Seorang doktor menyatakan rasa terkejutnya apabila seorang pesakit remaja yang dirawatnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki untuk membantu teman lelakinya itu 'membuang sel darah putih'.
Memberitahu portal berita Indonesia Suara.com, doktor yang berkhidmat dengan Yayasan Peduli Korban Bencana itu berkata remaja terbabit diberitahu teman lelakinya bahawa dia (teman lelaki) menghidap penyakit leukemia, kelebihan sel darah putih dan salah satu rawatan adalah dengan mengeluarkannya. 'Kelmarin dapat pesakit remaja perempuan, mengaku sudah pernah berhubungan seksual karena ingin membantu teman lelakinya yang sakit. Cuba teka sakitnya apa? Teman lelakinya kelebihan sel darah putih sehingga harus dikeluarkan.
'Teman lelakinya kelebihan sel darah putih sehingga harus dikeluarkan. Ya Allah, sungguh kreatif. Yang dikeluarkan itu sperma, bukan sel darah putih. 'Katanya, teman lelakinya sudah tidak lama hidup, muka pucat gara-gara kelebihan sel darah putih itu,' kata doktor tersebut berkongsi cerita. Walaupun begitu, tidak diterangkan di bahagian Indonesia mana kejadian tersebut berlaku. Sudah pastinya ini satu petanda bahawa pentingnya pendidikan seks di kalangan remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral dan membahayakan kesihatan. - CARI
|
buragazz replied at 6-11-2019 02:45 PM
Tadi aku gelak pasal dak Pantart (Kucing) rupanya ni lagi lawak...
fliphair8 replied at 6-11-2019 11:00 AM
indon tak pernah mengecewakan kebodohannya.....
ADVERTISEMENT