Pernahkah anda terfiki bagaimana rasa daging manusia?
Rupa-rupanya daging manusia mempunyai rasa yang serupa dengan daging khinzir (Ya, haiwan yang amat ditakuti oleh rata-rata umat Islam di Malaysia). Itulah yang diakui oleh seorang lelaki bernama Armin Meiwes seorang lelaki pelik dari Rotenburg, Jerman yang menggemparkan seluruh dunia sekitar tahun 2001 dek kerana amalan kanibalisme yang jarang - jarang didengari dalam masyarakat moden hari ini.
Kira-kira 16 tahun lalu, Armin Meiwes eorang juruteknik komputer telah bertindak membunuh lalu memakan seorang lelaki lain bernama Bernd Brandes. Namun yang lebih merumitkan keadaan, kes ini telah dikategorikan sebagai consensual cannibalism disebabkan oleh mangsa yang bersetuju untuk dirinya dimakan oleh pemangsa.
Armin Meiwes Foto- Dailymail
Semuanya bermula pada Mac 2001, apabila Armin yang selama ini mempunyai kecenderungan terhadap kanibalisme sejak kecil telah menyiarkan satu iklan di laman web Canibal Cafe' (laman forum internet bagi fanatik kanibalisme). Iklan tersebut berbunyi seperti berikut:
"mencari seorang lelaki bertubuh sasa berumur antara 18-30 tahun untuk disembelih lalu dimakan"
Tanpa disangka-sangka, seorang jurutera bernama Bernd Brandes menghubungi Armin lalu menawarkan dirinya untuk dimakan. Rupa-rupanya, Brandes turut berkongsi minat yang sama terhap kanibalisme namun lebih cendurung untuk menjadi mangsa.
Malah mangsa telah pun merancang ritual yang perlu di laksanakan oleh Armin ke atasnya setelah mereka bertemu nanti.
Bernd Brandes Foto- Reuters
Pada 9 Mac 2001, mereka berdua telah bertemu di rumah Armin bagi menjalankan upacara tersebut. Sebelum ritual bermula, mereka melakukan hubungan seks sejenis dan kemudiannya Brandes telah menelan 20 biji pil tidur dan setengah botol ubat batuk.
Atas arahan Brandes, Armin membaringkan Brandes di dalam tab mandi sebelum memotong kemaluan mangsa setelah cubaaanya memutuskan organ tersebut dengan gigitan gagal.
Tab mandi mana mangsa berbaring dan dibunuh Foto - Tumblr
Kemudian, Armin menggoreng organ tersebut bersama lemak milik mangsa tetapi malangnya masakan tersebut hangus dan akhirnya organ tersebut diberikan kepada anjingnya untuk dimakan. Brandes mulanya merancang untuk turut serta memakan dagingnya sendiri namun hanya sempat menjamah sesuap hidangan daging tubuhnya sendiri sebelum pengsan lalu tidak sedarkan sendiri akibat mengalami pendarahan serius.
Setelah itu, Armin telah menyembelih mangsa dan menggantung jasad mangsa pada siling menggunakan penyangkut daging. Keseluruhan upacara mengambil masa selama empat jam dan turut dirakam atas persetujuan mangsa sendiri. Armin mengakui dia kerap menonton rakaman tersebut bagi memuaskan nafsu seksnya sambil beronani. Jijik bukan?
Bagi sepuluh bulan berikutnya, Armin menikmati daging mangsa yang disimpan dan disembunyikan di dalam peti pembeku di sebalik kotak pizza. Armin dianggarkan telah memakan sekitar 20 kilogram daging manusia sebelum kegiatannya dikesan dan ditangkap.
Menurutya lagi, daging tersebut dibuat steak dan dihidangkan bersama kentang dan wain. Malah menurutnya lagi, daging manusia mempunyai rasa yang sedikit kuat dan menyerupai rasa daging khinzir. Pita rakaman upacara penyembelihan tersebut telah dirampas pihak berkuasa dan masih disimpan sehingga kini sebagai bahan bukti.
Pada tahun 2004, Armin Meiwes telah didakwa atas tuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dia kini sedang menjalani hukumannya dan diharapkan Armin telah bertukar selera dan menjadi seorang vegetarian. - CARI |