CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

FMK Muktamad Tutup, Harap Pihak Yang 'Ada Kaitan' Hentikan Buat Cerita - Mawar Karim

29-10-2019 09:17 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 36857| Komen: 218|Original author: Sang_Pencinta

Mawar Karim, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar mengesahkan restoran Fizo Mawar Kitchen (FMK) yang diusahakan oleh mereka berdua akan muktamad ditutup sekalipun ada desas-desus bahawa operasi restoran itu akan diteruskan dengan penjenamaan semula (rebranding).


Menurut Mawar, seperti Fizo, beliau juga menerima banyak feedback memberikan cadangan supaya restoran itu diteruskan dan dijenamakan semula bagaimanapun mereka berdua kekal untuk menamatkan operasi atas alasan yang sangat personal.


'Di sini terlalu peribadi untuk ceritakan berapa modal saya dan Fizo keluarkan atau berapa keuntungan yang saya pernah atau tidak pernah saya terima selama 4 tahun FMK beroperasi' luahnya dalam Instagram beliau.

Bagaimanapun, menurut Mawar beliau mendoakan Fizo dapat meneruskan minat dalam F&B jika benar itulah minat mendalam beliau.

Mawar yang selama ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan, buat kali pertama menegur sesetengah pihak yang kononnya mempunyai kaitan dengan beliau dan Fizo. 




Tanpa menamakan pihak yang 'ada kaitan' itu Mawar memberikan teguran supaya tidak lagi campur tangan.

'Tidak perlulah orang terdekat mencampuri urusan saya dan Fizo dengan kata lain jangan tuang minyak dalam api yang dan tak perlu tegakkan benang basah' katanya seakan-akan menghantar mesej.

Berharap agar peminat akan mendoakan kebahagiaan keluarganya, Mawar menyatakan fokus utama beliau kini adalah anaknya.

Persoalannya, kenyataan Mawar mengenai penutupan muktamad FMK nampaknya bertentangan dengan kenyataan Fizo sebelum ini yang mengatakan bersedia untuk menjenamakan semula restoran itu. 

Jadi mana satu yang betul? - CARI 



Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 29-10-2019 09:25 AM
lain macam ayat statement mawar 'berapa byk yg saya laburkan' 'pernah atau tak pernah terima sebarang keuntungan'
Quote 150997 29-10-2019 09:31 AM
elok le tutup...
pijo move on please..
Quote manehnya 29-10-2019 09:35 AM
mawar x byk bunyi mcm pizo, asik la meratip FMK nye... siannnn....

nmpak muka pun keroh je, mawar ja nampak makin cantik wangi n classy...

sapa la "pihak yg ada kaitan" tu kan, yg dok wat cerita tu kan
Quote rayriff 29-10-2019 09:42 AM
helicornia: lain macam ayat statement mawar 'berapa byk yg saya laburkan' 'pernah atau tak pernah terima sebarang keuntungan'
hurm iols pon terfikir part keuntungan yang pernah atau x pernah.

tapi apa2 pon semoga mawar maju jaya...
Quote sarah82 29-10-2019 09:45 AM
Bertambah menggelupur la keluarga si bewak
Quote cadarblogsot 29-10-2019 09:47 AM
Bagus statement Mawar... wangi je.. dah terang2 lagi bersuluh move-on dng new business brand Farida.. dia punya new product.. "lorasaeyes" tu pun bagus je

Quote Gumball 29-10-2019 09:56 AM
Pijo, move on plisssss..
Tutup jer FMK, ko bukakla restoran ko sendiri..nak tengok gak berapa ko boleh labur dalam biznez tuh {:nose
Quote hollahop 29-10-2019 10:13 AM
move please abam joe.

jgn ada drama2 minta simpati ok.
mst SSKJP bengang ngan statement madam

so classy madam.
Quote aemon 29-10-2019 10:32 AM
perempuan kalau dah move on...mampos la kau.
Quote DayangKirana 29-10-2019 10:41 AM
giituu.. tak pasal2 orang dah berspekulasi pasal modal dan keuntungan tu kan?
so, kesahnye modal mawar yang keluar, but keuntungan si pijo ni sapu?

klau iols, bai bai la jawabnye.. macam bela bewak.
tak datang untung satu sen pon.
Quote Ladybird910 29-10-2019 10:50 AM
Dr sini nmpk betapa cintanya mawar kt husbaby dia.. Xlgsg berkira. Merempan pon x.. Iols rse duit bkn object utk mawar. Sbb tu dia xbkira dr awl bila abe joe bwk mak tinggal sama. Tp yelah kan.. Namapun manusia. Klu yg berkaitan tu plak lebih kuah dr sudu.. Pki kete smpi lenjan then siap kutuk2 mawar after what she has sacrificed for fizo.. Siapa y blh tahan? Penghargaan dia xdpandang dan dhargai oleh sskjp.. Tu yg dia tekad move on.. Demi kebahagiaan abe joe n sskjp{:childlike
Quote chocobozhere 29-10-2019 11:09 AM
semalam nampak pijo depan fmk bangi...eloklah tutup. mesti mawar dah  tanak ada kaitan apa apa dgn fizo.. agaknya lah. all the best mawar. dulu iolss tak suka sheolss now i suka tengok dia kt ig. anak pun comel.
Quote pjade 29-10-2019 11:25 AM
Nak rebrand, buy over lah.. ni nak senang. Ingat boleh tukar nama/signboard je ke? mmg idok leee.. beli balik pegangan mawar, beli kedai tu dari dia secara open market. No money no talk.
Quote Sachacha 29-10-2019 11:27 AM
Wow sangat ayat mawar ni..ada la pihak yg panasss tu
Quote mizruncing 29-10-2019 11:37 AM
elok la tutup. kesian mawar. betapa dia suffer n pendam before this. bila brcerai semua nk slh kan dia siap rakan artis ramai bekap pijo. in the end ambek kau Allah tu maha adil. satu2 cerita bukak
Quote fushimi 29-10-2019 11:41 AM
Padam muka sskjp

Quote jalfa 29-10-2019 11:43 AM
Alahai hastag dah macam mami jarum jr
Quote Sang_Pencinta 29-10-2019 11:47 AM
jalfa replied at 29-10-2019 11:43 AM
Alahai hastag dah macam mami jarum jr

Wakaka.. Semput nak baca hashtag

Tp dia dah keluarkan habis2an kali ini apa yg terbuku slm hati
Quote awex^returns 29-10-2019 11:48 AM
hashtag pon dah mengundang... matilahnakkkk... ambik ko pijo

.........................

Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’

........................

Mawar macam nak bagitahu je tak pernah dapat keuntungan dari FMK je

wowowowowo

Lihat semua komen(218)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.112351 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top