Penonton drama Melayu tentunya sedar bahawa aktor Mustapha Kamal seringkali muncul di kaca televisyen dengan membawakan watak orang kaya yang berpangkat Datuk dan menjawat jawatan CEO sesebuah syarikat dalam kebanyakan drama Melayu. Jarang-jarang sekali kita melihat aktor tersebut memainkan watak golongan marhein apatah lagi sebagai orang kampung. Namun tidak dinafikan, aktor berusia 57 tahun itu sememangnya mempunyai karakter dan karisma untuk menjayakan watak golongan berada. Apa yang kurang menyenangkan apabila wataknya sering melontarkan diolang yang sama dan klise’ dalam kebanyakan drama sehingga dapat dihafal oleh penonton lalu mencetuskan #MustaphaKamalQuotes. Mari kita saksikan kompilasi #Mustapha KamalQuotes seperti di bawah. Kredit kepada Facebook MGAG di atas kompilasi yang kelakar ini. Ini juga menunjukkan bahawa industri hiburan mengalami ketandusan penulis skrip drama yang berbakat dalam menghasilkan skrip yang berkesan dan berkualiti. Wataknya sering digambarkan sebagai seorang CEO syarikat ternama berpangkat Datuk atau Tan Sri (jangan lupa nama syarikat mesti dikuti dengan perkataan holding di belakangnya, contohnya Megah Jaya Holding). Yang paling menjengkelkan wataknya sering digambarkan sebagai seorang yang begitu sibuk sehinggakan apabila ada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin mengadu masalah peribadi mereka kepadanya, dialog di atas akan dijadikan sebagai alasan untuk tidak melayan karenah si pengadu. Walaupun sibuk, dia masih sempat meluangkan masa untuk bermain golf sambil berbincang soal bisnes jutaan ringgit dengan klien katanya! Tatkala anak muda yang lain brhempas – pulas menghantar resume dan menghadiri temu duga demi mendapatkan kerja (termasuklah penulis), anaknya yang telah tamat belajar pasti akan disambut dengn dialog di atas. Yang geramnya anak si CEO langsung tidak serius dengan tanggungjawabnya ketika bekerja malah sering datang lewat ke tempat kerja dan sibuk bermain cinta. Dialog paling klise' adalah apabila si CEO menyerahkan bulat-bulat jawatan terpenting dalam syarikatnya kepada anaknya yang langsung tidak berpengalaman atas alasan dia mahu berehat setelah sekian lama bekerja. Setelah disuarakan cadangan tersebut kepada anaknya, anaknya lantas menolak dan memberi alasan dia tidak berminat kerana ingin mengejar cita-citanya sendiri tanpa dibayangi papanya. Dialog di atas telah menjadi signature watak CEO dalam kebanyakan drama Melayu. Sebagai peneraju syarikat, si CEO dengan sesuka hatinya membatalkan mesyuarat tanpa notis apatah lagi mendapat persetujuan pihak lain demi mennyelesaikan masalah peribadinya. Bayangkan kerugian yang harus ditanggung syarikat terbabit dek kerenah si CEO. Si CEO sanggup mengorbankan kebahagiaan anak lelakinya lalu mengatur perkahwinan anaknya dengan anak perempuan rakan perniagaannya, Tan Sri X yang memiliki bisnes berbillion ringgit dengan harapan syarikat mereka dapat menjalinkan kerjasama perniagaan di masa hadapan. Maka anak lelakinya pun memberontak kerana sudah mempunyai teman wanita pilihannya yang sudah tentu bukan menjadi menantu pilihan keluarga lalu kisah seterusnya akan berkisar tentang perjuangan si anak CEO mempertahankan cintanya bersama kekasih hati sehinggalah drama tamat. Oleh itu, kepada penulis skrip drama di luar sana, tolonglah hentikan gaya penulisan skrip ”kuat berangan” sebegini rupa. Tidak salah untuk mengangkat latar syarikat korporat di dalam sesebuah drama namun biarlah selari dan bertetepatan dengan dunia realiti. - CARI |
claudya replied at 24-10-2019 01:08 PM
“papa dah lewat. ada meeting harini”
awanysss replied at 24-10-2019 01:25 PM
kan.. hari2 membazir sarapan..
yg bininye pun satu, tinggal berdua, buat sarapan mcm 20 org nak m ...
claudya replied at 24-10-2019 01:27 PM
tau takpe. macam lah tak boleh amik sendiri dalam bungkusan tu. perlu ke susun dalam pinggan hahah ...
Cyempaka replied at 24-10-2019 01:55 PM
Muda2 dulu salesman jual kete je.. Ada adik terencat plak tu. Dah tua jadi ceo. Alhamdulillah rezeki ...
awanysss replied at 24-10-2019 01:25 PM
kan.. hari2 membazir sarapan..
yg bininye pun satu, tinggal berdua, buat sarapan mcm 20 org nak m ...
claudya replied at 24-10-2019 01:27 PM
tau takpe. macam lah tak boleh amik sendiri dalam bungkusan tu. perlu ke susun dalam pinggan hahah ...
ADVERTISEMENT