Sudah lama kita tidak mendengar khabar tentang pelakon Dazrin Kamarudin yang sebelum ini terkenal dengan imej rambut panjangnya.
Setelah berkahwin dengan Fazulin Razali, seorang ketua pramugari pada tahun 2017, kelibatnya dalam industri semakin kurang kelihatan.
Dazrin dan isteri di hari pernikahan mereka Foto- Gempak.com
Berita terakhir tentang pelakon ini adalah mengenai kelahiran putera sulungnya yang diberikan nama Dasuki.
Dazrin dan pasangan sewaktu menyambut anak pertama mereka Foto- bh.com.my
Nampaknya Dazrin komited untuk melakukan comeback dalam dunia lakonan apabila dia kini tampil dengan fizikal yang lebih kurus dan imej yang lebih segar.
Rupa-rupanya transformasi ini dilaksanakan demi menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam filem terbarunya, Mahathir: the Journey arahan Professor Dr Hatta Azad Khan yang akan memulakan penggambaran Disember ini.
Perbandingan Dazrin dan Yb Syed Saddiq Foto- Media hiburan
Memandangkan tubuhnya yang agak berisi sebelum ini sehingga menerima teguran seorang penerbit drama, Dazrin menyahut cabaran untuk mdapatkan berat badan ideal.
Dazrin mengakui berat badannya pernah mencapai 89 kilogram selepas berkahwin.
Pelakon itu mengalami penurunan berat badan sebanyak 19 kilogram melalui amalan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam tanpa menggunakan sebarang bahan terlarang.
Penampilan terbaru Dazrin yang kini lebih kurus Foto- Mstar
Media Hiburan melaporkan antara persiapan yang dilakukan oleh Dazrin bagi menjayakan watak Menteri yang popular dalam kalangan anak muda itu adalah dengan memotong rambutnya yang panjang sekaligus menjadikan penampilannya nampak lebih segar dan kemas agar menyerupai imej Menteri itu.
Selain itu, Dazrin turut melakukan character study untuk watak tersebut melalui tontonan video Menteri itu di Youtube bagi melihat cara tokoh belia itu bertutur dan berinteraksi bersama orang ramai.
Filem Mahathir: The Journey yang menelan belanja sebanyak RM 6 juta itu akan dibintangi nama-nama besar dalam industri hiburan negara.
Antaranya, watak utama Tun Mahathir Mohamad dilakonkan oleh Azhar Amir, Fauziah Latiff sebagai Tun Dr Siti Hasmah, Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee(Datuk Seri Wan Azizah), dan Lisdawati (Nurul Izzah ).
Barisan pelakon dan krew produksi filem Mahathir:The Journey Foto- Mstar
Lebih menarik lagi, penyanyi hebat Ning Baizura yang telah lama tidak beraksi di layar perak turut menyertai barisan pelakon filem ini dengan membawakan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir .
Tahniah kepada Dazrin di atas transformasi imejnya dan semoga berjaya menjayakan watak Menteri Belia dan Sukan dalam filem ini sehabis baik.- CARI |