View: 4834|Reply: 31
|
Pekerja Lebih Produktif Jika Bekerja 4 Hari Seminggu, Malaysia Bila Lagi?
[Copy link]
|
|
Pekerja-pekerja Microsoft Jepun lebih produktif dengan pelaksanaan langkah empat hari bekerja dalam seminggu (gambar hiasan). Kredit foto: The Guardian
Para majikan khususnya di Malaysia lazimnya percaya waktu bekerja yang lebih panjang berupaya meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi kepada syarikat.
Namun, Microsoft membuktikan perkara sebaliknya apabila pekerja-pekerjanya bukan sahaja lebih gembira malah menjadi lebih produktif dengan pelaksanaan peraturan empat hari bekerja dalam seminggu.
Memetik laporan The Guardian baru-baru ini, langkah percubaan itu dilaksanakan Microsoft di Jepun pada Ogos lalu menerusi projek baharu yang dinamakan Cabaran Pilihan Kerja-Kehidupan Musim Panas 2019.
Syarikat itu membenarkan kesemua 2,300 pekerjanya berehat pada hari Jumaat selama lima minggu berturut-turut dan pada masa sama, gaji mereka dikekalkan.
Pekerja yang gembira adalah lebih produktif (gambar hiasan). Kredit foto: NY Post
Hari bekerja yang lebih pendek menyumbang kepada urusan mesyuarat yang lebih cekap, pekerja yang lebih gembira dan melonjakkan produktiviti sebanyak 40 peratus.
Sebagai sebahagian daripada program tersebut, Microsoft turut merancang untuk memberi subsidi sebanyak AS$920 (RM3,805) kepada pekerja untuk berlibur bersama keluarga mereka.
"Kerja untuk tempoh yang pendek, rehat secukupnya dan belajar lebih banyak.
"Saya mahu pekerja-pekerja memikirkan dan mengalami bagaimana mereka boleh mencapai hasil yang sama dengan waktu bekerja dikurangnya 20 peratus," kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Jepun, Takuya Hirano.
Microsoft Jepun turut merancang untuk memberi subsidi percutian keluarga kepada pekerja-pekerjanya (gambar hiasan). Kredit foto: Go World Travel
Sepanjang tempoh percubaan itu, pekerja-pekerja Microsoft Jepun didapati mengurangkan waktu rehat sebanyak 25 peratus, penggunaan elektrik dikurangkan 23 peratus dan penggunaan kertas yang untuk mencetak jatuh mendadak sebanyak 59 peratus.
Secara keseluruhan, sebanyak 92 peratus pekerja menyatakan mereka gembira dengan hari bekerja yang lebih pendek.
Perkara sama memang patut diamalkan di Malaysia bagi membolehkan para pekerja beroleh keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya mereka. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam? |
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes: 4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?
Kalau ikut budaya mat saleh, maksimum 4 jam aje
|
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes: 4 hari bekerja berapa jam dalam office? 12jam or 8jam?
Eh silap. 8 jam |
|
|
|
|
|
|
|
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all. |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof: With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
Kena keja 8 hari seminggu kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik jadi penganggur saja. |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 29-11-2019 11:09 AM
With the ultra kiasu attitude here, selagi boleh perah, 24 jam kena kerja, mostly, not all.
stp minit tu duit..
klau displin kuat bleh la gini.. keje kena siap ..
tak semua tmpt sesuai gini.. microsoft mampu la wat gituh |
|
|
|
|
|
|
|
my company like this. office mode 4 days working, when project start 7 days working |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan mentaliti kebanyak perkerja zaman sekarang ni pasti belum boleh nak laksanakan cara macam tu. Melainkan attitude masing2 dah berubah terhadap tugasan yang diarahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Jumaat sabtu ahad cuti. Sekolah pun sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Paz keje 4.5 days, ok aja.
Tapi ada aja yang kita bagi kebebasan ni chulas time deliverable and integrity memang boleh dipersoalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kena tengok juga on staff... sebab banyak staff ni attitude kelaut... kalau jenis ada integrity, honest, kerja smart n laju, ikut deadline yang diberi, hasil kerja berkualiti dan ada value, bla bla bla, boleh je... masalahnya, ramai staff yang perangai yahampun membuatkan menda ni susah untuk diapply...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmm hurmmm company mak neh macam neh dah lama dah. So far, hanak2 hekan mak heppy jer mak bagi servis tambahan tenaga lagi kat deme walaupon mak neeh bos deme haaar. Muachhs |
|
|
|
|
|
|
|
Company i dah boleh buat kot. Sbb skrg kebanyakan by sistem je, manual byk dah kurang. Kerje pon dah tak byk. Dr bersenang lenang kt ofic, baik la diri ini balik n bergelumang dgn anak2 yg d kasihi.
Tp selalu bnde mcm ni utk ofic staff la, bhgn operation ssh nk dpt mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya kerja. Kerja fokus, bukan main2. Ini masuk pukul 9. Pukul 915 breakfast, pass tu coffee break/smoking break. Tgk Phone. Lps tu EL/MC memanjang.
But aku suka kerja 4 1/2 seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak setuju. Maintain je mcm sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
tm dan open u da buat skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju! ini sabtu ahad pun kerja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|