Selalu kita dengar orang baru kahwin merungut gemuk sebab isteri pandai masak dan terpaksa makan. Selalu juga terfikir bila keluar dengan kawan-kawan atau keluarga, memang punah diet. Andaian-andaian ini memang wujud, tetapi kajian sains membuktikan ia adalah benar dan memang berlaku.
Satu kajian dibuat penyelidik dari University of Birmingham mendedahkan kita sebenarnya lebih banyak makan jika bersama keluarga atau kawan-kawan berbanding makan sendiri atau orang asing. Kajian mendapati sekiranya kita makan bersama keluarga atau kawan-kawan (orang yang kita suka), kita cenderung makan banyak. Tetapi, jika kita makan sendiri atau orang asing kita selalunya makan dalam kuantiti yang kecil. Malah, kita sebenarnya makan lebih banyak antara 29% hingga 48% bila bersama kawan-kawan berbanding makan sendiri. Dan secara purata, 23% lebih kalori jika makan beramai-ramai. Selain itu, wanita juga cenderung makan sedikit di hadapan lelaki- sama ada lelaki asing atau kawan lelaki. Dan orang obes makan sedikit di tempat awam kerana takut diejek- 18% lebih sedikit berbanding jumlah biasa. Banyak faktor menyebabkan tabiat ini wujud, tetapi yang paling utama tentulah kerana makan beramai-ramai lebih seronok. Berborak dan bergelak ketawa sampai lupa terlebih makan, berbanding makan sendirian. Jadi, kalau mahu kurus dan sedang berdiet, elakkanlah diri makan bersama keluarga dan rakan-rakan! - CARI
|
ADVERTISEMENT