View: 2586|Reply: 10
|
"Stresnya Badan Naik!" - Keluarga Dan Rakan-Rakan Memang Boleh Buat Ki
[Copy link]
|
|
Selalu kita dengar orang baru kahwin merungut gemuk sebab isteri pandai masak dan terpaksa makan. Selalu juga terfikir bila keluar dengan kawan-kawan atau keluarga, memang punah diet. Andaian-andaian ini memang wujud, tetapi kajian sains membuktikan ia adalah benar dan memang berlaku.
Satu kajian dibuat penyelidik dari University of Birmingham mendedahkan kita sebenarnya lebih banyak makan jika bersama keluarga atau kawan-kawan berbanding makan sendiri atau orang asing.
Kita makan banyak kalau bersama keluarga dan rakan-rakan. Foto: Google
Kajian mendapati sekiranya kita makan bersama keluarga atau kawan-kawan (orang yang kita suka), kita cenderung makan banyak. Tetapi, jika kita makan sendiri atau orang asing kita selalunya makan dalam kuantiti yang kecil.
Malah, kita sebenarnya makan lebih banyak antara 29% hingga 48% bila bersama kawan-kawan berbanding makan sendiri. Dan secara purata, 23% lebih kalori jika makan beramai-ramai.
Selain itu, wanita juga cenderung makan sedikit di hadapan lelaki- sama ada lelaki asing atau kawan lelaki. Dan orang obes makan sedikit di tempat awam kerana takut diejek- 18% lebih sedikit berbanding jumlah biasa.
Orang gemuk makan banyak bila sendiri. Foto: istockphoto
Banyak faktor menyebabkan tabiat ini wujud, tetapi yang paling utama tentulah kerana makan beramai-ramai lebih seronok. Berborak dan bergelak ketawa sampai lupa terlebih makan, berbanding makan sendirian.
Makan sensorang tak best! Foto: Google
Jadi, kalau mahu kurus dan sedang berdiet, elakkanlah diri makan bersama keluarga dan rakan-rakan! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sendiri yang melantak lupa diri. ..orang lain juga yang kita salahkan. .....huh |
|
|
|
|
|
|
|
macam member aku "salah kau la ni buat aku makan banyak".. ek elehhhh lu..
padahal aku boleh je order air dgn tolo rebus, kau je yg order nasik lemak 3 bungkus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada maknanya sendiri yang berselera nak makan lebih kawan2 pun disalahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Diri sndiri x pnh salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg btul pon, kalau berkumpul mesti ada makanan yg sedap2 so mkn pon byk la |
|
|
|
|
|
|
|
mcm ye je kan. makan sorang2 kejap je siap. makan ramai2 lagi byk makanan atas mejaa. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg takleh tahan diri kalau dah kumpul ramai2 borak2 happy2 tangan and mulut pun laju je capai makanan kt depan mata. bagusla yg reti kawal diri n berpijak kt dunia nyata. tu belum kena paksa2 eh tambah lagi, eh amik nie, eh rasa nie..
klu boleh semua gathering cam xnak join dah. hahahaa! lagi2 yg jenis2 potluck or buffet. bahaya bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
so? mungkin ada benarnya sebab kalau i lunch sorang i nk cepat tapau sandwich atau salad saja tp kalau kawan2 ajak lunch sambil membawang mmg order mcm2 konon nk share hasilnya terlebih makan.
Apa2pun jgn salahkan org kalau awak gemuk, dah tau terlebih makan gi la bakar lemak terlebih tu |
|
|
|
|
|
|
|
diet ikut jenis darah
lagi berkesan dan sihat
sbb bukan semua food sesuai utk smua org
kena hati2 suap makanan ke mulut |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun naik badan tapi tak salahkan kawan. salahkan mulut sendiri yg sentiasa nak menguyah kat ofis |
|
|
|
|
|
|
| |
|