CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buka Lembaran Baru, Mia Ahmad Dah 'Move On'

8-11-2019 10:44 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10501| Komen: 51|Original author: oleh: natrahn

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad


Rumah tangga Mia dan Mohd Izham Tarmizi yang juga penjaga gol pasukan JDT pernah bergolak ketika pelakon Hati Perempuan itu sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung, Saif Issa, tahun lalu.

Pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan suaminya itu berlaku curang.




Kini, Mia mahu membuka lembaran baru dalam perkahwinannya dan enggan lagi memperkatakan mengenai isu curang kerana sudah move on.

"Saya dan suami Alhamdulillah, kami okey dan baik sahaja dan saya bersyukur. 

"Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang dah lepas sebab saya dah move on," seperti yang dilaporkan portal mStar.

Menurut Mia, dia menganggap perkara buruk yang terjadi itu mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri seterusnya membuatkan dia banyak muhasabah diri.

"Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. 

"Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda macam ini jadi dekat kita, tapi sebenarnya itulah yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita.

"Paling penting, banyakkan muhasabah diri, sabar dan Insyallah serahkan segalanya pada yang berkuasa," ujar beliau lagi.



Dalam perkembangan lain, Mia buat masa ini mahu berehat dari melakukan sebarang aktiviti lakonan kerana mahu fokus terhadap anak pertamanya, Saif Issa, berusia 13 bulan yang masih menyusu badan.

"Buat masa ini saya mahu berehat dahulu kerana sekarang ini saya hanya nak fokus dengan anak yang baru saja berusia 13 bulan itu, anak pun sebahagian daripada rezeki, jadi terpaksa berkorban dahulu.

"Saya akan tunggu dia besar sikit, mungkin dalam tahun depan baru saya boleh mula shooting balik. 

"Lagipun anak saya sejenis yang agak 'melekat' dengan saya kerana dia masih menyusu badan. Nak bergerak ke sana sini pun agak susah inikan pula nak shooting," katanya.

Semoga perkahwinan Mia Ahmad dan suami kekal bahagia hingga ke syurga dan mereka berdua berjaya dalam karier masing-masing. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 8-11-2019 10:53 AM
Ok dah move on. Duk diam2
Quote misuke 8-11-2019 10:55 AM
Alhamdulillah.. hati mau strong dik. nak nak dh pernah tertipu, lg la mudah nk jadi syak.. moga bahagia disampingnya
Quote beloomberk 8-11-2019 10:55 AM
X abes2 lg ke kisah mia ahmad ni..wartawan dh abes modal ke dok ulang2 soklan yg sma.. ?
Quote haruslah 8-11-2019 10:59 AM
eh dah bape kali move on ni woiii
asik berita yg same jer
ke ader byk kes?
Quote prettyuglybabe 8-11-2019 11:14 AM
kayu yang tak dirindu..
Quote mieymiey 8-11-2019 11:19 AM
Memang ko dah move on Mia, tapi reputz tanah air ni yang tak akan move on. Asal nampak kelibat ko, soalan kecurangan laki ko confirm akan ditanya. Semoga ko redha dan bertabahlah.
Quote Meiizu 8-11-2019 11:20 AM
pulakkkk dah...kecoh cam nak berpisah tertiba baik plak, dah mcm love story budak sekolah
Quote Xim 8-11-2019 11:21 AM
Dia nak highlight yg dia nk wat comeback 2020 nnt . Dah bg lampu ijo suruh bg twrn gaknye . Ha5
Quote YomiuriLandMae 8-11-2019 11:26 AM
dah tak berlakon lg ke walaupun kayu..
Quote EvieWanKenobi 8-11-2019 11:29 AM
anaknya masih menyusu badan..
k noted..
Quote beautifulorchid 8-11-2019 11:30 AM
BELAKON SENDU, BAKAT SENDU, RUMAHTANGG1A SENDU, RUPE PUN SENDU.. WEII BERAMBUSLA ....
Quote fushimi 8-11-2019 11:39 AM
misuke replied at 8-11-2019 10:55 AM
Alhamdulillah.. hati mau strong dik. nak nak dh pernah tertipu, lg la mudah nk jadi syak.. moga baha ...

jadikan ayu rodah sebagai idolat k


Quote dewi_rina 8-11-2019 11:46 AM
Elok lah ko duduk je rumah, melekap dgn anak ko
Tak relevan lagi pun dalam industri
Quote pearl.silver 8-11-2019 11:57 AM
Nmpk tajuk move on, ingatkn dah pisah..
Sorry..
Quote jijilaaa 8-11-2019 11:59 AM
sekali dia curang... dia akan curang lagi miah oii
Quote tupperwarepink 8-11-2019 12:09 PM
hazab je wartawan tanya soklan kat artis, bagaimana dengan kehidupan mia sekarang? masih mencurigai suami atau da move on? suami ada lagi berlaku curang?
Quote BoongaKertas 8-11-2019 12:11 PM
kaum lelaki ni diorang tak tahu ke yg wanita @ isteri selalu ada deria keenam utk detect husband mencurang atau tak
Quote umbut 8-11-2019 12:12 PM
Punyalah cantik cun melecun pun laki curang... haishhhhh....
Quote cikdonat8 8-11-2019 12:17 PM
kenapa TT bukak thread yang dah basi?..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.129493 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top