Para majikan khususnya di Malaysia lazimnya percaya waktu bekerja yang lebih panjang berupaya meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi kepada syarikat. Namun, Microsoft membuktikan perkara sebaliknya apabila pekerja-pekerjanya bukan sahaja lebih gembira malah menjadi lebih produktif dengan pelaksanaan peraturan empat hari bekerja dalam seminggu. Memetik laporan The Guardian baru-baru ini, langkah percubaan itu dilaksanakan Microsoft di Jepun pada Ogos lalu menerusi projek baharu yang dinamakan Cabaran Pilihan Kerja-Kehidupan Musim Panas 2019. Syarikat itu membenarkan kesemua 2,300 pekerjanya berehat pada hari Jumaat selama lima minggu berturut-turut dan pada masa sama, gaji mereka dikekalkan.
Hari bekerja yang lebih pendek menyumbang kepada urusan mesyuarat yang lebih cekap, pekerja yang lebih gembira dan melonjakkan produktiviti sebanyak 40 peratus. Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Microsoft turut merancang untuk memberi subsidi sebanyak AS$920 (RM3,805) kepada pekerja untuk berlibur bersama keluarga mereka. "Kerja untuk tempoh yang pendek, rehat secukupnya dan belajar lebih banyak. "Saya mahu pekerja-pekerja memikirkan dan mengalami bagaimana mereka boleh mencapai hasil yang sama dengan waktu bekerja dikurangnya 20 peratus," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Jepun, Takuya Hirano. Sepanjang tempoh percubaan itu, pekerja-pekerja Microsoft Jepun didapati mengurangkan waktu rehat sebanyak 25 peratus, penggunaan elektrik dikurangkan 23 peratus dan penggunaan kertas yang untuk mencetak jatuh mendadak sebanyak 59 peratus. Secara keseluruhan, sebanyak 92 peratus pekerja menyatakan mereka gembira dengan hari bekerja yang lebih pendek. Perkara sama memang patut diamalkan di Malaysia bagi membolehkan para pekerja beroleh keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya mereka. - CARI
|
Andyscenes: 4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?
bulalof: With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
bulalof replied at 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
bulalof replied at 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
eyansss replied at 29-11-2019 11:56 AM
kena tengok juga on staff... sebab banyak staff ni attitude kelaut... kalau jenis ada integrity, ...
ADVERTISEMENT