CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7235|Reply: 58

"Hilang Sudah Tempat Kami Nak Bermanja" - Bapa Tunggal Enam Anak Akhir

[Copy link]
Post time 30-10-2019 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Majalah PaMa



Beliau seorang bapa tunggal yang ditinggalkan isteri 2 tahun lepas. Dengan keperitan menanggung derita pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, asma dan batu karang, Kamarul Sharizam Kamarudin terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan 6 orang anak sendirian walaupun tidak mampu lagi bekerja.


Kini Kamarul Sharizam telah pun pergi menghadap Illahi, meninggalkan anak-anaknya yang berusia dari 2 hingga 11 tahun.



Anak-anak Kamarul kini terpaksa menumpang kasih dengan saudara mara. Kredit foto: Harian Metro



Umpama sudah menjangkakan ajalnya, Kamarul sebelum ini tular di media sosial apabila terpaksa membuat keputusan menyerahkan empat daripada enam orang anak-anaknya kepada rumah kebajikan agar masa depan mereka terbela. Beliau berbuat demikian kerana risau sekiranya umurnya tidak panjang disebabkan kerap sakit dan anak-anaknya sering mengadu kelaparan. Pengorbanan bapa ini mendapat perhatian warganet apabila rata-rata turun padang menghulurkan bantuan malah turut mendapat tajaan menunaikan umrah.


Menceritakan kembali detik pemergian Kamarul, adiknya Mohd Zatullah memberitahu wartawan yang abangnya baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 23 Oktober, jam 2 petang selepas menunaikan umrah. Kamarul, 40, bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 5.05 petang di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.


“Arwah amat gembira apabila dapat menunaikan umrah dan sepanjang arwah di sana, saya mengambil tanggungjawab menjaga enam anaknya."

“Saya tidak sangka dia akan ‘pergi’ selepas tiga jam pulang ke tanah air,” katanya yang turut memaklumkan kesemua anak Allahyarham akan dijaga oleh saudara-mara yang berada di sekitar Seremban agar kebajikan mereka mudah dipantau.

Allahyarham kelihatan gembira sewaktu tiba dari Tanah Suci, namun dikejarkan ke hospital tidak lama selepas itu dan meninggal 3 jam kemudian. Kredit foto: Harian Metro


Pemergian Allahyarham secara mengejut pastinya memberi kesan yang besar terhadap keenam-enam anaknya. Ketika ditanya, anak kedua Kamarul, Muhammad Harraz Nasriq Kamarul Sharizam, 11, jelas merasa sedih atas kehilangan ayahnya yang juga tempat mereka bergantung hidup.
"Ada masa ayah agak garang kalau kami nakal tapi dia seorang yang baik, hilang sudah tempat kami nak bermanja kerana dialah ayah dan ibu kami."
“Adik (Qaseh) selalu menyebut nama ayah (arwah), mungkin dia rindu dan tak tahu papa sudah tiada lagi. Memang adik rapat dengan ayah." katanya.

Arwah juga sempat berpesan kepada anak keduanya itu agar menjaga adik-adik, kerana anak sulungnya, Muhammad Haiqal Nashriq, 13, mempunyai masalah autisme.
Orang ramai yang ingin meringankan beban mereka sekeluarga bolehlah menyumbang ke akaun bank adik arwah melalui bank CIMB 7025199094 (Kamarul Shahril Kamarudin) atau menghubungi Mohamad Zatullah di talian 013-6369726.
Al-fatihah buat Allahyarham Kamarul Sharizam Kamarudin dan semoga anak-anaknya tabah menghadapi hari-hari mendatang.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh kesiannya..semoga dipermudahkan urusan 6 beradik ni..
Baikla anak2 ni duduk di rumah kebajikan dpd duduk dgn saudara mara..i percaya diorg akan lagi terjaga kalau duduk rumah kebajikan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah..kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh sedihnya baca berita macam ni. Sedih mengenangkan nasib anak2 kecik kehilangan mak ayah.. lg sedih bdk umur 11 tahun dah kena pikul tanggujawan besar.. moga yang baik2 je untuk keluarga ni.. bertabah la ye dik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.........
Semoga kuat anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 10:49 AM | Show all posts
kasihan.. semoga dipermudahkan dan adik beradik ni tak dipisahkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 11:02 AM | Show all posts
dah tau susah buat anak banyak kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:05 AM | Show all posts
alfatihah utk arwah. jarang dgr cte isteri tinggalkan suami mungkin tak sanggup dgn kesusahan hidup, tp pic family arwah dgn saudara semua mcm family baik2. serahkan anak2 dkt rumah anak yatim insha allah terpelihara. takut dgn pakcik makcik ni dipilih kasih or duit sumbangan di songlap pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 11:05 AM | Show all posts
Edited by top5complete at 30-10-2019 12:42 PM

jangan nak kata anak tu rezeki, takdir, ketentuan tuhan, tengok dulu keadaan diri sendiri,

ramai je orang miskin ramai anak., last-last sengasara susu bayi tiada, anak merempat mencuri untuk cari makan, pinjam along, susahkan keluarga lain, pinjam beras jiran...

hairan betul aku, orang kaya 1-3 je anak... yang miskin pun 10-12 anak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya..rasa baru baca kisah dia 2,3 bulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat anak-anak arwah. Hilang sudah tempat bermanja
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu gatal je jari ni nak menaip kecaman kalau baca anak ramai. Tp yg ni mcm sayu je rasa. Kesian moga urusan anak2 arwah dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:19 AM | Show all posts
slalunya laki tinggalkan bini ni tak bini tinggalkan laki ngn anak2..aduh tetiba aku rasa sedih sgat ni..rupanya ade orang lagi perit dugaan dari aku..hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:20 AM | Show all posts
allah... sedihnya...

kepada allah kami memohon payungi dengan rahmat mu anak2 ini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:26 AM | Show all posts
Harap nasib anak2nya terus dibela oleh keluarganya.  Jangan mula2 je perihatin nak jaga lama2 nanti rasa menyusahkan pula.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 11:40 AM | Show all posts
Ya Allah ya Tuhanku,..masukkan arwah ke dalam syurgamu..sayangi rahmati nya. Lindungi anak anaknya..berikanlah rezeki yang murah untuk anak anaknya..berbahagia dunia akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 12:03 PM | Show all posts
kesiannya
semoga hidup ank2 arwah ni terjamin
dn ahli keluarga benar2 menyayangi mereka
bukan apa kdg2 ada ahli keluarga sendiri pun ada yg berniat tidak baik
smoga Allah lindungi mereka
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah sedihnya...alhamdulillah tercapai hajat arwah menunaikan umrah sebelum dijemput Ilahi...
Semoga anak2 dia tabah menghadapi hari2 mendatang..semoga kebajikan mereka tdk terabai...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
top5complete replied at 30-10-2019 11:02 AM
dah tau susah buat anak banyak kenapa?

Sis,mungkin masa arwah dgn isteri dia xjangka pun ditinggalkan..rasa nya lps tu baru dia hidup agak susah lagipun ada penyakit kan..dlm kes arwah ni sy trpkasa opposite komen sis ni...lain la kes yg parent masih hidup,rumah pondok atap zink dinding plywood hidup melarat xpandai rancang family pastu meminta minta...tu baru sy ikut sis melahar...hehehe
Peace out
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 12:40 PM | Show all posts
AmandaRollins replied at 30-10-2019 12:38 PM
Sis,mungkin masa arwah dgn isteri dia xjangka pun ditinggalkan..rasa nya lps tu baru dia hidup aga ...

aku tidak bantah pun ramai anak, aku cuma tidak suka melihat budak2 yang kelaparan gara2 ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, tidak pi sekolah sebab tiada duit.. nak ramai anak pun tengok la keadaan diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.114848 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list