CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34158|Reply: 150

Seringkali Bawa Watak Datuk Dan Orang Kaya Sehingga Tercetusnya #Mustaphakamalqu

[Copy link]
Post time 24-10-2019 12:48 PM | Show all posts |Read mode





Seram, kan? Mustapha Kamal berkongsi wajahnya yan disolek oleh anaknya yang bergurau Foto- Gempak.com






Penonton drama Melayu tentunya sedar bahawa aktor Mustapha Kamal seringkali muncul di kaca televisyen dengan membawakan watak orang kaya yang berpangkat Datuk dan menjawat jawatan CEO sesebuah syarikat dalam kebanyakan drama Melayu. Jarang-jarang sekali kita melihat aktor tersebut memainkan watak golongan marhein apatah lagi sebagai orang kampung. Namun tidak dinafikan, aktor berusia 57 tahun itu sememangnya mempunyai karakter dan karisma untuk menjayakan watak golongan berada.


Apa yang kurang menyenangkan apabila wataknya sering melontarkan diolang yang sama dan klise’ dalam kebanyakan drama sehingga dapat dihafal oleh penonton lalu mencetuskan #MustaphaKamalQuotes. Mari kita saksikan kompilasi #Mustapha KamalQuotes seperti di bawah. Kredit kepada Facebook MGAG di atas kompilasi yang kelakar ini.


Ini juga menunjukkan bahawa industri hiburan mengalami ketandusan penulis skrip drama yang berbakat dalam menghasilkan skrip yang berkesan dan berkualiti.



FOTO- MGAG






Wataknya sering digambarkan sebagai seorang CEO syarikat ternama berpangkat Datuk atau Tan Sri (jangan lupa nama syarikat mesti dikuti dengan perkataan holding di belakangnya, contohnya Megah Jaya Holding). Yang paling menjengkelkan wataknya sering digambarkan sebagai seorang yang begitu sibuk sehinggakan apabila ada ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin mengadu masalah peribadi mereka kepadanya, dialog di atas akan  dijadikan sebagai alasan  untuk tidak melayan karenah si pengadu.


Walaupun sibuk, dia masih sempat meluangkan masa untuk bermain golf sambil berbincang soal bisnes jutaan ringgit dengan klien katanya!



FOTO- MGAG




Tatkala anak muda yang lain brhempas – pulas menghantar resume dan menghadiri temu duga demi mendapatkan kerja (termasuklah penulis), anaknya yang telah tamat belajar pasti akan disambut dengn dialog di atas. Yang geramnya anak si CEO langsung tidak serius dengan tanggungjawabnya ketika bekerja  malah sering datang lewat ke tempat kerja dan sibuk bermain cinta.




FOTO- MGAG




Dialog paling klise' adalah apabila si CEO menyerahkan bulat-bulat jawatan terpenting dalam syarikatnya kepada anaknya yang langsung tidak berpengalaman atas alasan dia mahu berehat setelah sekian lama bekerja. Setelah disuarakan cadangan tersebut kepada anaknya, anaknya lantas menolak dan memberi alasan dia tidak berminat kerana ingin mengejar cita-citanya sendiri tanpa dibayangi papanya.



FOTO- MGAG




Dialog di atas telah menjadi signature watak CEO dalam kebanyakan drama Melayu.  Sebagai peneraju syarikat, si CEO dengan sesuka hatinya membatalkan mesyuarat  tanpa notis apatah lagi mendapat persetujuan pihak lain demi mennyelesaikan masalah peribadinya. Bayangkan kerugian yang harus ditanggung syarikat terbabit dek kerenah si CEO.



FOTO- MGAG




Si CEO sanggup mengorbankan kebahagiaan anak lelakinya lalu mengatur perkahwinan anaknya dengan anak perempuan rakan perniagaannya, Tan Sri X yang memiliki bisnes berbillion ringgit dengan harapan syarikat mereka dapat menjalinkan kerjasama perniagaan di masa hadapan. Maka anak lelakinya pun memberontak kerana sudah mempunyai teman wanita pilihannya yang sudah tentu bukan menjadi menantu pilihan keluarga lalu kisah seterusnya akan berkisar tentang perjuangan si anak CEO mempertahankan cintanya bersama kekasih hati sehinggalah drama tamat.


Oleh itu, kepada penulis skrip drama di luar sana, tolonglah hentikan gaya penulisan skrip ”kuat berangan” sebegini rupa. Tidak salah untuk mengangkat latar  syarikat korporat di dalam sesebuah drama namun biarlah selari dan bertetepatan dengan dunia realiti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha watak ni sesuai sgt dia ni . Kalau digandingkn dgn marissa yasmin pn ngam
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
“papa dah lewat. ada meeting harini”
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:25 PM | Show all posts
claudya replied at 24-10-2019 01:08 PM
“papa dah lewat. ada meeting harini”

kan.. hari2 membazir sarapan..
yg bininye pun satu, tinggal berdua, buat sarapan mcm 20 org nak makan..
yg paling geram bila roti putih dia susun dlm pinggan.. keras la kang masuk angin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 24-10-2019 01:25 PM
kan.. hari2 membazir sarapan..
yg bininye pun satu, tinggal berdua, buat sarapan mcm 20 org nak m ...

tau takpe. macam lah tak boleh amik sendiri dalam bungkusan tu. perlu ke susun dalam pinggan hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2019 01:38 PM | Show all posts
Hahaha..... kat office ni, elok aje anak Tan Sri, President of the company duduk sebelah qubicle saya.  Tak adalah nak berbilik bagai. Dah lima tahun belum lagi dapat position even Asst Manager.  

Drama Melayu semua boleh hahaha.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mustapha kamal ni,scene dia makan ngan minum je hahaha..kenyang betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal.meeting cancel tu
Bila dhnkoje baru paham...
Meeting nak cancel.bukan mudah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
3 je ke quote dia
Xcukup nk wat buku
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceo tak pernah nk cancel meeting. Kita je berdoa mintak meeting cancel hehe. Lagi satu org skarang meeting bawak laptop je tak bawak file hitam. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 dulu salesman jual kete je.. Ada adik terencat plak tu. Dah tua jadi ceo. Alhamdulillah rezeki allah taala

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:05 PM | Show all posts
claudya replied at 24-10-2019 01:27 PM
tau takpe. macam lah tak boleh amik sendiri dalam bungkusan tu. perlu ke susun dalam pinggan hahah ...

ambil sendiri, pastu plastik selit bawah je..tak ikat balik...lol!

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:07 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 24-10-2019 01:55 PM
Muda2 dulu salesman jual kete je.. Ada adik terencat plak tu. Dah tua jadi ceo. Alhamdulillah rezeki ...

mekanik la..bukan salesman..



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey pakcik ni hero macho malaya la 30 years ago
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 24-10-2019 01:25 PM
kan.. hari2 membazir sarapan..
yg bininye pun satu, tinggal berdua, buat sarapan mcm 20 org nak m ...

Orang gaji pulak asyik makcik melayu name mak jah pakai baju kurung.. Bukanke nowadays orang dah pakai bibik2 atau any rachel, dora, joys dr filipins yg siap beruniform
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr atas yg belah kanan tu knp..?ummah lemari jgk ke..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:21 PM | Show all posts
selalu drama melayu org kaya breakfast makan roti or bihun goreng..padahal ramai je org kaya2 breakfast kat luaq..minum latte, cappucino..mana sempat nak breakfast kat rumah..nak pegi meeting kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
claudya replied at 24-10-2019 01:27 PM
tau takpe. macam lah tak boleh amik sendiri dalam bungkusan tu. perlu ke susun dalam pinggan hahah ...

Kalau Company roti sponsor drama tu boleh lah tayang dengan plastic bagai.. no such thing as free marketing.. semua kena berbayar
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 02:26 PM | Show all posts
aku penah tgk dia blakon jd orang kampung. mmg x sesuai dgn rupa n gaya dia. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070753 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list