CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Berang, Anak Digelar 'Menakutkan' Dalam Resit Pembelian Kopi

7-11-2019 10:15 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 8025| Komen: 24|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: Mirror.co

Seorang ibu mengamuk selepas mendapati pekerja di sebuah kafe menyifatkan anaknya yang berusia dua tahun sebagai 'menakutkan' di bahagian nota dalam resit yang diterimanya. 

Kimberly Sze menyelar Coffee Supreme di Christchurch, New Zealand sebagai biadab selepas pekerjanya menulis: 'Keluarga dengan anak yang menakutkan' pada resit, Jumaat lalu, lapor Mirror.co.uk 


Kredit foto: Mirror.co

"Anak saya seorang yang sopan dan mesra, malah kami tidak pernah meninggalkan sebarang kotoran," tulis ibu tersebut di Facebook.

Kimberly juga menegaskan bahawa anaknya tidak pernah menyusahkannya dan menimbukan masalah.

"Orang sama yang bekerja hari ini ialah orang yang selalu mengatakan betapa comel dan manisnya anak saya ini, jadi apa masalah sebenarnya?" luahnya kecewa.


Anak perempuan Kimberly yang dilabel sebagai 'menakutkan' oleh pekerja Supreme Coffee. Kredit Foto: Kimberly Sze

Kini, Kimberly nekad tidak akan menjejakkan kakinya ke premis itu lagi, di mana sebelum ini beliau merupakan pelanggan tetap. 

Ibu bapa lain turut meluahkan rasa marah mereka terhadap kafe tersebut.

"Bukan sahaja biadab, tapi itu bukan cara yang sepatutnya untuk mengenal pasti pelanggan," tulis seorang pembaca. 

Walaupun Kimberly berasa kecewa dengan situasi itu, namun beliau memuji tindakan pengurusan Supreme Coffee yang meminta maaf dan mengembalikan wang susulan kejadian itu.

Pada Ahad, francais itu menyatakan melalui Facebooknya:

"Kami melakukan kesilapan pada hujung minggu lalu dan menyakiti seorang pelanggan. Kami ingin memohon maaf secara terbuka."

Kafe itu juga memberi kopi dan hadiah percuma kepada ibu bapa dan anak-anak kecil selama seminggu sebagai tanda kemaafan. - CARI
1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 7-11-2019 10:30 AM
Kafe itu juga memberi kopi dan hadiah percuma kepada ibu bapa dan anak-anak kecil selama seminggu sebagai tanda kemaafan


seminggu ja? patut setahun
Quote Kurex 7-11-2019 10:39 AM
buas ke anak dia?
Quote Melorqe 7-11-2019 10:42 AM
cashier tu ada deria ke 6 kot
dia nampak antu ngikut budak tu kot
Quote nazzse 7-11-2019 10:54 AM
weyy comel apa anak dia tu...pipi tu gerammnya
Quote kikuri 7-11-2019 11:07 AM
tomey je anak dia... bambam
Quote MadameOnion 7-11-2019 11:48 AM
hahaha kantoi cashier lupa nak delete tanda pengenalan tu
Quote justchu 7-11-2019 11:59 AM
kot cemana pun rupa anak org kalau tak suka pun jgn la label mcm tu

Quote Artemesiaa 7-11-2019 12:14 PM
Bukan menakutkan tapi jenis muka kurang nak senyum tu yang dilabel menakutkan mungkin
Quote whadda 7-11-2019 12:51 PM
kurang ajarnye
Quote becir 7-11-2019 02:05 PM
Susah sgt ke letak meja no berapa..apsal mesti label cenggitu?
Quote dramaking007 7-11-2019 02:20 PM
ngeknya..blh plak ko kritik pelanggan sendiri........buat kerja sendiri sudah.pelanggan siap makan ambik bayaran dan kemas meja.titik..
Quote gummiebear 7-11-2019 02:53 PM
Kalau omaknya dah tahap regular, patut dah kenal nama dah. Kan dah hilang sorang customer
Quote any42 7-11-2019 05:15 PM
eh biadapnya dpn mlut mnis senyum bgai blakang msti duk mngata ank2 pompuan tu. ni msti sjnis acah2 xsuka & geli ngn bdk2 tp sbb kje deal ngn cstomer f2f tpksa fake bt2 mesra. skli tkantoi.

comey je bdk tu i tgk. geram nk cubit pp tu.  
Quote Sangkar_Emas7 7-11-2019 05:16 PM
Hahahahhaha ni kantoi terukk ni.
Quote Morley5 7-11-2019 05:39 PM
She’s never been a terror, never had a meltdown, never caused any problems and the same people working today always comment on how cute and sweet.
Quote Jorja 7-11-2019 06:59 PM
Cantik eksotik, terus I teringat adik beradik kiwi yg menang masterchef
Quote aleesyasofia 7-11-2019 09:13 PM
comel jer.. apa yg menakutkan..
Quote Hizert 8-11-2019 08:50 AM
mereng punya cashier elok je anak dia yang bambam tu. omeyy
Quote rosli_nurizzati 8-11-2019 09:23 AM
aku lagi gerun tgk harga makanan.. mmg kat NZ mahal ke makanan.. scrambled egg smpai 12 dollar.. but anak dia cute jer...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046487 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top