CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Edisi Suami Mithali Kawan Sejati - Lepak Mamak Sambil Kupas Bawang, Potong Cili

25-10-2019 06:38 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8126| Komen: 24|Original author: natrahn

Persahabatan memang mudah dijalin, namun mempunyai sahabat baik yang akan bersama di kala susah dan senang bukan sesuatu yang mudah. Hanya sahabat sejati setia bersama temannya.


Salah satu aktiviti wajib sahabat baik walau sudah beristeri dan mempunyai anak, sudah tentulah melepak mamak sama ada untuk menonton bola ataupun sekadar bersembang kosong.

Kredit - Tw!tter Naqiuddin @@_KechikChill
Inilah realiti persahabatan dijalin seperti yang dikongsikan akaun Tw!tter Naqiuddin @_KechikChill ini. Apa yang menariknya ialah apabila kawan yang diajak lepak tadi datang melepak sambil membawa bawang dan cili.


Menerusi video yang dimuat naik oleh Naqiuddin, rakannya baru saja memberitahu isteri untuk keluar lepak bersamanya di kedai mamak. Walaupun membenarkan suaminya keluar, si isteri meminta tolong suaminya mengupas bawang dan memotong cili.
 
Tidak mahu menghampakan kedua-dua rakan dan isteri, lelaki tersebut nekad pergi lepak mamak sambil mengupas bawang dan memotong cili yang diberikan oleh isterinya. Inilah baru betul-betul membawang.

Perkongsian di Tw!tter ini telah mendapat perhatian netizen apabila lelaki ini membuat sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Rata-rata dari mereka memuji apa yang dilakukan oleh sang suami tersebut.

Suami jenis tak tinggal kawan dan sayang bini. Good Job!


Ada pula yang mengatakan ini trick si isteri tak nak bagi suami keluar melepak, tapi suami jenis 'degil' nak keluar juga.

Ternyata sahabat si suami pun begitu sporting menolongnya mengupas bawang dan memotong cili. Bagus juga kan melepak sambil membuat aktiviti berfaedah seperti ini. 

Barulah si isteri pun dengan senang hati sahaja nak bagi peluang si suami lepak dengan kawan-kawan. Semoga bermanfaat. - CARI 
6

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Poksu_G

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 25-10-2019 06:45 PM
Patutnya bwk ank bini skali dtg potong bawang cili kat kedai mamak..
Quote Kurex 25-10-2019 06:45 PM
Cerita twitter lagi..  Bosannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Perawankota 25-10-2019 06:48 PM
Bosannyaaaaaaaaaaa
Quote fliphair8 25-10-2019 06:51 PM
Hahahahhahahhah....
Quote KIM.K 25-10-2019 08:17 PM
Ini geng peniaga nasik lemak ke
Ya Allah banyaknya cili
Quote beloomberk 25-10-2019 09:41 PM
Batak viral
Quote MissVixen 25-10-2019 10:01 PM
Dia tolong bini berniaga kot. Cili banyak2 tu dah buang tangkai bukan tahan lama. Baguslah begitu. Takde perasaan malu tolong bini.
Quote RatuDunia94 25-10-2019 10:06 PM
KIM.K: Ini geng peniaga nasik lemak keYa Allah banyaknya cili


Nasi lemak guna cili hijau ke sis?
Quote Suchi 25-10-2019 10:40 PM
Elok lerr lenkali bawak sebakul kain sekali, tp ramai je tok laki org kat dobi layan diri hahah siap depa melipat baju lagi situ.
Quote CatMiow 25-10-2019 11:05 PM
Banyaknya cili,  nak potong mcmna tu?

Kalau potong biasanya cuci dulu baru potong. Kalau potong dulu baru cuci,  tak pernah buat.

Quote sarahmirza 26-10-2019 12:41 AM
RatuDunia94 replied at 25-10-2019 10:06 PM
Nasi lemak guna cili hijau ke sis?

Cili hijau dgn bawang putih ni mcm buat sambal kicap...
Quote hyie 26-10-2019 01:15 AM
dengan asap rokoknya...ewww so pprt perangainya
Quote HujanBatuTiga 26-10-2019 08:20 AM
Bagusla mcm ni. Asyik cerita suami jantan tak guna aniaya anak isteri je. Faith in humanity restored.
Quote olezzeli17 26-10-2019 10:42 AM
Lepas ni boleh bawa kain baju pulak.. Minta encik suami lipat.. Hahaha
Quote dewimalam78 26-10-2019 01:34 PM
Walaupun ia nampak kecil dan batak viral, kita hargai lah suami itu.
Quote natrahn 26-10-2019 02:08 PM
dewimalam78 replied at 26-10-2019 01:34 PM
Walaupun ia nampak kecil dan batak viral, kita hargai lah suami itu.

kah kah kah...
Quote honeythebee 26-10-2019 05:51 PM
Hahahah.. ada je lelaki mcm ni.. bkn la aku nk memuji laki aku n bff dia tp kwn2 laki aku kaki bundle. Kalau ada brg baek, dia org ingt aku ngan  anak aku. Siap tlg crik kalau laki aku ada bg taw bnde aku suka. Time pelam depan umah dia org berbuah, siap kait yg muda anto rumah. Dh mcm sedara mara bkn kawan. Aku pon sediakan makanan/air kalau dtg melepak umah aku. Bff laki aku tu dia dh kenal lebih lama dr aku. Tp dia org bagus, bukan jenis mengejek2 laki takot bini la hape la. Jenis melepak tp solat ttp on time.
Quote natrahn 27-10-2019 12:59 AM
honeythebee replied at 26-10-2019 05:51 PM
Hahahah.. ada je lelaki mcm ni.. bkn la aku nk memuji laki aku n bff dia tp kwn2 laki aku kaki bundl ...

Alhamdulillah...bukan senang kan dpt kawan2 memahami n baik mcm ni
Quote honeythebee 27-10-2019 04:56 PM
natrahn replied at 27-10-2019 12:59 AM
Alhamdulillah...bukan senang kan dpt kawan2 memahami n baik mcm ni

Betol. Aku laki bini duduk merantau jauh dr mak bapak.. bff laki aku la yg byk tlg time kita org pindh rumah, kenduri kendara.. time kita org pindh rumah, aku laki bini pening dgn kos sewa lori, upah cat rumah. Tp bff ni lah yg bg pinjam van siap keluarkan seat, tlg angkt brg rumah ulang2 kali, tlg cat rumah walau dia org bukan reti . Tu psl aku x kesah laki aku melepak sbb aku tawu dia dgn org baik2..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.129875 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top