CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Basikal, UAI Patah Tangan Dan Hidung

5-11-2019 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8204| Komen: 28

Description: Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengejutkan orang ramai dengan berita kecederaan dialaminya dalam satu kemalangan ketika berbasikal.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengejutkan orang ramai dengan berita kecederaan dialaminya dalam satu kemalangan ketika berbasikal.


Foto: NSTP/Ihsan Pembaca


Memetik Harian Metro, kejadian berlaku ketika penceramah bebas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, Kuala Terengganu, petang semalam.

Menurut laporan, sebelum kejadian UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya berkenaan.

Malangnya, UAI terpelanting apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut mengakibat penceramah itu mengalami patah tangan kiri dan hidung.


Foto: NSTP/Ihsan Pembaca


Difahamkan, pembantunya, Wan Safari Wan Ahmad berkata, UAI dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan segera.

Dalam kemas kini di laman sosial penceramah itu memaklumkan UAI akan menjalani pembedahan di bahagian lengan.





Sebelum itu, laman sosial rasmi UAI turut memaklumkan bahawa semua kuliah yang sepatutnya disampaikan terpaksa ditangguh sehingga diberitahu kelak. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abg_Zek 5-11-2019 08:46 AM
Innalillah...semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan...Aamiin.
Quote Kurex 5-11-2019 09:46 AM
seriouslah tak pakai pad keselamatan????
Quote mdhelmi 5-11-2019 10:11 AM
semoga UAI cepat sembuh dan teruskan berdakwah sampai bila2
mungkin Allah nak elakkan dia dari kecelakaan lebih teruk kalo esok lusa dia pegi sana sini
Quote MarryPottet 5-11-2019 10:32 AM
Takziah & moga diberi kesembuhan segera
Dunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berhenti sendiri secara mengejut. Basikal cap apa agaknya yg dia kayuh? Adakah basikal yg dikeluarkan oleh kilang kereta terkemuka negara yg sinonim dgn kegagalan fungsi steering pada kenderaan buatannya?
Quote Boomibulat 5-11-2019 10:34 AM
MarryPottet replied at 5-11-2019 10:32 AM
Takziah & moga diberi kesembuhan segera
Dunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berh ...

Basikal pn dh canggih zmn skrg..basikal tua dulu2 x de pun masalah berenti mengejut mcm ni..
Quote MarryPottet 5-11-2019 11:03 AM
Boomibulat replied at 5-11-2019 10:34 AM
Basikal pn dh canggih zmn skrg..basikal tua dulu2 x de pun masalah berenti mengejut mcm ni..

1st time ni aku dengar kes basikal berhenti sendiri secara mengejut walau secanggih mana pun basikal tu. Habislah penyek idung yg jadi trademark ustak. Lepas ni ustak tunggang unta lah pulak. Tentu unta tak berani buat hal berenti mengejut sebab takut kena sumpah bodo! bodo! bodo! dek ustak
Quote mrseller 5-11-2019 12:32 PM
MarryPottet replied at 5-11-2019 11:03 AM
1st time ni aku dengar kes basikal berhenti sendiri secara mengejut walau secanggih mana pun basik ...

kih kih kih
Quote Catpaw 5-11-2019 01:33 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga cepat sembuh UAI
Quote CikB 5-11-2019 02:17 PM
semoga cpt sembuh UAI
Quote fifie_olin 5-11-2019 02:43 PM
beskal benti mengejut ???
Quote orgsepang 5-11-2019 04:32 PM
Pertama kali dengar basikal boleh berhenti mengejut. Semoga baik2 sahaja.
Quote videcloset 5-11-2019 04:35 PM
takziah UAI
Quote shark_eow7 5-11-2019 04:45 PM
semoga cepat sembuh ustaz
Quote kivio 5-11-2019 06:50 PM
Mende plak basikal berhenti mengejut?
Reti kayuh ke idok hahaha
Quote Knowlesi 5-11-2019 08:24 PM
"Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ni"
Untungnya jadi orang yang dikenali dan berduit.
Sedara saya terpaksa tahan kesakitan selama 2 minggu sebelum dibedah akibat patah peha. Walau dah buat bayaran hampir 4k untuk besi tapi kata doktor kena tunggu giliran. Kalau nak cepat doktor minta pergi hospital swasta.
Quote LadyCarefree 5-11-2019 09:15 PM
MarryPottet: Takziah & moga diberi kesembuhan segeraDunia dah akhir zaman. Basikal manual pon boleh tetiba berhenti sendiri secara mengejut. Basikal cap apa agak ...



Apo??!!!! Ko ni betuk ke tak otak tu?
Quote LadyCarefree 5-11-2019 09:16 PM
Knowlesi replied at 5-11-2019 07:24 PM
"Beliau mungkin menjalani pembedahan segera malam ni"
Untungnya jadi orang yang dikenali dan berdui ...

Dia pi swasta kot. Hehehe takkan seorang ustad nk potong que. Dosa tu.
Quote syamzana 5-11-2019 10:51 PM
takziah dan semoga cepat sembuh uztak.

dah jadi lawak plak komen2 sini
Quote Knowlesi 5-11-2019 11:18 PM
LadyCarefree replied at 5-11-2019 09:16 PM
Dia pi swasta kot. Hehehe takkan seorang ustad nk potong que. Dosa tu.

Kat artikel tulis HSNZ..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057057 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top