CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mekanik Rogol Anak Kekasih Usia 12 Tahun Sampai Hamil

24-10-2019 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12623| Komen: 102

Seorang mekanik tergamak merogol anak kepada teman wanitanya hingga hamil, lapor Harian Metro.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas disyaki merogol mangsa berusia 12 tahun dan tidak bersekolah sejak Mei lalu hingga hamil.



Foto: Harian Metro

Susulan menerima laporan daripada ibu saudara mangsa di Balai Polis Sungai Merah, polis menahan suspek di sebuah rumah pekerja di Teku, Sibu jam 9.45 malam pada Selasa lalu.

Difahamkan, siasatan awal mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu dirogol di rumah pekerja sebanyak lima kali antara Mei hingga Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian berkata, mangsa sebelum ini tinggal bersama ibu kandung dan suspek.

Namun, sejak dua minggu lalu kanak-kanak itu dijaga ibu saudaranya kerana dikatakan tidak mempunyai selera makan serta lemah.


“Ibu saudara mangsa kemudian membawanya ke klinik sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu selepas dimaklumkan tidak datang haid selama dua bulan.

“Ketika diperiksa, pegawai perubatan mendapati mangsa hamil namun tidak dapat dipastikan usia kandungannya dan menganggarkan kandungan berusia dua bulan berdasarkan tarikh akhir datang haid,” katanya.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Cumi2

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-10-2019 01:51 PM
kembirikan je la laki ni!
Quote buapakperut 24-10-2019 02:10 PM
wanita dan kanak2 insan yang lumrah nya lemah ..tanggungjawab seorang suami melindungi isterinya,abang melindungi adik2 nya, bapa melindungi anaknya. ...
Quote shernazz 24-10-2019 02:23 PM
Boleh digugurkan ke kandungan tu? Kesian budak tu...
Quote fliphair8 24-10-2019 02:25 PM
Ya Allah, umur 12 tahun tahun ke camne nak banak...takde law ke to protect children yg kena rogol and pregnant, bole abort before certain2 months? hakak tanya jek...ape pendapat islam dalam hal ni..
Quote Boomibulat 24-10-2019 02:39 PM
fliphair8 replied at 24-10-2019 02:25 PM
Ya Allah, umur 12 tahun tahun ke camne nak banak...takde law ke to protect children yg kena rogol an ...

Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2017-1438H yang bersidang pada 27 April 2017 bersamaan 30 Rejab 1438H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dengan pindaan sighah seperti berikut :

Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Harus pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari sekiranya janin itu cacat atau berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Pengguguran janin mangsa rogol adalah harus sebelum berusia 120 hari bagi mengelakkan berlakunya fitnah.

Wallahua'lam..
Quote Foxey 24-10-2019 02:39 PM
Keji betul jantan nih. Dah dapat mak jadi teman wanita, kejadah lak p penaya anak orang tu sekali? Mak dia kat mana masa kejadian ni berlaku?
Quote dewi_rina 24-10-2019 02:45 PM
Allahuakbar
Tak Nampak muka pun tahu muka dgn perangai mcm cilanat
Setan nyaaaa
Quote sarah82 24-10-2019 02:47 PM
Allah.. Baru 12 tahun ang dah berselera ya Pedo? Kasi la..lps tu bg anjing makan yg kena kasi tu
Quote dewi_rina 24-10-2019 02:47 PM
fliphair8 replied at 24-10-2019 02:25 PM
Ya Allah, umur 12 tahun tahun ke camne nak banak...takde law ke to protect children yg kena rogol an ...

Haritu pun ada kan budak 12 tahun upsr kena rogol dgn bapak dia sampai mengandung
Setan sgt jantan2 jibake mcm ni
Maybe dia tengok umur 12 tu tengah ranum
Buah muda lagi
Nanti kalau 17 tahun takut dah takde dara, baik aku ratah skrg
Setannnn
Quote sarah82 24-10-2019 02:53 PM
@Boomibulat aku ada mention nama ang ..calon utk mod HML..
Quote Artemesiaa 24-10-2019 02:56 PM
Sebab tu ada eloknya ada hukuman kembiri untuk kes2 macam ni
Quote princessjay 24-10-2019 02:57 PM
giler la lelaki mcm ni... 12tahun kot.. tlg lh kawal nafsu tu, jgn fikir sex semata..
Quote chicozinn 24-10-2019 03:01 PM
fliphair8 replied at 24-10-2019 02:25 PM
Ya Allah, umur 12 tahun tahun ke camne nak banak...takde law ke to protect children yg kena rogol an ...

sebenarnya aku penah handle kes camni siap tlong member aku jagakan mangsa rogol umo 12 tahun sebab mak pak mgsa serahkan kt member aku soh jagakan..dorang malu nk jaga sebab mangsa tuduh abang sulung dia yg rogol tpi mak pak xleh trima sbab abang sulung kononnya suci dimata mak pak..mangsa lak oku lembam ko hengat xkan dia nk menipu lak kan..last2 mangsa bersalin xckup bulan, ingat lagi baby tu bsar botol kicap je..aku ksian tgok mangsa tu sbab time dia peknen aku pun tengah peknen lebih kurang sama bsar cm dia..aku yg umo 27 mse tu da rasa xselesa, slalu sakit2 n muntah2 pun da lemah xtahan korang dpat bayangkan x budak yg baru 2-3x datang period tetiba peknen??last2 mak pak mangsa serahkan baby tu kat member aku soh jaga n skang kami da lost cntact da..harap mangsa xjadi mangsa abang dia lagi la sbab dorang masih tinggal sama2 lagi..hmm
Quote chicozinn 24-10-2019 03:03 PM
dewi_rina replied at 24-10-2019 02:47 PM
Haritu pun ada kan budak 12 tahun upsr kena rogol dgn bapak dia sampai mengandung
Setan sgt janta ...

babi kan bapak berperangai cmni..anak tu bukan hakmilik ko 100% wlaupun dia darah daging ko..ape keji sngat perangai nih??
Quote seri_mawr 24-10-2019 03:04 PM
setan betul jantan sekor2...

bongok la...budak 12 tahun kot....mak ko sapu...anak ko kerjakan...kurang ajar betulll...
Quote dewi_rina 24-10-2019 03:11 PM
chicozinn replied at 24-10-2019 03:03 PM
babi kan bapak berperangai cmni..anak tu bukan hakmilik ko 100% wlaupun dia darah daging ko..ape k ...

Ni bukan bapak, ni setan
Selalu tengok gerak khas ada scene mcm ni
Haruan makan anak
Sbelom anak dapat kat org lain, baik dia makan dulu
BAB*!
Quote awanearisu 24-10-2019 03:15 PM
Harap mereput di penjara.
Quote sapeka 24-10-2019 03:19 PM
Kenapa ko nak kn tinggal ngan laki yg tiada ikatan
tak kisah la apa agama ko sekali pun
Ko tak pandai jaga diri ko
Jangan la ko abaikan anak ko
Aduhhhhh
Quote fliphair8 24-10-2019 03:20 PM
chicozinn replied at 24-10-2019 03:01 PM
sebenarnya aku penah handle kes camni siap tlong member aku jagakan mangsa rogol umo 12 tahun seba ...

hakak pun ade penah tengok parents in denial, bila ade anak claimed she was molested by one of their family members. luckily she was not pregnant.

juga, mak hakak penah cite, kat kg akak ade satu polis bini dah mati, rogol anak pompuan dia sampai ngandung, polis tu dihantar bertugas di ulu banat, anak dara dibela keluarga arwah isteri.

punyalah jadik so common this rape among families around us, sesungguhnya, ade sekelumit kelegaaan hakak hanya ade anak jantan, itupun tidak gerenti selamat, jantan pun bole jadik mangsa, but lebih teruk lagi jadik pemangsa....nauzubillah hi minzalik.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.115039 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top