CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Punya Pasal, Rumah Dilempar Bom Buatan Sendiri

5-11-2019 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1775| Komen: 7

Polis tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca tiga lelaki melemparkan bom buatan sendiri ke dalam sebuah rumah,

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Georgetown, kira-kira jam 10 malam tadi.


Difahamkan, kesemua suspek pada mulanya memecah masuk ke rumah berkenaan untuk merampas beg yang dikatakan mempunyai barang berharga milik penghuni sebelum dihalang pengawal peribadi pemilik rumah.


Foto: Harian Metro

Selepas bergelut dengan pengawal peribadi terbabit dan gagal merampas beg berkenaan, mereka melarikan diri sebelum melempar bom buatan sendiri bersama beg merah mengandungi pisau ke dalam rumah mangsa.

"Berikutan itu, sepasukan polis Unit Pemusnah Bom (UPB) dipanggil untuk membuat pemeriksaan.

"Bom itu diletupkan UPB dua kali pada 12.15 dan 12.20 tengah malam dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," kata sumber.


Katanya, siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada masalah hutang.

"Setakat ini, kita difahamkan yang suspek memaksa pemilik rumah itu memindahkan mata wang digital bitcoin ke dalam akaun mereka kerana mendakwa bapanya mempunyai hutang dengan mereka," katanya.

Kata sumber, polis sedang mengesan semua suspek dan siasatan masih dijalankan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 5-11-2019 12:30 PM
nak hutang dengan bank tak lepas, terpaksa la berhutang dengan alternatif lain
Quote Artemesiaa 5-11-2019 12:47 PM
Bahaya dulu main simbah cat sekarang lempar bom terus
Quote mdhelmi 5-11-2019 02:25 PM
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri
Quote Catpaw 5-11-2019 04:30 PM
mdhelmi replied at 5-11-2019 02:25 PM
lemah btol bm aku
mati2 aku ingat lempar bom buatan ke rumah sendiri

Aku pun paham macamtu
Quote Pink_Purple 5-11-2019 09:08 PM
makin ganas..takutnya..
Quote MissVixen 5-11-2019 09:09 PM
Lempar bom ke. Simbah cat ke... Duitnya bukan dapat balik pun.
Quote paz 7-11-2019 10:44 AM
Lain pulak cara menakutkan orang.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053487 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top