Ingatkan Syafie Naswip dan Aishah Azman akan memutuskan pertunangan mereka dengan aman. Namun, isu itu menjadi lebih parah apabila Aishah membuat laporan polis kerana menuduh tunangnya itu telah mengasarinya.
Namun, selepas dijalankan siasatan secara teliti selain Syafie juga memberikan kerjasama yang baik dengan memberi keterangan di balai polis secara sukarela, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan mencukupi. Selepas mendengar berita itu, Syafie telah meluahkan rasa syujur kerana tuduhan yang dijatuhkan kepadanya itu ternyata tidak benar sama sekali. "Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib. "Sekurang-kurangnya, ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua," kata Syafie kepada Gempak. Syafie sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya selama kes ini berjalan. "Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa. "Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat," seloroh Syafie. Harap Syafie menemui sinar baru. - CARI
|
bungaros replied at 24-10-2019 05:25 PM
Alhamdulillah. Harap yg belah sana dendiam je la lepas ni.
Acikgomen replied at 24-10-2019 06:02 PM
Bukan si esah tuh melompat kegembiraan ke bila wartawan terjah dia tanye perkembangan kes ni
Ob ...
bungaros replied at 24-10-2019 06:31 PM
Lompat sebelum keluar statement ayie hari ni.
Acikgomen replied at 24-10-2019 08:05 PM
Tak kisah la sapa kuar stetmen dulu. Kalo ayie dpt surat dari polis, si esah sebagai pengadu pun m ...
bungaros replied at 24-10-2019 06:37 PM
Kat ig manager ayie badrul dia cerita kisah dari mula atie kena tahan.
fadz84 replied at 24-10-2019 08:30 PM
Baru ada Part 1. Kena tunggu sambungannya..
fadz84 replied at 24-10-2019 08:30 PM
Baru ada Part 1. Kena tunggu sambungannya..
bungaros replied at 24-10-2019 08:35 PM
Part 1 pun dah menyakitkan hati. Mcm mak2 jahat dlm senatron indon. Mujur masa I pi esoknya famil ...
fadz84 replied at 24-10-2019 08:59 PM
ADVERTISEMENT