Beliau seorang bapa tunggal yang ditinggalkan isteri 2 tahun lepas. Dengan keperitan menanggung derita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, asma dan batu karang, Kamarul Sharizam Kamarudin terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak sendirian walaupun tidak mampu lagi bekerja. Kini Kamarul Sharizam telah pun pergi menghadap Illahi, meninggalkan anak-anaknya yang berusia dari 2 hingga 11 tahun. Umpama sudah menjangkakan ajalnya, Kamarul sebelum ini tular di media sosial apabila terpaksa membuat keputusan menyerahkan empat daripada enam orang anak-anaknya kepada rumah kebajikan agar masa depan mereka terbela. Beliau berbuat demikian kerana risau sekiranya umurnya tidak panjang disebabkan kerap sakit dan anak-anaknya sering mengadu kelaparan. Pengorbanan bapa ini mendapat perhatian warganet apabila rata-rata turun padang menghulurkan bantuan malah turut mendapat tajaan menunaikan umrah. Menceritakan kembali detik pemergian Kamarul, adiknya Mohd Zatullah memberitahu wartawan yang abangnya baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 23 Oktober, jam 2 petang selepas menunaikan umrah. Kamarul, 40, bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 5.05 petang di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang. “Arwah amat gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya." “Saya tidak sangka dia akan ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya yang turut memaklumkan kesemua anak Allahyarham akan dijaga oleh saudara-mara yang berada di sekitar Seremban agar kebajikan mereka mudah dipantau. Pemergian Allahyarham secara mengejut pastinya memberi kesan yang besar terhadap keenam-enam anaknya. Ketika ditanya, anak kedua Kamarul, Muhammad Harraz Nasriq Kamarul Sharizam, 11, jelas merasa sedih atas kehilangan ayahnya yang juga tempat mereka bergantung hidup. "Ada masa ayah agak garang kalau kami nakal tapi dia seorang yang baik, hilang sudah tempat kami nak bermanja kerana dialah ayah dan ibu kami." “Adik (Qaseh) selalu menyebut nama ayah (arwah), mungkin dia rindu dan tak tahu papa sudah tiada lagi. Memang adik rapat dengan ayah." katanya. Arwah juga sempat berpesan kepada anak keduanya itu agar menjaga adik-adik, kerana anak sulungnya, Muhammad Haiqal Nashriq, 13, mempunyai masalah autisme. Orang ramai yang ingin meringankan beban mereka sekeluarga bolehlah menyumbang ke akaun bank adik arwah melalui bank CIMB 7025199094 (Kamarul Shahril Kamarudin) atau menghubungi Mohamad Zatullah di talian 013-6369726. Al-fatihah buat Allahyarham Kamarul Sharizam Kamarudin dan semoga anak-anaknya tabah menghadapi hari-hari mendatang.- CARI |
top5complete replied at 30-10-2019 11:02 AM
dah tau susah buat anak banyak kenapa?
AmandaRollins replied at 30-10-2019 12:38 PM
Sis,mungkin masa arwah dgn isteri dia xjangka pun ditinggalkan..rasa nya lps tu baru dia hidup aga ...
ADVERTISEMENT