Menjijikkan! Walaupun banyak kali dinasihatkan supaya tidak membuang pad ataupun tuala wanita dalam lubang tandas, namun masih ada yang berdegil dan masih melakukan perbuatan tersebut.
Dengan alasan, tandas rumah tidak pula tersumbat walaupun di pam ke dalam lubang najis tersebut. Perkara ini ternyata masih berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik dalam jiwa masyarakat kini. Hal ini telah dibangkitkan oleh seorang 'media influencer' iaitu Siti Hawa Mohd Nor ataupun lebih dikenali sebagai Siti Awe di laman media sosialnya, Twitter. Dalam jamban rumah tak tersumbat tetapi menyusahkan di peringkat kumbahan Menurut Siti, beliau terkejut kerana masih ada yang membuang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam mangkuk jamban dengan alasan ianya najis dan tidak menyebabkan tandas tersumbat. Namun, anggapan itu salah kerana syarikat yang menguruskan sistem kumbahan di Malaysia ternyata mengumpul banyak tuala wanita malah pakaian dalam dalam sistem kumbahan saban hari. Ciapan tersebut telah mendedahkan bahawa masih ramai yang tidak cakna tentang kesan membuang barang-barang terbabit dalam masyarakat kita. Netizen rata - rata memberi respon mengenai isu tersebut. Walaupun gel, tetap tidak larut dalam air Malah, ada yang mencadangkan supaya memakai tuala wanita yang boleh dibasuh dan dipakai semula kerana lebih jimat dan 'environmental friendly'. Dalam pada yang sama, diingatkan kepada semua bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk membuang benda - benda seperti tuala wanita, pakaian dalam malah puntung rokok sekalipun ke dalam lubang tandas. - CARI |
Kurex replied at 6-11-2019 01:50 PM
malas basuh ke...
Melorqe replied at 6-11-2019 02:03 PM
ni kes malas nak buang ke tempat yg sepatutnya.
basuh ke tidak, kena dispose ke tong sampah saja ...
Kurex replied at 6-11-2019 02:40 PM
kena basuh la.. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu)
Melorqe replied at 6-11-2019 02:49 PM
baca tajuk la kurek.
ni kisah buang sampah tak sepatutnya dlm lubang jamban.
hal lain tolak tepi ...
Kurex replied at 6-11-2019 03:17 PM
tetap kena basuh lepas tu buang..
Kurex replied at 6-11-2019 02:40 PM
kena basuh la.. sebab tuala wanita ni la aku kena kacau dekat tandas pompuan (tandas cikgu)
miemiecha replied at 6-11-2019 04:07 PM
kurex gegel ke?
mek nak p terjun longkang lah gini...adekah mek tertipu ngan tangan kekar di dp i ...
Kurex replied at 6-11-2019 04:16 PM
jantan la...... masa tu ada kem dekat sekolah (sekolah aku semua murid lelaki). kitaorang terpaksa ...
miemiecha replied at 6-11-2019 04:25 PM
ok, mek percaya..
(lekat tangan kat dada)
peluh mek baca ngat mek dah terpikat kat sejenis, haru ...
Kurex replied at 6-11-2019 04:28 PM
lesbokah anda??
miemiecha replied at 6-11-2019 04:32 PM
belum kearah itu..
nnt mek kaji dulu..
kahkahkah
RatuDunia94 replied at 6-11-2019 02:50 PM
Pakai lah daun pisang atau keladi.. lebih mesra alam.. atau daun pandan utk yg suka wangi2.
ADVERTISEMENT