CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jijik Lagi Memualkan" - Rasa Daging Manusia Seperti Daging Khinzir?

5-11-2019 12:12 PM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 10091| Komen: 43|Original author: Vanilla Thunder



Pernahkah anda terfiki bagaimana rasa daging manusia?

Rupa-rupanya daging manusia mempunyai rasa yang serupa dengan daging khinzir (Ya, haiwan yang amat ditakuti oleh rata-rata umat Islam di Malaysia). Itulah yang diakui oleh seorang lelaki bernama Armin Meiwes seorang lelaki pelik dari Rotenburg, Jerman  yang menggemparkan seluruh dunia sekitar tahun 2001 dek kerana amalan kanibalisme yang jarang - jarang didengari dalam masyarakat moden hari ini. 

Kira-kira 16 tahun lalu, Armin Meiwes eorang juruteknik komputer telah bertindak membunuh lalu memakan seorang lelaki lain bernama Bernd Brandes. Namun yang lebih merumitkan keadaan, kes ini telah dikategorikan sebagai consensual cannibalism disebabkan oleh mangsa yang bersetuju untuk dirinya  dimakan oleh pemangsa.


Armin Meiwes Foto- Dailymail


Semuanya bermula pada Mac 2001,  apabila Armin yang selama ini mempunyai kecenderungan terhadap kanibalisme sejak kecil telah menyiarkan satu iklan di laman web Canibal Cafe' (laman forum internet bagi fanatik  kanibalisme). Iklan tersebut berbunyi seperti berikut:

"mencari seorang lelaki bertubuh sasa berumur antara 18-30 tahun untuk disembelih lalu dimakan"

Tanpa disangka-sangka, seorang jurutera bernama Bernd Brandes menghubungi Armin lalu menawarkan dirinya untuk dimakan. Rupa-rupanya, Brandes turut berkongsi minat yang sama terhap kanibalisme namun lebih cendurung untuk menjadi mangsa. 

Malah mangsa  telah pun merancang  ritual yang perlu di laksanakan oleh Armin ke atasnya setelah mereka bertemu nanti.

Bernd Brandes Foto- Reuters

Pada 9 Mac 2001, mereka berdua telah bertemu di rumah Armin bagi menjalankan upacara tersebut. Sebelum ritual bermula, mereka melakukan hubungan seks sejenis dan kemudiannya Brandes telah menelan 20 biji pil tidur dan setengah botol ubat batuk. 

Atas arahan Brandes, Armin membaringkan Brandes di dalam tab mandi sebelum memotong kemaluan mangsa setelah cubaaanya memutuskan organ tersebut dengan gigitan gagal. 



Tab mandi mana mangsa berbaring dan dibunuh Foto - Tumblr


Kemudian, Armin menggoreng organ tersebut bersama lemak milik mangsa tetapi  malangnya masakan tersebut hangus dan akhirnya organ tersebut diberikan  kepada anjingnya untuk dimakan. Brandes mulanya merancang untuk turut serta memakan dagingnya sendiri namun hanya sempat menjamah sesuap hidangan daging tubuhnya sendiri sebelum pengsan lalu tidak sedarkan sendiri akibat mengalami pendarahan serius.

Setelah itu, Armin telah menyembelih  mangsa dan menggantung jasad mangsa pada siling menggunakan penyangkut daging.  Keseluruhan upacara mengambil masa selama empat jam dan turut dirakam atas persetujuan mangsa sendiri. Armin mengakui dia kerap menonton rakaman tersebut bagi memuaskan nafsu seksnya sambil beronani. Jijik bukan?

Bagi sepuluh bulan berikutnya, Armin menikmati daging mangsa yang disimpan dan disembunyikan di dalam peti pembeku di sebalik kotak pizza. Armin dianggarkan telah memakan sekitar 20 kilogram daging manusia sebelum kegiatannya dikesan dan ditangkap.

Menurutya lagi, daging tersebut dibuat steak dan dihidangkan bersama kentang dan wain. Malah menurutnya lagi, daging manusia mempunyai rasa yang sedikit kuat dan menyerupai rasa daging khinzir. Pita rakaman upacara penyembelihan tersebut telah dirampas pihak berkuasa dan masih disimpan sehingga kini sebagai bahan bukti.

Pada tahun 2004, Armin Meiwes telah didakwa atas tuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dia kini sedang menjalani hukumannya dan diharapkan Armin telah bertukar selera dan menjadi seorang vegetarian. - CARI 

Bagus
1

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Elanarose

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 5-11-2019 12:25 PM
Mgkn ikut bangsa jugak kut..bangsa x mkn babi daging xde rasa babi..rasa ayam je
Quote Artemesiaa 5-11-2019 12:26 PM
Amat mengerikan
Quote LostStar 5-11-2019 12:30 PM
huih mcmne la si brandes ni blh setuju kan.. apa la dalam pemikiran dia sebenarnya..
Quote rosli_nurizzati 5-11-2019 12:31 PM
DNA manusia dan DNA babi adalah hampir sama. so it is not surprising depa ada taste yang sama. hehehehe. sbb tu banyak pig enzymes pakai dlm medical industries.. antara sebab babi diharamkan untuk umat islam..
Quote inspiro92 5-11-2019 12:48 PM
rosli_nurizzati replied at 5-11-2019 04:31 AM
DNA manusia dan DNA babi adalah hampir sama. so it is not surprising depa ada taste yang sama. heheh ...

Masa sekolah dulu cikguyup. betul. cikgu sains masa sekolah dulu pernah explain yang sama.
Quote inspiro92 5-11-2019 12:55 PM

masa aku buat research untuk artikel ni aku came across satu website yang tunjukkan screenshot dari video ritual tu. gambar tu sumber dari ogrish.com. sape peminat gore mesti tau website ni.Memang ngeri tengok mayat mangsa. Dalam gambar tu ade tunjuk rupa mayat brandes ni yang dah putus kemaluannya  & hilang kepala. Mayat mangsa pulak tergantung upside down dekat siling rumah serupa macam daging kat pasar tu.
Quote Kurex 5-11-2019 01:17 PM
sumpahan babi
Quote rosli_nurizzati 5-11-2019 01:24 PM
inspiro92 replied at 5-11-2019 12:55 PM
masa aku buat research untuk artikel ni aku came across satu website yang tunjukkan screenshot dar ...

walaupun aku minat benda2 cmni.. semangat tak kuat lagi nk tgk.. ehehehe.. tgk sharon tate pun tak lena tidoq
Quote Fresiaa 5-11-2019 02:02 PM
Astaghfirullahala'zim
Quote Queenmastani 5-11-2019 02:41 PM
Silence of the lamb
Quote delsmomm 5-11-2019 03:40 PM
inspiro92 replied at 5-11-2019 04:55 AM
masa aku buat research untuk artikel ni aku came across satu website yang tunjukkan screenshot dar ...

ngerinya..

menyesal aku tgk..

xpasal2 termuntah lagik....
Quote b_n_c 5-11-2019 04:28 PM
delsmomm replied at 5-11-2019 03:40 PM
ngerinya..

menyesal aku tgk..

kat mn nk nengok mayatnya cari x jumpa plak
Quote meisapoya 5-11-2019 05:43 PM
Baru je lepas tengok strangers from hell. Gelinya makan daging manusia...
Quote safieyah1984 5-11-2019 05:57 PM
b_n_c replied at 5-11-2019 04:28 PM
kat mn nk nengok mayatnya cari x jumpa plak

ala letak jek sini gambar tu, i tgk gambar sharon tate ya Allah kesiannya dah lah perempuan tu mengandung, bangang tul lah sape yg bunuh tu, i tgk kisah dia tu dekat murder make me famous
Quote Perawankota 6-11-2019 12:32 AM
X lalu nk tgk
Quote delsmomm 6-11-2019 08:17 AM
b_n_c replied at 5-11-2019 08:28 AM
kat mn nk nengok mayatnya cari x jumpa plak

Meol google je nama armin tu pastu leak photo / video..

pastu keluar la segala bagai gambar yg sgt meloyakan..

euuuuww..nak explain ni kat uols pon dah rase loya..
Quote LadyCarefree 6-11-2019 08:24 AM
rosli_nurizzati replied at 5-11-2019 11:31 AM
DNA manusia dan DNA babi adalah hampir sama. so it is not surprising depa ada taste yang sama. heheh ...

Kalau ikut dna, chimpanzee paling sama dengan manusia tp babi ni ada kesesuain kalau buat organ transplant terutama kulit. Kulit manusia dengan kulit babi serupa.
Quote LadyCarefree 6-11-2019 08:25 AM
Penukis artikel ni xcheck ka hasil tulisan dia? Silap ejaan. Silap ayat. Reporters nowadays #rolleyes Dahlah ayat last tu mcam rempit low iq.
Quote LadyCarefree 6-11-2019 08:27 AM
Queenmastani replied at 5-11-2019 01:41 PM
Silence of the lamb

Hehehehe bnyak lg ada cannibalism punya crime. Tp kes kena makan kawan untuk survive pon ada juga.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.166053 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top