Setiap kali program Gegar Vaganza ke udara, episod bergurau senda antara Nabil, Jihan Muse dan Datuk Ramli MS pun samalah bermula. Datuk Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram dan isterinya, Datin Alyah sentiasa menjadi bahan gurauan oleh kedua-dua pengacara tersebut.
Namun, Datin Alyah kata dia langsung tidak menyimpan dendam atau terasa hati dengan mereka. "Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi, saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi, dapat tahu dari situ mereka membaham atau mengenakan saya.
"Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja. "Kadang-kadang, saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan," katanya kepada Harian Metro.
|
doubleA replied at 7-11-2019 06:47 PM
Tokram pun dah suruh alyah chill, chill jela alyah. Iols rasa alyah ni ok je, tapi kalau org sekelil ...
LembingDayanti replied at 7-11-2019 05:48 PM
ALyah sendu yg patut terima kasih dgn Nabil & Jihan sebab tiap minggu nama Alyah disebut. free promo ...
RatuDunia94 replied at 7-11-2019 06:42 PM
Nabil n Jihan juga yg berjaya "menjinakkan" Tok Ram. Not even Alyah..
RatuDunia94 replied at 7-11-2019 06:42 PM
Nabil n Jihan juga yg berjaya "menjinakkan" Tok Ram. Not even Alyah..
de_ikea replied at 7-11-2019 07:01 PM
Ni teaser awal for curhat bt tinyah. Iols rasa byk lg coming soooonn
de_ikea replied at 7-11-2019 07:20 PM
Betullah ratu. Host lain dr af dan kilauan emas zaman berzaman pun tak berjaya jinakkan tokram.
ADVERTISEMENT