Persahabatan memang mudah dijalin, namun mempunyai sahabat baik yang akan bersama di kala susah dan senang bukan sesuatu yang mudah. Hanya sahabat sejati setia bersama temannya.
Salah satu aktiviti wajib sahabat baik walau sudah beristeri dan mempunyai anak, sudah tentulah melepak mamak sama ada untuk menonton bola ataupun sekadar bersembang kosong.
Kredit - Tw!tter Naqiuddin @@_KechikChill
Inilah realiti persahabatan dijalin seperti yang dikongsikan akaun Tw!tter Naqiuddin @_KechikChill ini. Apa yang menariknya ialah apabila kawan yang diajak lepak tadi datang melepak sambil membawa bawang dan cili.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Naqiuddin, rakannya baru saja memberitahu isteri untuk keluar lepak bersamanya di kedai mamak. Walaupun membenarkan suaminya keluar, si isteri meminta tolong suaminya mengupas bawang dan memotong cili.
Tidak mahu menghampakan kedua-dua rakan dan isteri, lelaki tersebut nekad pergi lepak mamak sambil mengupas bawang dan memotong cili yang diberikan oleh isterinya. Inilah baru betul-betul membawang.
Perkongsian di Tw!tter ini telah mendapat perhatian netizen apabila lelaki ini membuat sesuatu yang tak pernah dibuat orang. Rata-rata dari mereka memuji apa yang dilakukan oleh sang suami tersebut.
Suami jenis tak tinggal kawan dan sayang bini. Good Job!
Ada pula yang mengatakan ini trick si isteri tak nak bagi suami keluar melepak, tapi suami jenis 'degil' nak keluar juga.
Ternyata sahabat si suami pun begitu sporting menolongnya mengupas bawang dan memotong cili. Bagus juga kan melepak sambil membuat aktiviti berfaedah seperti ini.
Barulah si isteri pun dengan senang hati sahaja nak bagi peluang si suami lepak dengan kawan-kawan. Semoga bermanfaat. - CARI |