CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki 'Merajuk' Staf Salah Isi Minyak Undang Pelbagai Reaksi Warganet

5-11-2019 10:33 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6967| Komen: 22|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Sinar Harian


Gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak tular di media sosial. Rupa-rupanya, lelaki tersebut merajuk gara-gara kesilapan pekerja tersalah 'set' pam minyak.

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar menerusi Facebooknya memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.

“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut seperti dipetik dari Sinar Harian.


Loading FB Post...


Penunggang motosikal yang merajuk itu enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan berkenaan.

Penunggang tersebut tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuknya, malah bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.

Perkongsian video tersebut tular di Facebook dan meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka (ketika artikel ditulis) dengan gelagat penunggang terbabit. 




Kredit foto: FB Sinar Harian

Walaupun aksi tersebut nampak 'comel' kerana jarang kita lihat lelaki merajuk seumpamanya, namun hanya lelaki itu dah tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasainya pada hari tersebut. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote videcloset 5-11-2019 10:41 AM
alahai kesiannya.... dkt pam attendant tu. malu lahhh laki merajuk. tak macho pls
Quote Beribear 5-11-2019 10:58 AM
Comelnye.. Hahaha.. Maybe betul apa yg org komen dekat fb tu. Kita tak tahu apa yg dia lalui sampai merajuk tu.. Mungkin cuma tu je ke duit dia ada atau mungkin ada masalah lain. Benda2 kecik cmni mmg akan boleh bg kesan sikit kalau seseorg tu dlm kesedihan. Tak boleh blame dua2 pon
Quote chicozinn 5-11-2019 11:13 AM
videcloset replied at 5-11-2019 10:41 AM
alahai kesiannya.... dkt pam attendant tu. malu lahhh laki merajuk. tak macho pls

sbab malu la dia xbagi pekerja tu bukak helmet dia..kejap2 comel la tapi bila da dipujuk kali kedua pun merajuk lagi dah rasa meluat..elakkan mat motr ni kena cepuk je kalu aku jadi atendan pam tu..hihiihihi
Quote videcloset 5-11-2019 11:43 AM
chicozinn replied at 5-11-2019 11:13 AM
sbab malu la dia xbagi pekerja tu bukak helmet dia..kejap2 comel la tapi bila da dipujuk kali kedu ...

Kannnnnn.. geram pon iyeaaa
Quote doubleA 5-11-2019 12:02 PM
Hehehe bapak sape la tu
Quote nor_aini.s 5-11-2019 12:05 PM
Aku rasa mamat ni istimewa kot. Org lelaki biasa mana buat gini. Baik perempuan pn tak kan nk merajok tiba2 kan
Quote mizruncing 5-11-2019 12:08 PM
alahai beri nya nk merajuk. takde comel la laki majuk gitu. ke pmpn sbnrnya tu mesti pacik2 ni. kekonon nk marah tp merajuk je mampu
Quote Artemesiaa 5-11-2019 12:10 PM
Macam pernah disiar je kes atuk ni
Quote msdummy.2018 5-11-2019 01:02 PM
Artemesiaa replied at 5-11-2019 12:10 PM
Macam pernah disiar je kes atuk ni

yup..diaorg nie mmg suka buka artikel sama berulang kali...dah jadi amalan kot....
Quote Carcosa 5-11-2019 01:10 PM
Kesian la pulakkkk {:childlike
Mesti dah had a bad day haritu. Penutup dia plk, salah pam minyak... Tp dia tu, acik ke abang? Nak tau sgt... Siannya lahai .... {:childlike
Quote natrahn 5-11-2019 01:32 PM
Artemesiaa replied at 5-11-2019 12:10 PM
Macam pernah disiar je kes atuk ni

ye ke..baru je viral start 26 okt 2019
Quote natrahn 5-11-2019 01:33 PM
msdummy.2018 replied at 5-11-2019 01:02 PM
yup..diaorg nie mmg suka buka artikel sama berulang kali...dah jadi amalan kot....

alaaaaaaaa sungguh berat tuduhan ituuu..maybe awak terbaca dari tempat lain
Quote mrsT 5-11-2019 02:43 PM
hahaha...comell.. dan kelakorr...
Quote airisa 5-11-2019 02:55 PM
ntah2 instead of dpt 3 liter dgn rm6, dpt cuma 2 liter sebab salah pam . kesian la
Quote renko 5-11-2019 05:42 PM
comel kepala hotak
macam sial je
menyusahkan orang
Quote msdummy.2018 5-11-2019 06:33 PM
natrahn replied at 5-11-2019 01:33 PM
alaaaaaaaa sungguh berat tuduhan ituuu..maybe awak terbaca dari tempat lain

nope...it was from this forrum

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1179210&highlight=merajuk

jgn kecik hati TT...tp kami pun penat bc thread berulang.....
Quote hyie 5-11-2019 06:47 PM
macam bapak mertua kaka iols je kuat merajuk menurun kat cucu dia pulak tu haha...mungkin dia sejenis yang begitu atau oku lah kot...tak baik ketawakan dia
Quote natrahn 5-11-2019 06:53 PM
msdummy.2018 replied at 5-11-2019 06:33 PM
nope...it was from this forrum

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1179210&high ...

owh... sbb dah ada thread. tq
Quote Perawankota 6-11-2019 12:53 AM
Maybe hari tu bkn hari dia.. So dia dh penat lah tu.. Nasib baik staff kt situ pon baik2 aje

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.065268 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top