CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kita Boleh Latih Geng Basikal Lajak Jadi Pelumba Negara" - Syed Saddiq

7-11-2019 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6096| Komen: 48

“Kita boleh latih mereka juga jadi pelumba basikal untuk Malaysia."

Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika mengulas mengenai kegiataan kumpulan basikal lajak yang membahayakan diri dan orang lain dengan berbasikal di jalan raya.



Kredit foto: IG

Memetik Malaysia Gazette, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, hobi mereka itu boleh disalurkan kepada cara yang lebih  positif.

Tambah beliau, pihaknya bersedia menganjurkan latihan khusus dan menyediakan alat keselamatan yang lengkap serta litar bersesuaian bagi sukan berbasikal itu.

“Ada perkara yang telah dilakukan kementerian sebelum ini. Semua ini dibuat sebelum kemalangan berlaku (lagi), kita adakan banyak bengkel basikal dengan kumpulan itu.

“Jika kita ketepikan mereka, mereka tetap akan buat dan pada akhirnya nanti mereka akan kehilangan nyawa," ujarnya.


Syed Saddiq bagaimanapun menegaskan pihaknya mengambil berat aspek keselamatan kerana enggan ia dipandang ringan.

Malah, hasil program yang diadakan kementerian itu sebelum ini mendapati ada di kalangan kumpulan ini berminat mengubahsuai basikal, manakala sebahagiannya lagi hanya berminat untuk berlumba.


Gambar Hiasan
Kredit foto: YouTube

“Program terakhir yang saya sendiri sertai adalah di Gombak, masa tu ada dalam 150 komuniti basikal lajak yang turut bersama.

“Ada dua, satu yang suka ubah suai, yang ni kita boleh masukkan mereka dalam IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara). Kedua yang suka kepada kelajuan. Tapi tak boleh tak ada brek,” katanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-11-2019 05:13 PM
better si muka manis ni focus sukan je la.. jangan masuk campur jabatan lain
Quote fushimi 7-11-2019 05:16 PM
hi Abam sadiq
Quote LadyCarefree 7-11-2019 05:55 PM
Da fuck dia ni endorse geng basikal lajak?!
Quote RatuDunia94 7-11-2019 06:44 PM
Masalahnya geng2 budak basikal tu bukan nk bersukan lajak sgt.. lbh kpd nak lepak2 habiskan  masa sambil melajak.. sanggup ke deols nk kena ikut rutin harian berlatih sukan?
Quote OmJualGas 7-11-2019 07:00 PM
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak basikal buruk padahnya

Quote Buritan 7-11-2019 07:02 PM
Kurex replied at 7-11-2019 05:13 PM
better si muka manis ni focus sukan je la.. jangan masuk campur jabatan lain

Simuke manis suai duk kat lengan kurek jahh. Idea dia semua tarak boleh pakei.. kira beauty witout brain jahh
Quote damian_lee 7-11-2019 07:03 PM
RatuDunia94 replied at 7-11-2019 10:44 AM
Masalahnya geng2 budak basikal tu bukan nk bersukan lajak sgt.. lbh kpd nak lepak2 habiskan  masa sa ...

Kannn Ratu ... fun bergang ... membuat onar

Nanti besar jadi rempit ... menang dapat cikaro
Bukan bersukan pun minatnya punnnnnnn
Quote Psfzi 7-11-2019 08:38 PM
So sediakan la tempat yg sesuai untuk sukan ni.
Quote miss_sepet 7-11-2019 08:40 PM
Leh caya ka si saddiq ni
Quote kemaruk 7-11-2019 08:41 PM
Asal bagi statement je, mesti bodoh
Quote nobito 7-11-2019 08:45 PM
Kalau KJ dulu dia nak latih Mat Rempit kannn.

Saddiq nak latih budak basikal lajak pulak'.

Okey la tu....latih dari kecik kera2 tu
Quote apam 7-11-2019 09:03 PM
Tokey-tokey yang promote basikal lajak ni memanh sengaja nak jahanamkan budak-budak melayu. Ada jugak mak bapak dan orang tua yang sokong.
Quote Catpaw 7-11-2019 09:30 PM
Kalau elokla idea tu boleh kurangkan masalah basikal lajak ni, silalah buat cepat, jgn  cakap je tersengih2
Quote borrow 7-11-2019 09:31 PM
brp kerat je yg vley gi tempt disediakan , yg lain rempit kat kg , kwsn perumahan. Mcm mat rempit. Org nak wat ops besaran , heols sibuk nk galak plak.
Quote papazola90 7-11-2019 10:01 PM
Boleh, tapi kena betul-betul ada keberlangsungan dan kajian projek ni.
Quote Munshi 7-11-2019 10:52 PM
Ceteknya akal. Gone pakatan harapan. Not ripe to govern. Hope lost in smoke.
Quote buapakperut 7-11-2019 10:53 PM
palahotak, dorang bukan athletic, dorang suka2 ja sama macam mat rempit baik mati. syed sodoq cuba tapis2 statement bodoh boleh tak
Quote buapakperut 7-11-2019 10:56 PM
so what kalau dorang buat dan kehilangan nyawa so what... hidup pun jadi toyol je
Quote LadyCarefree 7-11-2019 11:12 PM
nobito replied at 7-11-2019 07:45 PM
Kalau KJ dulu dia nak latih Mat Rempit kannn.

Saddiq nak latih budak basikal lajak pulak'.

Diorng nak dpat u di geng tu ja

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.330815 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top