mengalami penurunan berat badan sebanyak 19 kilogram melalui  amalan  gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam tanpa menggunakan sebarang bahan terlarang. 

Penampilan terbaru  Dazrin yang  kini lebih kurus Foto- Mstar



Media Hiburan melaporkan antara persiapan yang dilakukan oleh Dazrin bagi menjayakan watak Menteri yang popular dalam kalangan anak muda itu adalah dengan memotong rambutnya yang panjang sekaligus menjadikan penampilannya nampak  lebih segar dan kemas agar menyerupai imej Menteri itu. 

Selain itu, Dazrin turut melakukan character  study untuk watak tersebut melalui tontonan  video Menteri itu  di Youtube bagi melihat cara tokoh belia itu  bertutur dan berinteraksi bersama orang ramai.

Filem Mahathir: The Journey yang menelan belanja sebanyak RM 6  juta itu akan  dibintangi nama-nama besar dalam industri hiburan negara. 

Antaranya, watak utama Tun Mahathir Mohamad dilakonkan  oleh Azhar Amir, Fauziah Latiff sebagai Tun Dr  Siti Hasmah,   Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee(Datuk  Seri Wan Azizah), dan Lisdawati (Nurul Izzah ).

Barisan pelakon dan krew  produksi filem Mahathir:The Journey Foto-Mstar



Lebih menarik lagi,  penyanyi hebat Ning Baizura yang telah lama tidak beraksi di layar perak turut menyertai barisan pelakon filem ini dengan membawakan watak sebagai  Datin Paduka Marina Mahathir .

Tahniah kepada Dazrin di atas transformasi imejnya  dan semoga berjaya menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan dalam filem ini sehabis baik.- CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 13-11-2019 11:08 AM
Mesti bosan cter ni wlau ada artis best mcm jee, ning ngn lisda
Quote fofuler 13-11-2019 11:11 AM
Kurus sangat pulak hmm
Quote Adeakukesah11 13-11-2019 11:12 AM
Euw geli
Dia ni ada personality yg sgt2 plain sbgai seorang lelaki. So next!!!!
Quote blue^panther 13-11-2019 11:14 AM
Pehal rambut dia mcm helmet jer, yewww!!!! Best ke dia ni berlakon???
Quote izat123 13-11-2019 11:16 AM
Macam tak sihat pulak bila kurus gitu
Quote Kerkin 13-11-2019 11:17 AM
Mcm pelik plak kurus sgt .. dh biasa nampak muka dia tak berapa nak runcing
Quote af_mania 13-11-2019 11:18 AM
Mcm org sakit tenat
Quote Lavender_Violet 13-11-2019 11:21 AM
Tak sama langsung
Sorang Chinese look sorang hindustani look
Cari lah pelakon yg muka ala2 hindustan sikit, baru ngam
Quote newyork 13-11-2019 11:31 AM
Adik syed hensem lg
Quote LostStar 13-11-2019 11:41 AM
bagus kurus.. kekalkan healthy lifestyle..
Quote LadyCarefree 13-11-2019 11:52 AM
Dahell? Xde ke mamak muda jambu nk jd saddiq?

Dahla si tua kerepot neklisda jd izzah.
Quote Kurex 13-11-2019 11:54 AM
peliknya dia bila kurus.. tapi sed sadik ensemmmmm
Quote inspiro92 13-11-2019 11:56 AM
memandangkan ramai x merestui dazrin sebgai SS, siapa agaknya yang sesuai untuk watak ni?
Quote inspiro92 13-11-2019 11:59 AM
Lavender_Violet replied at 13-11-2019 03:21 AM
Tak sama langsung
Sorang Chinese look sorang hindustani look
Cari lah pelakon yg muka ala2 hindust ...

agak2 kalau dia ni sesuai tak? Afzan rahman.


Quote adelea 13-11-2019 12:03 PM
motip semua pelakon nak menyerupai syed sodiq ? penanda aras kekacakan terbaru kah ?
Quote beta_carotene 13-11-2019 12:05 PM
Eyeeewww idea movie ni major cringe
Quote lasagna 13-11-2019 12:09 PM
tinggi nau rambut kau tu dazrin.. kena rendah sket cam YB.
dah tu heols ni tinggi pulak, YB xde lah tinggi nau.
Quote sleepandream 13-11-2019 12:13 PM
lisda jadi nurul izzah tu macam kena jah.....
btw, takde orang ke nak buat filem najib
Quote Bergosip 13-11-2019 12:37 PM
Rasanya Irfan Haris ada iras2 Syed Saddiq. Tone suara dorang pon nak dekat sama. Tapi tulah, irfan haris bukan pelakon. Kan?

Dazrin ni kalau berlakon . Ekpresi muka dia macam llain sikit tapi okaylah bawak watak tu

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.034614 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top