Menjijikkan! Walaupun banyak kali dinasihatkan supaya tidak membuang pad ataupun tuala wanita dalam lubang tandas, namun masih ada yang berdegil dan masih melakukan perbuatan tersebut.
Dengan alasan, tandas rumah tidak pula tersumbat walaupun di pam ke dalam lubang najis tersebut. Perkara ini ternyata masih berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik dalam jiwa masyarakat kini.
Hal ini telah dibangkitkan oleh seorang 'media influencer' iaitu Siti Hawa Mohd Nor ataupun lebih dikenali sebagai Siti Awe di laman media sosialnya, Twitter.
Dalam jamban rumah tak tersumbat tetapi menyusahkan di peringkat kumbahan
Menurut Siti, beliau terkejut kerana masih ada yang membuang tuala wanita yang telah digunakan ke dalam mangkuk jamban dengan alasan ianya najis dan tidak menyebabkan tandas tersumbat.
Namun, anggapan itu salah kerana syarikat yang menguruskan sistem kumbahan di Malaysia ternyata mengumpul banyak tuala wanita malah pakaian dalam dalam sistem kumbahan saban hari.
Ciapan tersebut telah mendedahkan bahawa masih ramai yang tidak cakna tentang kesan membuang barang-barang terbabit dalam masyarakat kita. Netizen rata - rata memberi respon mengenai isu tersebut.
Walaupun gel, tetap tidak larut dalam air
Malah, ada yang mencadangkan supaya memakai tuala wanita yang boleh dibasuh dan dipakai semula kerana lebih jimat dan 'environmental friendly'.
Dalam pada yang sama, diingatkan kepada semua bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk membuang benda - benda seperti tuala wanita, pakaian dalam malah puntung rokok sekalipun ke dalam lubang tandas. - CARI
|